ANAK-ANAK BELAJAR MELALUI PENGALAMAN
Teori dan aplikasi dalam dunia pendidikan telah mengakui bahawa setiap anak lebih banyak belajar menerusi komunikasi atau kontak dengan alam persekitaran atau pengalaman yang dilaluinya dalam realiti yang sebenar. Mereka berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain, objek dan apa sahaja yang ada disekelilingnya. Anak-anak belajar menggunakan semua pancaindera dan sekaligus mengembangkan mindanya. Pelbagai perkara dipelajari menerusi penglihatan, pendengaran, sentuhan fizikal, perasaan hati/emosi dan daya pemikiran.
Pakar-pakar pendidikan dan psikologi sejak dulu hingga kini mencipta dan memperkenalkan pelbagai teori dan model pengajaran dan pembelajaran. Mereka memperkenalkan teori-teori tingkahlaku, keperluan kendiri. personaliti, motivasi, pembelajaran masteri, kecerdasan pelbagai, kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir Semuanya mempunyai rasional, konsep dan amalan-amalan tersendiri.
Biar apapun teori dan model (termasuk pendekatan, kaedah dan teknik) yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, ia bukanlah menjadi persoalan pokok kerana semuanya itu hanyalah cara untuk sampai kepada matlamat atau objektif yang hendak dicapai. Apa yang penting ialah penggunaan sebarang teori atau model (pendekatan, kaedah dan teknik) itu mestilah sesuai dengan peringkat umur, kesediaan dan kebolehan individu dari segi JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek) murid dan pelajar serta hasil pembelajaran yang diharapkan.
Dalam hubungan pembelajaran menerusi pengalaman sendiri dan komunikasi dengan alam persekitaran, baik kita renungkan beberapa rangkap madah atau ungkapan seorang ahli pendidik Inggeris yang boleh menyebabkan kira berfikir secara serius dan menyuluh ertinya dengan hati budi sebagai seorang guru atau pendidik yang sejati.
Children Learn What They Live
By Dorothy Law Nolte, Ph.D.
If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.
Copyright © 1972 by Dorothy Law Nolte Children Learn What They Live
By Dorothy Law Nolte, Ph.D.
By Dorothy Law Nolte, Ph.D.
No comments:
Post a Comment