Wednesday, July 17, 2013

SOLAT TAHAJJUD


Allah Taala berfirman dengan maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud’  padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhan membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa); “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku di sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”. (AL-ISRAA’: 79-80) 
Mengenai solat tahajjud atau solat tengah malam ini pula Nabi saw. bersabda: “Solat dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba Allah pada waktu tengah malam yang terakhir adalah LEBIH BAIK BAGINYA DARIPADA DUNIA DAN APA YANG ADA DIDALAMNYA”. Salam dan selamat bersolat tahajud!

1 comment:

  1. Allah SWT memerintahkan Nabi SAW. mendirikan solat tahajjud pada sebahagian malam dan solat ini adalah sebagai solat tambahan yang akan pasti akan menempatkan baginda saw. pada tempat yang terpuji pada hari akhirat kelak dan Nabi saw. telah bersabda bahawa seseorang hamba yang melakukan solat adalah lebih baik bagi dirinya daripada dunia dan seluruh isinya. Pujuklah diri sediri agar sentiasa bergembira dan sedia mengerjakan solat ini.

    ReplyDelete