AKHLAK ISLAM: SIFAT-SIFAT MUKMIN SEJATI
Nabi Muhammad s.a.w. ialah nabi dan rasul terakhir, pesuruh Allah s.w.t. yang menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia akhir zaman. Islam telah berkembang dalam tempoh lebih 1,400 tahun yang lalu dengan pelbagai peristiwa suka duka dan tentangan hebat daripads musuh-musuh Islam semenjak zaman Baginda Rasulullah s.a.w. melewati zaman pemerintahan khalifah Al -Rashidin, empayar-empayar Islam di benua Eropah dan Asia hinggalah ke hari ini.
Perkataan akhlak menurut pandangan Islam mengandungi pengertian yang begitu luas dan mendalam. Ia bukan sekadar perbuatan dan tingkahlaku luaran yang boleh dilihat, didengar dan disebutkan. Ringkasnya ia merupakan keperibadian, budi pekerti yang mengandungi kepercayaan, sikap dan tingkahlaku manusia bersangkutan dengan hubungannya sebagai hamba dengan Allah s.w.t. Tuhan Maha Pencipta dan dengan sesama manusia dan alam sekelilingnya.
Model atau contoh manusia agung yang memiliki dan dianugerahi akhlak atau budi pekerti yang paling sempurna, mulia dan terpuji ialah Baginda Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana "Akhlak Rasulullah ada akhlak Al-Quran" sebagaimana yang dinyatakan oleh Aisyah r.anha. Pembentukan keperibadian dan akhlak Baginda s.a.w. adalah di bawah wahyu Allah s.w.t berteraskan Al-Quran.
Model atau contoh manusia agung yang memiliki dan dianugerahi akhlak atau budi pekerti yang paling sempurna, mulia dan terpuji ialah Baginda Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana "Akhlak Rasulullah ada akhlak Al-Quran" sebagaimana yang dinyatakan oleh Aisyah r.anha. Pembentukan keperibadian dan akhlak Baginda s.a.w. adalah di bawah wahyu Allah s.w.t berteraskan Al-Quran.
Sifat-sifat keperibadian mukmin sejati sudah pasti dapat memperlihatkan dan mencerminkan ciri-ciri akhlak terpuji. mulia dan sempurna. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang agak panjang telah menyebutkan sifat-sifat mukmin sejati. Jika dapat dirumuskan semuanya ia terkandung dalam satu senarai seperti berikut::
- Kuat dalam beragama
- Tegas dan tetap pendirian dalam berlembut
- Keimanan dalam yakin
- Kuat keinginan dalam ilmu
- Sederhana dalam kekayaan
- Berperangai indah dalam kesempitan
- Mengelak diri dari sifat tamak
- Berusaha dalam apa yang halal
- Kebaikan dalam istiqamah
- Cergas dalam bimbingan (Allah)
- Melarang (diri dari) keinginan yang rendah
- Kasihan belas kepada mereka yang tertindas
- TIDAK berlaku zalim kepada orang yang dimarahinya
- TIDAK menggunakan gelaran (keji)
- TIDAK melakukan dosa dalam (memberi layanan kepada) sesiapa yang dikasihinya
- TIDAK menyiakan apa yang diamanahkan kepadanya
- TIDAKdengki
- TIDAK mencaci
- tTIDAK melaknat
- Mengakui apa yang hak, walaupun dia TIDAK menyaksikan di atasnya
- TIDAK menggunakan gelaran-gelaran (yang keji ke atas orang lain)
- KHUSYUK dalam sembahayang
- SEGERA dalam menunaikan zakat
- TENANG dalam keadaan huru hara
- MENGAWAL DIRI dalam keadaan senang
- BERSYUKUR dan bersikap memadai dengan apa yang ada padanya
- TIDAK mendakwa apa yang bukan haknya
- TIDAK berhimpun dalam kemarahan
- TIDAK dikuasai oleh sifat bakhil (sehingga tidak melakukan kebaikan yang diinginkan)
- Dia BERGAUL dengan manusia untuk memberi pengajaran kepada mereka
- Dia BERBICARA kepada mereka untuk memberikab kefahaman kepada mereka
- Kalau dia dizalimi atau dilakukan kejahatan ke atasnya,maka dia BERSABAR sehingga Tuhan Yang Rahman memberi pertolongan untuknya.
Kalau kita renung fikir dengan dengan minda hati budi yang luhur, pasti dapatlah kita jadikan intipati hadis Baginda Rasulullah s.a.w. ini sebagai pedoman dan panduan untuk kita berusaha memperkasakan diri sebagai mukmin sejati yang sememangnya menuntut diri kita berusaha sedaya upaya meningkatkan tahap keimanan, menambahkan ilmu pengetahuan, memperbaiki amal soleh dan menyuburkan ihsan dengan sekaligus menahan dan mengawal hawa nafsu. Semua sifat-sifat mukmin sejati ini begitu banyak diajarkan dan diperjelaskan oleh ulamak-ulamak Islam dalam pelbagai kitab yang patut kita pelajari dan perdalami. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment