Bahtera
950 tahun usianya
Nuh merayu seru
kaum kerabat umat manusia
sembah Tuhan Yang Maha Esa
namun kecewa hampa
patung-patung bikinan
mereka sembah puja
sesat ingkar durhaka
mereka gelak tawa
mereka katakan dia sudah sasau gila
bina bahtera entah mahu ke mana
tiada banjir tiada gelombang
mereka sombong angkuh
mencabar turunnya azab seksa
tiba saat ketikanya
ribut raksasa terjah melanda
gelombang mengunung ganang
gempur ranapkan semuanya
ditinggalan isteri dan anak durhaka
tidak ramai mengikuti jejaknya
bersama haiwan berpasang-pasang
dalam cemas takut bimbang
berlayarlah mereka
dalam bahtera damai sejahtera
berlabuh akhirnya di Gunung Judi
bersambunglah zuriat manusia
“Salam sejhtera ke atasmu Nabi Nuh a.s.”
atas rahmat Allah Yang Maha Esa.
Padang Midin
Kuala Terengganu,
Khamis 21 Feb. 2013.
No comments:
Post a Comment