20.Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam),
orang-orang yang beriman berkata: “Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu
surah (dari Al-Quran yang memerintahkan kami berjuang)?” Maka apabila
diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut
padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan
musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur)
dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi
mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah telah hampir kepada mereka. 21.
Mereka selalu berkata; “Pendirian kami mematuhi perintah dan memperkatakan
perkataan yang baik (yang diredhai Allah).
Dalam pada itu, apabila perkara (perang Jihad) itu ditetapkan wajibnya (mereka
tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan
mematuhi perintah-perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi
mereka.(MUHAMMAD:20-21)
No comments:
Post a Comment