MANUSIA MENDAPAT BALASAN ALLAH
Firman Allah Taala dalam Surah Ali-Imran ayat 145 dan 146
adalah bermaksud seperti berikut:
(145)
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin
Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh
Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami
berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan
akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan
beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
(146) Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
(146) Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
145.
And
no person can ever die except by Allah's Leave and at an appointed term. And
whoever desires a reward in (this) world, We shall give him of it; and whoever
desires a reward in the Hereafter, We shall give him thereof. And We shall
reward the grateful.
146.
And
many a Prophet (i.e. many from amongst the Prophets) fought (in Allah's Cause)
and along with him (fought) large bands of religious learned men. But they
never lost heart for that which did befall them in Allah's Way, nor did they
weaken nor degrade themselves. And Allah loves As-Sabirin (the patient
ones, etc.).
RENUNGAN
1.Tiap-tiap makhluk
yang bernyawa (manusia dan lain-lainnya) tidak akan mati melainkan dengan izin
Allah. Maknanya tempuh usia dan ajal maut atau kematian itu terletak pada
kekuasaan Allah dan saat ketibaan ajal atau kematian seseorang itu telah Allah
tetapkan.
2. Dengan yang
demikian itu, Allah memperingatkan bahawa sesiapa yang menghendaki balasan
dunia Allah akan memberi bahagiannya dari balasan dunia itu. Dan sesiapa yang
menghendaki balasan akhirat, Allah akan memberi bahagiannya dari balasan
akhirat.
3. Manusia
diperingatkab bahawa Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur. Dalam kehidupan dunia ini manusia dikurnai dengan pelbagai limpah
nikmat dan rahmat oleh Allah SWT. yang tidak terhitung banyaknya dan tak
ternilai harganya seperti nikmat iman, nikmat Islam, kesihatan, rezeki, harta
kekayaan, isteri, anak pinak dan lain-lain.
Apakah
dengan semua ini seseorang itu lupa diri dan jauh dari Allah atau sebaliknya
bersyukur dan mendekatkan diri kepadaNya?
4. Semenjak zaman
dahulu lagi ramai para Nabi (dan Rasul) telah berperang fisabilillah
bersama-sama dengan orang-orang yang taat kepada Allah. Mereka menghadapi
perjuangan ini dengan gigih, tidak lemah semangat,t idak lemah tenaga atau
kekuatan jasmani dan tidak mahu tunduk kepada musuh (orang-orang kafir). Mereka
semua ini adalah tergolong dalam orang-orang yang sabar.
5. Dan ingatlah bahawa
Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar (As-Sabirin).
Sekian terima kasih,
Was’salaam!
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.