NABI NUH DAN KAUMNYA
Kaum
kafir menuduh Nabi Nuh sebagai seorang yang berpenyakit gila
23. Dan Kami telah
mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkata ia: Wahai kaumku, sembahlah
kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya,
Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? 24. Maka ketua-ketua kafir
dari kaumnya berkata (sesama sendiri); “Orang ini hanyalah seorang manusia
seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan diriya daripada kamu. Dan kalaulah
Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah ia menurunkan Malaikat
menjadi Rasulnya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan
datuk nenek kami yang telah lalu. 25. Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki
yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah perubahan keadaannya hingga ke
suatu masa” ( AL-MUKMINUN: 23-25)
No comments:
Post a Comment