Sunday, September 30, 2012

KISAH PARA RASUL-NABI NUH

NABI NUH DAN KAUMNYA 1
 
Kaum kafir menuduh Nabi Nuh sebagai seorang yang berpenyakit gila
 
23. Dan Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkata ia: Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya, Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? 24. Maka ketua-ketua kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri); “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan diriya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah ia menurunkan Malaikat menjadi Rasulnya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu. 25. Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah perubahan keadaannya hingga ke suatu masa” ( AL-MUKMINUN: 23-25)

No comments:

Post a Comment