Ingin sekali aku
bawakan diri ini
jauh menyendiri
lepas bebas
merungkai dakapan pelukan
tangan-tangan palsu duniawi
aku rimas lemas
himpit jiwa raga
mahu sahaja aku tutup katup
pintu-pintu diri
kepada bisikan godaan
syaitan dan manusia
meracuni nafsu gila membara
mengajak diri berseronok maksiat
aku di tarik dan aku juga menarik
namun aku tetap mahu bawa
diriku ini menuju destinasi-Mu.
Kelana Putra
Kuala Terengganu
Rabu 2.1.2013
19 Safar 1434.
No comments:
Post a Comment