1.Bersih hati 2. Ringan
tangan (dermawan) 3. Benar lidah 4. Merendah diri 5. Sabar dalam penderitaan 6.
Menangis di waktu sendirian 7. Menasihati sesama makhluk 8.Kasih sayang kepada sesama
mukminin 9. Memikirkan kerosakan dunia dan 10. Mengambil pelajaran daripada
segala kejadian dan peristiwa.
Sunday, December 30, 2012
TITISAN TINTA 1/2013 - BERFIKIR
FIKIR TERHADAP LIMA PERKARA
“Jika seseorang ingin
mencapai fadhilah tafakur maka hendaklah ia berfikir dalam lima macam: 1.
Memikir ayat-ayat bukti-bukti kebesaran kekuasaan Allah 2.Memikirkan nikmat
pemberian Allah 3. Memikir pahala yang dijanjikan Allah 4. Memikir seksa
hukuman Allah dan 5.Memikir apa yang
diredhai dan apa yang dimurkai Allah. Bila seseorang memikirkan lima perkara
ini, maka ia termasuk dari golongan orang yang disebut dalam hadith Nabi saw. –
“Berfikir sesaat lebih afdal daripada ibadah satu tahun”. (Abul Laits)
Saturday, December 29, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 212
ORANG-ORANG YANG
MENYEMBUNYIKAN AYAT-AYAT ALLAH
174. Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan
Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan
dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi perut mereka selain dari api neraka, dan Allah
tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak
membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang
tidak terperi sakitnya. (AL-BAQARAH; 174)
Friday, December 28, 2012
Getaran Jiwa - Cinta Abadi
CINTA ABADI
Aku cariCnta Abadi
damai sejahtera
dalam alam tidak bersua
hanya ada cinta dunia
Perhiasan kemewahan
fana’ kan lebur jua
bersama langit pecah belah
bersama bintang-bintang gugur berserak
bersama gunung ganang lebur berterbangan
bersama laut meruap asap
bersama bumi muntah ranap
bersama jasad punah ranah
rupanya dikau Cinta Abadi
berpeluk roh suci murni
berpasang gandingan
bersama menemani
kelak bertemu kembali
suci dengan Yang Maha Suci
Kelana Putra
Mahlihai Cinta
Rabu 12.12.12
28 Muharam 1434
Mutiara Hadis
APABILA SESEORANG HAMBA DI
CINTAI DAN DIBENCI OLEH ALLAH SWT
Nabi saw. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Taala
itu apabila mencintai seseorang hambaNya, lalu dipanggilkan Jinril, kemudian
berfirman:
“Sebenarnya Aku ini
mencintai si Anu itu, maka cintailah ia. Orang itupun dcintai oleh Jibril.
Selanjutnya Jibril berseru di langit dan berkata: ‘Allah mencintai si Anu, maka
cintailah orang itu’. Lalu iapun dicintai oleh seluruh penghuni langit.
Kemudian diletakkanlah satu penerimaan dalam hati penduduk bumi.
Sebaliknya apabila Allah
Taala itu membenci membenci seseorang hambaNya, lalu dipanggilkan Jibril. Kemudian
berfirman:
“Sebenarnya Aku ini membenci
si Anu itu, maka bencilah ia. Orang itupun dibenci oleh Jibril. Selanjutnya
Jibril berseru di langit dan berkata: ‘Allah membenci si Anu, maka bencilah
orang itu’. Iapun lalu dibenci oleh seluruh penghuni langit. Kemudian
diletakkanlah rasa kebencian itu dalam hati penduduk bumi.
(Diriwayatkan oleh Imam
Muslim)Thursday, December 27, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 209
SUPAYA MANUSIA BERSYUKUR
78.Dan Allah mengeluarkan
kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Ia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikitan);
supaya kamu bersyukur. 79. Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang
dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari
jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda
(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.(AN-NAHL; 78-79)
RENUNGAN AL-QURAN 211
ORANG-ORANG YANG
SERUGI-RUGINYA
103. Katakanlah (wahai
Muhammad); “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi
serugi-ruginya amal perbuatan? 104. “(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia
amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka
sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. 105. Merekalah
orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu
gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang
timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (AL-KAHFI:
103-105)
Tuesday, December 25, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 210
MANUSIA SEPERTI BINATANG
TERNAK DAN LEBIH SESAT
178. Sesiapa yang diberi
petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh
petunjuk ; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya)
maka merekalah orang-orang yang rugi. 179.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari Jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami (ayat-ayat Allah), dan
yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat); mereka itu seperti binatang ternak; bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai. (AL-A’RAAF: 178-179)
GETARAN JIWA - Fanatik Cinta
Fanatik Cinta
Cinta itu tidak buta
Selasa 25 Dis 2012
11 Safar 1434
Cinta Kau dan Aku
Cinta sehati dua jiwa
Cinta setiap detik ketikaCinta itu tidak buta
Cinta tak boleh dijual beli
Cinta tidak digadai kongsi
Cinta bukan calang-calang
Cinta berbayar nyawa
Cinta dendam asmara
Cinta bukan barang mainan
Cinta kasih bulan madu
Jangan sesekali putus cinta
Cinta dulu kini dan selamanya…!!!
Kelana Putera
Asmaradana-CintaSelasa 25 Dis 2012
11 Safar 1434
Monday, December 24, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 208
MENYAHUT SERUAN ALLAH DAN
RASUL
24. Wahai orang-orang yang
beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Ia
menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan
ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara
seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kamu
akan dihimpunkan. 25. Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang
membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di
antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan
ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya. (AL-ANFAAL: 24-25)
Sunday, December 23, 2012
HARI KIAMAT
PERISTIWA KIAMAT DALAM
SURAH AL-INSYIQAAQ
Firman Alah
Taala dengan maksudnya:
“Apabila langit terbelah, dan patuh kepada Tuhannya, dan
sudah semestinya langit itu patuh, dan apabila bumi diratakan, dan memuntahkan
apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong, dan patuh kepada Tuhannya, dan
sudah semestinya bumi itu patuh, (pada
waktu itu manusia akan mengetahui akibat perbuatannya). Hai manusia,
sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka
pasti kamu akan menemuinyNya.” Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari
sebelah kanannya, maka ia akan diperiksa
dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang
mana-mana beriman) dengan gembira.” (Al-Insyiqaaq: 1-8)
1.Langit dan bumi mematuhi perintah Allah.
2.Sesiapa yang bekerja bersungguh-sunguh menuju Allah, ia
pasti akan menemuiNya.
3.Orang-orang yang diberi dan menerima kitabnya dari sebelah
kananya dihisab dengan mudah.
4.Orang-otang ini akan kembali kepada kaumnya yang sama-sama
beriman dan berada di dalam syurga. Mereka bergembira.
Saturday, December 22, 2012
WAHAI PARA HAMBAKU
Allah Taala berfirman yang
bermaksud:
Wahai para hamba-Ku, sesungguhnya
Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku jadikan kezaliman sebagai
suatu yang Aku haramkan di antara kamu; Oleh itu janganlah kamu saling
menzalimi.
Wahai para hamba-Ku, semua
orang daripada kamu adalah tersesat, melainkan orang yang Aku beri petunjuk.
Oleh itu mintalah petunjuk kepada-Ku, nescaya kamu akan Kuberikan petunjuk.
Wahai para hamba-Ku, semua
orang daripada kamu adalah lapar, melainkan orang yang Aku beri makan; Oleh itu
mintalah makanan kepada-Ku, nescaya kamu Kuberi makanan.
Wahai para hamba-Ku, semua
orang daripada kamu adalah telanjang, melainkan orang yang Aku beri pakaian; Oleh
itu mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya kamun Kuberi pakaian.
Wahai para hamba-Ku,
sesungguhnya kamu berbuat dosa pada malam hari dan siang hari, sementara Aku
mengampunkan semua dosa kamu: Oleh itu mohonlah ampun kepada-Ku, nescaya
Kuampuni kamu.
Wahai para hamba-Ku,
janganlah sekali-kali kamu melakukan sesuatu kemudaratan yang dapat menimbulkan
mudarat bagi-Ku. Sekali-kali kamu juga tidak akan mampu melakukan suatu
kemanfaatan yang dapat menimbulkan manfaat bagi-Ku.
Wahai para hamba-Ku,
sekiranya kamu yang terdahulu dan yang terakhir daripada manusia dan jin semuanya
memiliki (hati sebagaimana) hati orang yang paling bertaqwa, maka hal itu tidak
akan menambah (keagungan) sedikitpun dalam kerajaan-Ku.
Wahai para hamba-Ku,
sekiranya kamu yang terdahulu dan yang terakhir daripada manusia dan jin
semuanya memiliki (hati sebagaimana) hati orang yang paling derhaka, maka hal
itu tidak akan mengurangi (keagungan) sedikitpun dalam kerajaan-Ku.
Wahai para hamba-Ku, jikalau
kamu yang terdahulu dan yang terakhir daripada manusia dan jin semuanya berdiri
di suatu tanah lapang, kemudian memohon kepada-Ku, lalu Kuberikan kepada setiap pemohon sesuai dengan
permohonannya, maka hal itu tidak akan mengurangi (sedikitpun) kekayaan yang
ada pada-Ku, melainkan seperti halnya air yang melekat pada sebatang jarum jika
jarum tersebut dicelupkan ke dalam lautan (lalu diangkat).
Wahai para hambaku,
sesungguhnya amalan kamu itulah yang akan Kuhisab, kemudian Aku memberi
balasannya secara sempurna. Maka sesiapa mendapat balasan yang baik, hendaklah
dia memuji Allah; dan siapa mendapat balasan yang buruk, janganlah sekali-kali
mencela, melainkan terhadap dirinya sendiri.
(Muslim meriwayatkan
daripada Sa’id bin Abdul Aziz, daripada Rabi’ah bin Yazid, daripada Abu Idris
al-Khaulani, daripada Abu Za r.a, daripada Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Allah SWT dalam firmanNya…)
(Riwayat Muslim no. 2577)
Friday, December 21, 2012
KELOMPOK-KELOMPOK MANUSIA
12 KELOMPOK MANUSIA APABILA DIBANGKITKAN
Nabi saw. ditanya tentang
makna firman Allah Taala: “Iaitu hari (yang pada waktu ini) ditiup sangkakala
lalu kamu datang berkelompok-kelompok”. Mendengar pertanyaan ini Nabi saw.
menangis, kemudian baginda bersabda: “Wahai orang yang bertanya, kamu bertanya
kepadaku tentang perkara yang besar. Pada waktu itu, adalah hari kiamat, di
mana kaum dan umatku dikumpul menjadi 12 bahagian:
1. Mereka dikumpulkan dalam
bentuk kera, mereka ini ialah orang-orang yang suka memfitnah.
2. Mereka ini dikumpulkan
dalam bentuk celeng, mereka ini ialah orang-orang yang suka
makan barang haram.
3. Mereka dikumpulkan dalam
keadaan buta dan bingung, mereka inilah orang-orang yang melewati batas dalam hukum.
5. Mereka dikumpulkan dalam
keadaan mulut yang mengalir nanah dan menanam lidahnya, mereka inilah para
ulama yang menyimpang di antara perkataan dan perbuatannya.
6. Mereka dikumpulkan dengan
keadaan tubuh badan yang penuh luka dari
api neraka, mereka inilah orang-orang yang menjadi saksi dengan kedustaan.
The Gallery 1
Rubaiyat of Omar
Khayyam
|
You may use any part presented herein for non-commercial purposes only, on the condition of giving full credit to the author and to this home page, including a hyperlink, if you wish to use these material over the Internet. This page was last updated on Thursday, April 22, 2010 |
muTiaRa-HaDis - Mencari dunia
MENCARI DUNIA
Nabi saw. bersabda: “Jika ia
pergi mencari dunia untuk mencukupi keperluan anak kecilnya, maka ia berada di
jalan Allah, jika ia pergi mencari dunia bagi memberi nafkah bagi keperluan
kedua orang tuanya yang sudah tua, maka ia berada di jalan Allah, jika ia pergi
mencari dunia untuk keperluan diri sendiri agar tidak meminta-minta pada orang
lain, maka ia berada di jalan Allah; dan jika ia pergi mencari dunia kerana riak dan berbangga-bangga, maka ia
berada di jalan syaitan”.
RENUNGAN AL-QURAN 207
ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN
AYAT-AYAT ALLAH DAN ANGKUH
40. Sesungguhnya orang-orang
yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya
lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan
masuk Syurga sehingg unta masuk ke lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas
orang-orang yang melakukan kesalahan. (AL-A’RAAF; 40)
Wednesday, December 19, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 206-AKIDAH YG SATU
KESATUAN AKIDAH
KeimanaN atau akidah
terhadap Allah Yang Maha Esa adalah asas pokok yang satu, tetap dan tidak
berubah dari satu umat ke satu umat sejak dahulu hinggalah ke hari kiamat. Perkara
ini terus kekal tetap melepasi perubahan zaman (masa) dan perbezaan tempat
(ruang). Dalam tempoh yang panjang semenjak umat-umat terdahulu lagi, Allah SWT
menurunkan Kitab-kitab-Nya dan mengutuskan semua Rasul-Nya hinngalah kepada
umat yang terkemudian (umat mutakhir-umat Muhammad). Allah Taala berfirman:
“Allah telah menerangkan
kepada kamu-di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya-apa yang
telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan
kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah kami perintahkan kepada Nabi
Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan
janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi
orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka
kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dihekendaki-Nya untuk
menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu
sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat) (ASY-SYURA: 13)
Tuesday, December 18, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 205
MEREKA TIDAK BIMBANG DAN
BERDUKACITA
69. Sesungguhnya orang-orang
yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Shabiin, dan orang-orang
Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala
Rasul-Nya meliputi Nabi Muhammad saw.), dan beriman kepada hari kiamat serta
beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang
tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 70. Demi
sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israel dan Kami
telah utuskan kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa
nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh
yang sebahagian lagi, (AL-MAA’IDAH: 69-70)
Getaran Jiwa - CinTa BuLanmaDu
CINTA BULAN MADU
Cinta
Kau dan Aku
demi sumpah janji
demi cinta tulus murni
dalam senyum bertanam mesra
dalam mesra menarik ingin
dalam ingin panas dingin
dalam madah bicara hati
dalam hati semarak dendam
dalam jiwa denyut jantung
dalam jantung hati gelora
dalam gelora ombak rindu
dalam rindu mendakap asmara
dalam asmara tsunami cinta
dalam asyik dendam asmara
asyik cinta bulan madu
pertama selamanya
Kau dan Aku
Cinta
Kau dan Aku
demi sumpah janji
demi cinta tulus murni
dalam senyum bertanam mesra
dalam mesra menarik ingin
dalam ingin panas dingin
dalam madah bicara hati
dalam hati semarak dendam
dalam jiwa denyut jantung
dalam jantung hati gelora
dalam gelora ombak rindu
dalam rindu mendakap asmara
dalam asmara tsunami cinta
dalam asyik dendam asmara
asyik cinta bulan madu
pertama selamanya
Kau dan Aku
Kelana Putra
MahLiGai-CinTa
Sabtu 10 Nov 2012
25 Dzulhijah 1433
Monday, December 17, 2012
Mutiara Hadis - Tauhid
KALIMAH TAUHID
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin malik r.a. berkata Rasulullah saw. Bersabda:
“Malaikat Jibril turun sambil membaca ayat bermaksud: ‘Pada hari digantikan bumi dengan bumi yang lain, demikian pula langit, dan semua makhluk menuju kepada Allah yang Esa dan kuasa memaksa’ (Ibrahim: 48)
Nabi saw. Bertanya: Ya Jibril, bagaimana keadaan manusia pada hari kiamat?
Jawabnya: Ya Muhammad, mereka berada di atas bumi yang putih, belum pernah orang berbuat dosa di sana. Maka apabila menggaung jahanam satu kali, maka para malaikat lari, berpegang pada arasy, dan tiap malaikat berdoa; Ya Tuhan, aku tidak minta sesuatu kecuali keselamatan diriku. Sedang bukit bagaikan bulu yang dicabut dan dihambur-hamburkan, sedang bukit menjadi cair kerana takut pada jahanam, maka didatangkan jahanam yang menggaung satu kali dipertahankan oleh tujuh puluh ribu malaikat yang memegang kendalinya sehingga dihadapkan kepada Allah, lalu diperintahkan:
Hai Jahanam bercakaplah! Laa illaha illallah demi kemuliaan dan kebesaran-Mu ini, hari aku membalas orang-orang yang makan rezeki-Mu dan menyembah lain-Mu, tidak dapat melalui aku, siapa yang tidak mempunyai surat kebenaran.
Nabi saw. Bertanya: Ya Jibril, apakah surat kebenaran hari kiamat itu?
Jawab Jibril: Terimalah khabar baik hai Muhammad, kerana umatmu mempunyai surat kebenaran, iaitu siapa yang percaya, LAA ILLAAHA ILLALLAH, MAKA IA DAPAT MENYEBERANG JAHANAM.
Lalu Nabi saw. Bersabda: Alhamdulillah yang memberi ilham syahadah Laa illaaha illallah.
Nabi saw. Bersabda:
Pada hari kiamat ada seorang yang dihadapkan ke mizan, lalu dikeluarkan lembaran amalnya sembilan puluh sembilan berkas, tiap-tiap berkas selebar pandangan mata, di dalam semua dosa-dosanya, maka diletakkan atas timbangan, kemudian di bahagian yang lain, dibawakan kertas selebar hujung jari berisi syahadah: Laa illaha illallah, wa anna Muhammad abdu warasuuluh, tiba-tiba kertas kecil itu dapat mengalahkan beratnya bekas-bekas yang banyak itu, dan menghapuskan semua dosa-dosanya.
Selain itu Nabi saw. Bersabda:
“Seutama-utama apa yang aku baca dan dibaca oleh Nabi-nabi sebelumku, iaitu kalimat Laa illaaha illallah”
Sekian semoga kita mempeolehi pelajaran dan manfaat yang amat berguna daripada sabda-sabda Baginda Nabi saw. Ini.
Sekian, Was’salam!
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin malik r.a. berkata Rasulullah saw. Bersabda:
“Malaikat Jibril turun sambil membaca ayat bermaksud: ‘Pada hari digantikan bumi dengan bumi yang lain, demikian pula langit, dan semua makhluk menuju kepada Allah yang Esa dan kuasa memaksa’ (Ibrahim: 48)
Nabi saw. Bertanya: Ya Jibril, bagaimana keadaan manusia pada hari kiamat?
Jawabnya: Ya Muhammad, mereka berada di atas bumi yang putih, belum pernah orang berbuat dosa di sana. Maka apabila menggaung jahanam satu kali, maka para malaikat lari, berpegang pada arasy, dan tiap malaikat berdoa; Ya Tuhan, aku tidak minta sesuatu kecuali keselamatan diriku. Sedang bukit bagaikan bulu yang dicabut dan dihambur-hamburkan, sedang bukit menjadi cair kerana takut pada jahanam, maka didatangkan jahanam yang menggaung satu kali dipertahankan oleh tujuh puluh ribu malaikat yang memegang kendalinya sehingga dihadapkan kepada Allah, lalu diperintahkan:
Hai Jahanam bercakaplah! Laa illaha illallah demi kemuliaan dan kebesaran-Mu ini, hari aku membalas orang-orang yang makan rezeki-Mu dan menyembah lain-Mu, tidak dapat melalui aku, siapa yang tidak mempunyai surat kebenaran.
Nabi saw. Bertanya: Ya Jibril, apakah surat kebenaran hari kiamat itu?
Jawab Jibril: Terimalah khabar baik hai Muhammad, kerana umatmu mempunyai surat kebenaran, iaitu siapa yang percaya, LAA ILLAAHA ILLALLAH, MAKA IA DAPAT MENYEBERANG JAHANAM.
Lalu Nabi saw. Bersabda: Alhamdulillah yang memberi ilham syahadah Laa illaaha illallah.
Nabi saw. Bersabda:
Pada hari kiamat ada seorang yang dihadapkan ke mizan, lalu dikeluarkan lembaran amalnya sembilan puluh sembilan berkas, tiap-tiap berkas selebar pandangan mata, di dalam semua dosa-dosanya, maka diletakkan atas timbangan, kemudian di bahagian yang lain, dibawakan kertas selebar hujung jari berisi syahadah: Laa illaha illallah, wa anna Muhammad abdu warasuuluh, tiba-tiba kertas kecil itu dapat mengalahkan beratnya bekas-bekas yang banyak itu, dan menghapuskan semua dosa-dosanya.
Selain itu Nabi saw. Bersabda:
“Seutama-utama apa yang aku baca dan dibaca oleh Nabi-nabi sebelumku, iaitu kalimat Laa illaaha illallah”
Sekian semoga kita mempeolehi pelajaran dan manfaat yang amat berguna daripada sabda-sabda Baginda Nabi saw. Ini.
Sekian, Was’salam!
RENUNGAN AL-QURAN 204 - HIJRAH
PAHALA HIJRAH
100. Dan sesiapa yang
berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia
akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari
rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati
(dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (AN-NISSA’:
100)
RENUNGAN AL-QURAN 203
PERNIAGAAN SECARA SUKARELA DAN DITEGAH BERBUNUHAN
29. Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan
jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan
yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (AN-NISSA:
29)
Sunday, December 16, 2012
Getaran Jiwa - "Selamat tinggal"
SELAMAT TINGGAL
Aku di sini milikiAyah bonda
suami isteri
anak pinak
kaum kerabat
sahabat handai
kekasih
harta kekayaan
pangkat kedudukan
gelaran kemegahan
gempita gelak tawa
seloka riang ria
bahagia senyum mesra
belaian permata jiwa
cinta dendam asmaradana
nanti kan tiba saat ketika
semua itu pasti
hilang lenyap
aku mesti lupakan
aku mesti tinggalkan
wahai cinta kasihku
wahai pujaan jiwaku
wahai rindu mesraku
wahai duniaku
aku pergi dahulu
pulang kembali pada-Nya
selamat tinggal semua
adios –sayonara-good bye…!!!
Kelana Putra
Mahligai Cinta
Tasik Puteri
Bukit Besi, Dungun
Isnin 17.12.12
3 Safar 1434.
RENUNGAN AL-QURAN - 202
UMAT YANG SATU.
213. Pada mulanya manusia
itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka
berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira
(kepada orang-orang beriman dengan balasan
Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang nyang ingkar dengan azab Neraka)
dan Allah menurunkan bersama-sama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang
(mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di
antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan sebenarnya tidak ada
yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada
mereka Kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan
yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.
Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran
yang diperselisihkan oleh mereka (yang
derhaka itu), dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya
kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul lurus (menurut
undang-undang peraturan-Nya. (AL-BAQARAH: 213)
Saturday, December 15, 2012
MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH - 5
ERTI IMAN
Iman dari sudut istilahnya
adalah membenarkan, mempercayai dan meyakini akan sesuatu dengan pasti dan tiada sebarang perubahan dan pembatalannya
disertai dengan kepatuhan yang sempurna. Oleh itu beriman kepada Allah swt.
ringkasnya bermaksud mempercayai, meyakini dan membenarkan secara pastinya akan
adanya (wujudnya) Allah Taala, keesaan dan kekuasaan-Nya, semua sifat dan
kesempurnaan-Nya yang tiada batas.
Para ulama berbeza pendapat
tentang hakikat iman yang sebenarnya. Persoalannya adakah iman itu memiliki semua tiga komponen iman iaitu: (a)
tasdik (membenarkan dengan hati), (b) ikrar (mengaku dengan lidah) dan (c) amal
(melakukan dengan angota). Sebahagian ulama melihat hakiat iman yang
sebenar-benarnya ialah tasdik mutlak iaitu menyakni, mempercayai dan
membenarkan dengan hati semata-mata; tidak termasuk ikrar dan amal. Mereka beranggapan bahawa Ikrar dan amal hanyalah sebagai syarat kepada penyempurnaan iman dan tidaklah merupakan
hakikat iman.
Pendapat ini lebih cenderung
membezakan antara dua perkara iaitu iman dan amal. Iman itu adalah akidah
(tauhid) dan amal perbuatan adalah syari’at. Keimanan diumpamakan sebagai pokok
dan diatasnya berdiri syariat iatu cabang-cabangnya dan dari cadang-cabang itu
pula keluarlah buah-buahnya itu segala amal-amal perbuatan.
MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH - 4
BENAR-BENAR BERIMAN DAN
BERTAQWA
Bukanlah kebajikan itu hanya
menghadapkan muka kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu (yang
sebenarnya) ialah beriman kepada Allah,
hari akhirat, dan segala Malaikat, segala Kitab, sekelian Nabi, dan bersedekah harta yang disayangi
kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, musafir, peminta-peiminta
sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan
zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam
kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar
beriman dan bertaqwa. (AL-BAQARAH; 177)
Friday, December 14, 2012
SIAPAKAH HAMBA YG ARIF..?
TANDA-TANDA HAMBA YANG ARIF
“Tanda-tanda HAMBA YANG ARIF
itu ada lapan perkara iaitu:
“HATInya sentiasa berasa
TAKUT. Harapan (iaitu takut kepada ancaman Allah dan HARAPAN kepada balasan
baik yang telah dijanjikanNya). LIDAHnya sentiasa bersama ucapan SYUKUR dan
PUJIAN terhadap Allah. Kedua MATAnya selalu bersama rasa MALU dan TANGIS.
KEMAHUANnya sentiasa bersama kepuasannya untuk
MENINGGALKAN dan mencari KERIDHAAN (iaitu meninggalkan dunia dan mencari
keridhaan Tuhannya)” (Usman r.a)
Thursday, December 13, 2012
MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH - 3
BERIMAN KEPADA YANG DIPERINTAHKAN
285. Rasulullah telah
beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga kepada
orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. Mereka berkata: “Kami tidak membezakan
antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasul-Nya”. Mereka berkata lagi: “Kami
dengar dan kami taat”. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan
kepada-Mu jualah tempat kembali. (AL-BAQARAH; 285)
GETARAN JIWA - Sibuk
SIBUK
Semua orang jadi sibuk
sibuk siang sibuk malam
sibuknya macam-macam
urusan dunia tak mahu dihenti
cari makan tambah rezeki
kumpul wang harta benda
memadu kasih main asmara
berhibur gelak tawa
keliling negeri pusing dunia
sesekali berangan panjang
pasang harapan berjela-jela
duduk bangun tidur jaga
bergelut tawan isi dunia
gamat gawat tiap ketika
dihanyut bisikan godaan
begitupun jua
di sana nanti akan lebih
sibuk tak henti-henti
urusi nasib sendiri
hingga tiada kesempatan
toleh kanan toleh kiri
tanya khabar ibu ayah
isteri dan anak pinak
dari itu tak ingin
mahu ambil peduli lagi
terlalu sibuk dan disibukkan
kerana mau menjengah
suatu yang belum pasti
hidup alam abadi …!
Kelana Putra
Mahligai Cinta
Tasik Puteri
Bukit Besi, Dungun
Khamis 14.12.12
29 Muharam1434
Semua orang jadi sibuk
sibuk siang sibuk malam
sibuknya macam-macam
urusan dunia tak mahu dihenti
cari makan tambah rezeki
kumpul wang harta benda
memadu kasih main asmara
berhibur gelak tawa
keliling negeri pusing dunia
sesekali berangan panjang
pasang harapan berjela-jela
duduk bangun tidur jaga
bergelut tawan isi dunia
gamat gawat tiap ketika
dihanyut bisikan godaan
begitupun jua
di sana nanti akan lebih
sibuk tak henti-henti
urusi nasib sendiri
hingga tiada kesempatan
toleh kanan toleh kiri
tanya khabar ibu ayah
isteri dan anak pinak
dari itu tak ingin
mahu ambil peduli lagi
terlalu sibuk dan disibukkan
kerana mau menjengah
suatu yang belum pasti
hidup alam abadi …!
Mahligai Cinta
Tasik Puteri
Bukit Besi, Dungun
Khamis 14.12.12
29 Muharam1434
MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH 2
MANUSIA DISERU SUPAYA
BERIMAN
21. “Wahai sekelian manusia!
Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang
terdahlu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang) bertakwa. 22. Dialah
yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala
isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan Dia menurunkan air
hujan dari langit, lalu Dia menurunkan dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan
yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah,
sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang
Maha Esa)”. (AL-BAQARAH: 21-22)
MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH - 1
KEIMANAN KEPADA ALLAH
Keimanan kepada Allah SWT.
itu merupakan hubungan yang semulia-mulianya di antara hamba (manusia) dengan
Dzat Yang Maha Menciptakannya. Semulia-mulia makhlauk ciptaan Allah adalah
manusia dan semulia-mulia yang manusia miliki ialah hati dan semulia-mulia hati
adalah beriman kepaada Allah Yang Maha Esa. Semua ini adalah suatu nikmat dan
kurniaan Allah kepada manusia selaku hamba-Nya.
Allah Taala berfirman: “….dan
kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana, Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu
cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan
fasik serta perbuatan derhaka itu; perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus”. 8.
(Mereka dijadkan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat
pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui; lagi Maha
Bijaksana. (AL-HUJURAT: 7-8)
Tuesday, December 11, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 201
PENYOKONG-PENYOKONG AGAMA
ALLAH
22. Engkau tidak akan dapati
sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergmak berkasih
mesra dengan orang-orang yang menentang
(perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah
bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun
keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam
hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan
daripada-Nya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan
mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah
penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penykong-penyokong
agama Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (AL-MUJAADALAH: 22)
MutiaRa-HaDis - Ulama
ULAMA
Nabi saw. bersada: “Ulama
itu sebagai orang-orang yang dipercaya oleh para Rasul (Nabi-nabi) untuk
memimpin dan mengajari hamba-hamba Allah selama mereka tidak menjlat kepada raja (pemerintah) dan
tidak rakus kepada dunia, maka apabila telah memasuki urusan dunia, maka telah
mengkhianiti Rasul-rasul (Nabi-nabi), maka jauhilah mereka dan
berhati-hatilah dari mereka”.
Monday, December 10, 2012
MuTiAra HaDis - Kasih sayang
Nabi saw. bersabda: Ada beberapa hamba Allah yang akan diberi oleh Allah pada hari kiamat mimbar dari nur,mereka bukan Nabi dan bukan syuhadah, sehingga mereka itu diinginkan oleh para Nabi dan syuhadah. Sahabat bertanya: Siapakah mereka itu ya Rasulullah? Jawab Nabi saw. "Mereka orang-orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semataa-mata".
RENUNGAN AL-QURAN 200
ATURAN ALLAH
2. Dia-lah yang mengaturkan
kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari
kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta
membalas masing-masing). 3. Dia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang
sungguh layak dan berhikmah, dan ia menentukan bentuk rupa kamu serta
memperelokkan rupa kamu dan kepada-Nyalah tempat kembali. (AT-TAGHAABUN: 2-3)
MutiAra HaDis - Sabar
SABAR
Nabi saw. bersabda: “Sabar
itu ada tiga; 1. Sabar menjalankan taat, 2. Sabar menghadapi musibah (bala
bencana) dan 3. Sabar meninggalkan maksiat. Maka sesiapa yang sabar atas
penderitaan musibah sehingga ditolaknya dengan hiburan yang baik, maka
dicatatkan baginya 300 darjat. Dan sesiapa yang sabar berbuat taat, maka
dicatat baginya 600 darjat. Dan siapa yang sabar meninggalkan maksiat maka
dicatat baginya 900 darjat.
Sunday, December 9, 2012
MuTiarA HaDis
HARTA HARAM
Nabi saw. bersabda: " Siapa yang mendapat harta dari haram, lalu digunakan untuk sedekah atau menghubungkan silaturrahim atau bersedekah jihad fisabilillah, maka dikumpulkan semua itu dan dilemparkan ke dalam neraka".
Tawakkal kepada Allah
Nabi Dawud as. berkata kepada Nabi Sulaiman as.
"Hai anakku, sungguh dapat dijadikan tanda adanya taqwa seseorang itu dengan tiga macam; 1. Baiknya tawakkal dalam apa yang belum dicapai, 2. Dan redha menerima apa yang terjadi (tercapai) dan 3. Sabar menghadapi apa yang terlepas dari tangannya".
Saturday, December 8, 2012
Kemuliaan umat Muhammad saw.
Nabi Adam berkata: “Sesungguhnya
Allah telah memberi kepada umat Muhammad saw. empat macam kemuliaan yang tidak
diberikan kepadaku: 1. Menetapkan tempat taubatku di Mekah, sedang umat
Muhammad saw. akan diterima taubat mereka di mana-mana tempat. 2. Dahulunya aku
berpakaian dan ketika berbuat dosa ditelanjangi, sebaliknya umat Muhammad saw.
berbuat dosa dengan telanjang dan Allah memberi
pakaian kepada mereka. 3. Ketika aku berbuat dosa dipisahkan dengan
isteriku, tetapi umat Muhammad saw. berbuat dosa dan tidak dipisahkan dengan
isterinya. 4. Aku telah berbuat dosa di dalam Syurga, sehingga dikeluarkan
daripadanya, sebaliknya umat Muhammad saw. berbuat dosa di luar Syurga,
kemudian dapat masuk Syurga sesudah taubat.
MuTiaRa HaDis
NIAT DALAM AMAL
Nabi saw. bersabda: “Seorang
hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanat sebesar bukit, lalu ada
seruan: Siapa yang berasa pernah dianiaya oleh Si-Fulan ini boleh datang untuk
dibayar, maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga
tiada tinggal satupun dari hasanat yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi
bengang. Kemudian Tuhan berkata kepadanya: “Untukmu ada simpanan pada-Ku yang
Aku tidak perlihatkan kepada malaikat atau seorangpun dari makhluk-Ku”, lalu ia
bertanya: Apakah itu? Jawab Tuhan; “Iaitu niatmu yang engkau selalu niat akan
berbuat kebaikan, ditulis untukmu berlipat ganda tujuh kali ganda”
Getaran Jiwa - Muflis
MUFLIS
muflis dunia papa kedana
muflis wang harta kenalah gadai
muflis minda keringlah idea
muflis kata hilanglah bicara
muflis ilmu bodoh dungulah diri
muflis jiwa rasa kosonglah sentiasa
muflis cinta duduk sendirianlah sampai tua
muflis amal beratlah dosa
muflis di Mahsyar rugilah diri
muflis di hadapan Allah
keringlah air mata
deritalah diri selamanya
Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Paka, Dungun
Sabtu 8 Disember 2012
muflis dunia papa kedana
muflis wang harta kenalah gadai
muflis minda keringlah idea
muflis kata hilanglah bicara
muflis ilmu bodoh dungulah diri
muflis jiwa rasa kosonglah sentiasa
muflis cinta duduk sendirianlah sampai tua
muflis amal beratlah dosa
muflis di Mahsyar rugilah diri
muflis di hadapan Allah
keringlah air mata
deritalah diri selamanya
Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Paka, Dungun
Sabtu 8 Disember 2012
Friday, December 7, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 199
MEREKA YANG MENDUSTAKAN HARI
PEMBALASAN
10. Kecelakaan besar, pada
hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan, 11. Iaitu mereka yang mendustakan
hari pembalasan. 12. Dan tiada yang mendustakannya melainkan, tiap-tiap orang
yang melampaui batas (kebenaran), lagi sangat derhaka! 13. Sehingga apabila
dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: “Ini adalah dongeng orang dulu
kala!”. 14. Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami
tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kotoran (dosa),
dengan sebab (perbuatan kufur maksiat yang mereka kerjakan) 15. Jangan lagi
mereka berlaku demikian! (Kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding
dari rahmat Tuhannya. 16. Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran
api neraka. (AL- MUTAFFIFIN; 10-16)
Thursday, December 6, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 198
APAKAH MANUSIA DIBIARKAN
BEGITU SAHAJA
36. Patutkah manusia
menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan
tanggungjawab dan tidak dihidupakan menerima balasan)? 37. Bukankan ia berasal
dari air mani yang dipancutkan (ke dalam rahim)? 38. Kemudian air mani itu
menjadi sebuku darah beku, sesuadah itu Tuhan menciptakannya, dan
menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? 39. Lalu Tuhan menjadkan
daripadanya dua jenis-lelaki dan perempuan. 40. Adakah (Tuhan yang menjadikan
semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati)? (Tentu
berkuasa)! (AL-QIAAMAH; 36-40)
RENUNGAN AL-QURAN 197
MANUSIA DICIPTAKAN BUKAN
HANYA SIA-SIA
115. Maka adakah patut kamu
menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari ada kepada ada) sahaja
dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak
akan dikembalikan kepada Kami? 116. Maka (dengan yang demikian)
Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar;
tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang mulia. (AL-MUKMINUN;
115-116)
RENUNGAN AL-QURAN 196
ORANG-ORANG MUQARRABIN
BEROLEH SYURGA
83. Maka alangkah eloknya
kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke
kerongkongnya, 84. Sedang kamu pada masa
itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, 85. Dan Kami lebih dekat
kepadanya darpada kamu, tetapi kamu tidak melihat, 86. Maka bukankah elok kalau
kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami),
87. Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu
orang-orang yang benar? 88. Kesudahannya; jika ia (yang mati itu) dari
orang-orang “Muqarrabin”. 89. Maka ia akan beroleh Syurga kenikmatan.
(AL-WAAQI’AH: 83-89)
Wednesday, December 5, 2012
muTiaRa-HaDis
TIGA MACAM ORANG YANG
DIBENCI
Nabi saw. bersabda: “Allah
membenci tiga macam orang, tetapi benci-Nya kepada tiga orang yang lain lebih
berat dari mereka.1. Membenci oran fasik, tetapi kepada orang tua yang fasik
lebih membenci. 2. Membenci orang kikir, tetapi terhadap orang kaya yang kikir
lebih membenci. 3. Membenci orang yang sombong tetapi kepada orang miskin yang
sombong lebih benci.
Getaran Jiwan - Sendu
SENDU
Suatu masa nanti
aku merana merintih
berlagu tangis sendu
didakap keliru cemburu
kenangkan nasib diri
apakah aku untung
apakah aku rugi
hadir menumpang di sini
hanya sekali
gelumang hitam putih
betapakah sukar perit
aku mengatur langkah
dari persimpangan dunia
aku mesti terus pergi
sendiri tanpa sesiapa di sisi
bersama aku hanya
miliki
segenggam hati nurani
sebutir mutiara iman
setitis ilmu bercahaya
seraut amal taqwa
bersama wajah mengharap
di perhimpunan maha besar
Dataran Mahsyar
Kelana Putra
Dungun
13 Januari 2012
Jumaat 20 Safar 1433PENUNGAN AL-QURAN 195
TIDAK MENGHIRAUKAN BALASAN
AKHIRAT
14. Sesungguhnya Tuhanmu
tetap mengawas dan membalas (terutama balasan akhirat). 15 (Dalam pada itu,
manusia tidak menghiraukan balaan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan
manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya,
(ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan
sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku” 16. Dan sebaliknya apabla ia diuji
oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah
gelisah) serta merepek dengan katanya:”Tuhanku telah menghinakan daku”. (AL-FAJR:
14-16)
RENUNGAN AL-QURAN 194
AMALAN YANG TINGGI DARJATNYA
10. Dan Kami telah
menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan
kejahatan untuk dijauhinya)? 11. Dalam
pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan
amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? 12. Dan apa jalannya engkau
dapat mengetahui; apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
13. (Di antara amal-amal itu – bagi orang-orang yang mampu) ialah; memerdekakan
hamba abdi; 14. Atau memberi makan pada hari kelaparan – 15. Kepada anak yatim
dari kaum kerabat, 16. Atau kepada orang-orang miskin yang terlantar di atas
tanah. (AL-BALAD; 10-16)
RENUNGAN AL-QURAN 193
MANUSIA DITUNJUKI DUA JALAN
8. (Mengapakah manusia
terpedaya dan bermegah-megah?). Tidakkah kami jadikan baginya; dua mata (untuk
ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) 9. Dan lidah serta dua bibir (untuk
ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? 10. Dan Kami telah
menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan
kejahatan untuk dijauhinya)? (AL-BALAD: 8-10)
Tuesday, December 4, 2012
MuTiaRa HaDis - Mata
MATA YANG TAK AKAN MENANGIS
Nabi SAW. bersabda; "Tiap mata akan menangis pada hari akhirat kecuali empat mata:
1. Mata yang tercungkil dalam perang jihad fisabilillah
2. Mata yang telah menangis kerana takut kepada Allah
3. Mata yang bangun berjaga malam kerana takut kepada Allah dan
4. Mata yang menjaga pasukan di belakang kaum muslimin."
Monday, December 3, 2012
Getaran Jiwa - Jatuh
JATUH
Gugur
luruh
terhempas
pecah
belah
hancur
berderai
berkecai
jatuh
hati
ingat
tanpa henti
dalam
jaga dalam tidur
jatuh
cinta
terbayang wajah rupa
rindu
asyik
asmaradana
tsunami
cinta
hempas
goda
jatuh
sakit
lesu
lemah
longlai
layu
jatuh
bangkrup
hakis
kikis harta benda
papa
kedana
jatuh
tupai
mampu
lompat
panjat
semula
jatuh
bangun
cerita
hidup manusia
Kelana
Putra
Mahligai-Cinta
Kuala
Terengganu
Selasa
4 Disember 2012Sunday, December 2, 2012
Getaran Jiwa - Suci
SUCI
Apakah diriku ini
mampu menjelma
jadi manusia suci
jiwaraga hati nurani
setulus air mata
semurni mutiara
selembut sutera
seputih salji
sebersih embun
taat setia hamba
suci mulia adanya
dari titik-titik noda dosa
agar di suatu masa
kelak di sana nanti
atas kurnia restu izin
menatap memandang
kerana demi sesungguhnya
hanyalah yang suci itu
diberi daya upaya
mendekati menghadap-Mu
Tuhan Yang Maha Suci
Apakah diriku ini
mampu menjelma
jadi manusia suci
jiwaraga hati nurani
setulus air mata
semurni mutiara
selembut sutera
seputih salji
sebersih embun
taat setia hamba
suci mulia adanya
dari titik-titik noda dosa
agar di suatu masa
kelak di sana nanti
atas kurnia restu izin
menatap memandang
kerana demi sesungguhnya
hanyalah yang suci itu
diberi daya upaya
mendekati menghadap-Mu
Tuhan Yang Maha Suci
Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Isnin 3 Disember 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)