Saturday, September 22, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 21

NABI MUSA DAN FIRAUN 2I
MEREKA BERIMAN DAN TIDAK TAKUT AKAN HUKUMAN FIRAUN
71. Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku member izin kepada kamu? Sesungguhnya dia adalah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan berselang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal. 72. Mereka menjawab; Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. (AL-THAHA: 71-72)
 

No comments:

Post a Comment