RAHSIA
AL-FATIHAH DIDALAM SOLAT
Dari
Abu Hurairah r.a. berkata: Kami berada di belakang imam (bersembahayang) maka
berkatalah imam itu kepada kami: “Bacalah AL-Fatihah sendiri, kerana aku
mendengar Rasulullah saw. mengatakan:
“Telah
berkata Allah Azzawajala; Aku bahagikan solat (maksudnya Al-Fatihah) antara-Ku
dan hamba-Ku menjadi dua bahagian (separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk
hamba-Ku),dan bagi hamba-Ku apa yang mereka minta.
Apabila
hamba-Ku berkata: Alhamdulillahi rab’bil alamin
Allah
menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku,
dan
apabila hamba-Ku berkata; Ar’rahmanirrahim,
Allah
menjawab: Hamba-Ku menyanjung-Ku,
dan
apabila hamba-Ku berkata; Maalikiaul mid"din
Allah
menjawab: Hamba-Ku mememuliakan-Ku,
dan
apabila hamba-Ku berkata; Iyyakannak’bu waiyya kanas’taiin,
Allah
menjawab: Ini seperdua untuk-Ku dan seperdua untuk hamba-Ku,
dan
apabila hamba-Ku berkata; Ihdinna sirrotul mustaqiim, siratholazzi naan’aam tho
alaihim, ghairil mardhu bialaihim, walla dholiim
Allah
menjawab: Ini semua untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta”.
Sama-samalah
kita mengambil pelajaran dan petunjukNya mengenai rahsia membaca surah
Al-Fatihah dalam amalan solat yang menjadi tiang agama dan ibadah pertama yang
akan Allah hisabkan di akhirat kelak.
Sekian
terima kasih, Was’salaam!
Apabila seseorang hamba yang bersolat itu membaca al-Fatihah, Allah SWT akan menjawabnya.
ReplyDelete