Saturday, September 8, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 17

NABI MUSA DAN FIRAUN 17
NABI MUSA MENETAPKAN HARI UNTUK PERTANDINGAN DAN FIRAUN MENGUMPULKAN AHLI-AHLI SIHIRNYA
59. Nabi Musa menjawab: Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu Duha. 60. Maka Firaunpun berangkat dari majlis itu. Dia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian dia datang ke tempat perlawanan. 61.Nabi Musa berkata: Celakalah kamu kelak! Jangan kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Dia akan membinasakan kamu dengan zazb seksa dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa.62.Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka dan mereka merahsiakan apa yang mereka rundingkan.(THAHA: 59-62)

No comments:

Post a Comment