36. Dan sesiapa yang tidak
mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah,
Kami akan adakan baginya Syaitan yang menghasut dan menyesatkan), lalu
menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37.
Sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang
benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat
petunjuk. 38. Sehingga apabila dia (yang
terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari Kiamat),
berkatalah dia (kepada Syaitannya); Alangkah baiknya kalau di dunia dahulu ada
sekatan yang memisahkan antaraku denganmu
sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau ) adalah sejahat-jahat teman.(AZ-ZUKHRUF:
36-38)
No comments:
Post a Comment