Abu Hurairah r.a. berkata:
Nabi saw. bersabda: Allah Taala berfirman; “Semua amal anak Adam itu dilipat
gandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus lipat ganda, kecuali puasa, maka puasa
itu khas untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan
minum kerana-Ku, dan puasa itu sebagai perisai, dan untuk orang yang berpuasa
dua kegembiraan, gembira ketika menghadapi saat berbuka puasa, dan gembira
kelak bila bertemu dengan Tuhan pada hari kiamat”.
Ada dua kegembiaan bagi setiap orang yang berpuasa iaitu ketika saat berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah SWT pada hari kiamat kelak.
ReplyDelete