Thursday, September 6, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 14

NABI MUSA DAN FIRAUN 14
NABI MUSA DAN FIRAUN - SIRI 14
NABI MUSA SAMPAIKAN PERINTAH ALLAH KEPADA FIRAUN
46. Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu: Aku mendengar dan melihat segala-galanya. 47. Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: Bahawa sesungguhnya, kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani Israel mengikut kami dan janganlah engkau menyeksa mereka, 48.Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya. 49. (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu) Firaun berkata: Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa? 50. Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: Kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.51.Firaun bertanya lagi: Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu? (THAHA: 46-51)

No comments:

Post a Comment