Sunday, September 30, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 24

NABI MUSA DAN FIRAUN 24
 
FIRAUN AKAN MENGETUAI KAUMNYA MEMASUKI NERAKA
 
96. Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (Mukjizat) yang nyata; 97. Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun mengikut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul!. 98. Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat, kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke Neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah Neraka. 99. Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini, dan pada hari kiamat.(Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan. (HUD: 96-99)

KISAH PARA RASUL-NABI NUH 2

NABI NUH DAN KAUMNYA 2

Menyeru kaumnya supaya menyembah Allah

25. Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh, lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ini seorang Rasul  pemberi amaran yang nyata kepada kamu. 26. “Iaitu  yang janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan”. (HUD; 25-26)

KISAH PARA RASUL-NABI NUH

NABI NUH DAN KAUMNYA 1
 
Kaum kafir menuduh Nabi Nuh sebagai seorang yang berpenyakit gila
 
23. Dan Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkata ia: Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya, Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? 24. Maka ketua-ketua kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri); “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan diriya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah ia menurunkan Malaikat menjadi Rasulnya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu. 25. Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah perubahan keadaannya hingga ke suatu masa” ( AL-MUKMINUN: 23-25)

Saturday, September 29, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 144

UMAT MUHAMMAD MENGGANTIKAN UMAT-UMAT TERDAHULU

13. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesusahan. 14. Kemudian kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi mengganttikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan. (YUNUS: 13-14)
                                                      

Friday, September 28, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 143 - SANGKAKALA

APABILA DI TIUP SANGKAKALA
101. Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan. 102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. 103. Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam Neraka Jahanam. 104. Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggallah mereka disitu dengan muka yang hodoh. (AL-MUKMINUN: 101-104)

RENUNGAN AL-QURAN 142

ORANG-ORNG YANG BERIMAN AKAN MEWARISI SYURGA FIRDAUSI
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; 3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); 5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, 6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya; maka sesungguhnya mereka tidak tercela: 7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; 8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; 9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; 10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - 11.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (AL-MUKMINUN: 1-11)



RASUL-RASUL ALLAH - NABI NUH

NABI NUH DAN KAUMNYA
 
Kaum kafir menuduh Nabi Nuh sebagai seorang yang berpenyakit gila
 
23. Dan Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkata ia: Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya, Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? 24. Maka ketua-ketua kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri); “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan diriya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah ia menurunkan Malaikat menjadi Rasulnya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu. 25. Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah perubahan keadaannya hingga ke suatu masa” ( AL-MUKMINUN: 23-25)

RENUNGAN AL-QURAN 141

PEMCIPTAAN MANUSIA
[12] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; [13] Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (AL-MUKMINUN: 12-14)
 
 

Thursday, September 27, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 140

PERANG JIHAD

20.Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam), orang-orang yang beriman berkata: “Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran yang memerintahkan kami berjuang)?” Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah telah hampir kepada mereka. 21. Mereka selalu berkata; “Pendirian kami mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai  Allah). Dalam pada itu, apabila perkara (perang Jihad) itu ditetapkan wajibnya (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintah-perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.(MUHAMMAD:20-21)

RENUNGAN AL-QURAN 138

ORANG-ORANG YANG CELAKA DAN BERBAHAGIA

104.“Dan tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu melainkan untuk satu tempoh yang tertentu. 105. (Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah serangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongnan) melainkan dengan izin Allah.Maka diantara mereka ada yang CELAKA dan ada pula yang BERBAHAGIA. 106.Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran  dan maksiatnya), maka di dalam Nerakalah tempatnya. Bagi mereka disitu, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). 107. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakinya. 108. Adapun orang-orang yang BERBAHAGIA (disebabkan iman dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu, sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus. (HUD;104-108)

 

Wednesday, September 26, 2012

GETARAN JIWA- KAYA

KAYA

Suka bergelar “orang kaya”?
Mahu  iadi kaya raya
Kaya harta siang malam orang bicara

Kaya wang tak sayang nak belanja-buang
Kaya kedudukan gelaran berjela panjang

Kaya anugerah gemerlapan darjah dan bintang
Kaya minda fikiran gagah perkasa
Kaya ilmu ramai murid di tiap penjuru

Kaya kekasih naik gila bila bertemu
Kaya isteri kuat kerja senyum sendiri

Kaya anak memang ramai yang tak nak
Kaya kerabat sesekali tampak hebat

Kaya kawan gembira ketawa bersiulan
Kaya hati boleh tumpang hingga mati

Kaya jiwa mudah terasa bila-bila

Kaya semangat azam tak penat
Kaya budi tabur bakti tiada henti

Kaya dosa sesal diri sepanjang usia
Kaya pahala tak pernah takut bila mati
Kaya di sini mudah di cari

Kaya di sana belum pasti

Kaya oh kaya……………..

bukanlah mudah nak jadi kaya!

 Kelana Putera
Kuala Paka
26 September 2012

 

RENUNGAN AL-QURAN 139

AZAB ALLAH SWT TETAP BERLAKU
1. Demi Gunung Tursina; 2. Dan demi Kitab yang terlulis dengan rapi. 3. Pada lembaran surat yang terbuka: 4. Dan Demi "Baitul Makmur", 5. Dan demi bumbung yang tinggi; 6. Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan)-7. Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; 8. Tiada sesiapapun dapat menolaknya; 9. Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar segegar-gegarya, 10. Dan gunung-gunung bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa. 11. (Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran; 12. Ia itu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan. 13. Pada hari mereka ditolak ke dalam Neraka Jahanam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya, 14. (Dan dikatakan kepada mereka); "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya. (AT-TUUR: 1-14)

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 23

KISAH NABI IBRAHIM 1
BERITA GEMBIRA DISAMPAIKAN KEPADA NABI IBRAHIM
24. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? 25.Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu mereka  memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu”! Ia menjawab; Salam sejahtera kepada kamu! (Sambil berkata dalam hati) mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. 26. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). 27. Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silalah makan”. 28 (Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka, (meihat kecemasannya), mereka berkata; “Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim). Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. 29. (Mendengarkan berita yang menggembirakan itu) maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: “Aku sudah tua lagi mandul (bagaimana aku boleh mendapat anak)? 30. Mereka berkata; “Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanyalah menyampaikan sahaja), Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, Lagi Maha Mengetahui”. (ADZ-DZAARIYAAT: 24-30)

Monday, September 24, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 22

NABI MUSA DAN FIRAUN 22

FIRAUN DAN TENTERANYA DITENGGELAMKAN

77. Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa:Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar mengembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut, janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau takut tenggelam. 78. Maka Firaunpun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu dia dan orang-orangnya dilitupi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.(THAHA: 77-78)

 

 

Saturday, September 22, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 21

NABI MUSA DAN FIRAUN 2I
MEREKA BERIMAN DAN TIDAK TAKUT AKAN HUKUMAN FIRAUN
71. Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku member izin kepada kamu? Sesungguhnya dia adalah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan berselang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal. 72. Mereka menjawab; Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. (AL-THAHA: 71-72)
 

Wednesday, September 19, 2012

KISAH-KISAH AL-QURAN 20

NABI MUSA DAN FIRAUN 20

AHLI-AHLI SIHIR MENGIKUT NABI MUSA DAN NABI HARUN

70. (Nabi Musapun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang semikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.71. Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dialah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal.(THAHA: 70-71)

Monday, September 17, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 19

NABI MUSA DAN FIRAUN 19
NABI MUSA DAN FIRAUN - 19
 
NABI MUSA BERHADAPAN DENGAN AHLI-AHLI SIHIR FIRAUN
66. Nabi Musa menjawab: Bahkan kamulah campak dahulu.Tiba-tiba tali tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya  seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. 67.Maka demikan menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.  68. Kami berfirman kepadanya; “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. 69. Dan campakkanlah apa yang ada ditangan kananmu, nescaya ia menelan (benda-benda sihir) yang mereka lalukan, kerana sesungguhnya  apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir, sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada. (THAHA: 66-69)
 
 

Sunday, September 16, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 137- SERUAN KEPADA UMAT MANUSIA

KEMEWAHAN HIDUP DUNIA DAN TIPU DAYA SYAITAN

Allah Taala berfirman  dengan maksudnya:

“WAHAI UMAT MANUSIA, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu bepeluang menyebabkab kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah ia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka. (Fathir: 5-6)


RENUNGAN AL-QURAN 136

IBLIS TERUS BEKERJA MENYESATKAN BANI ADAM HINGGA KE HARI KIAMAT

61. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang diadun)? 62. Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit diantaranya .63. Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukan apa yang engkau rancangkan)! Kemudian sesiapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. 64. Dan desak serta pujuklah  sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang bejalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka  (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. 65. Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka) (AL-ISRA': 61-65)

Saturday, September 15, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 135 - BANI ISRAEL

BANI ISRAEL AKAN DIBALAS UNTUK KALI KEDUA

4. Dan kami nyatakan kepada Bani Israel dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestine) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. 5. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan itu), Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. 6. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. 7. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (AL-ISRA’; 4-7)

RENUNGAN AL-QURAN 134 - BOROS MEMBAZIR

ORANG YANG BOROS MEMBAZIR ADALAH SAUDARA SYAITAN
 
26.“Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan hak masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. 27.Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedangkan, Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.(AL-ISRA’: 26-27)

RENUNGAN AL-QURAN 133

ANAK ADAM YANG DIMULIAKAN DAN SURAT AMALANNYA

70.Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunkan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yangbaik-baik serta  Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-mahkluk yang telah Kami ciptakan. 71. (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imannya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak gikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun. 72. Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.(AL-ISRA’ : 70-72)

 

Wednesday, September 12, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 18

NABI MUSA DAN FIRAUN 18
AHLI-AHLI SIHIR FIRAUN YANG MENCAMPAKKAN TERLEBIH DAHULU
63. Mereka berkata: Dua orang ini, sebenarnya dua orang ahli sihir yang bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama. 64. Oleh itu satukanlah segala helah kamu, kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini. 65. Mereka berkata: Wahai musa! Engkaukah yang mencampak terlebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak? (THAHA: 63-65)

Monday, September 10, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 132 - WAHAI JIWA YANG TENANG!

WAHAI ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI JIWA YANG TENANG
 
27. (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat). Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): WAHAI  ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI JIWA YANG SENTIASA TENANG TETAP DENGAN KEPERCAYAAN DAN BAWAAN BAIKNYA! 28. “KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI (dengan segala nikmat yang diberikan) LAGI DIREDHAI (di sisi Tuhanmu). 29. “SERTA MASUKLAH ENGKAU DALAM KUMPULAN HAMBA-HAMBAKU YANG BERBAHAGIA".(Al-FAJR: 27-29)

Sunday, September 9, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 131

NABI IBRAHIM DAN IBADAT HAJI

26.Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orag-orang tawaf dan orang-orang yag berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan solat) 27.Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.28. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban): dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.(AL-HAJJ 26-28)

Saturday, September 8, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 130 - BAHAN BAKARAN NERAKA JAHANAM



BAHAN BAKARAN DALAM NERAKA JAHANAM
97.Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta merta pandangan mata orang-orang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas):Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri. 98. Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilemparkan ke dalam Neraka Jahanam: kamu (sudah tetap) akan memasukinya. 99.Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam  Neraka dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah dan yang disembah) akan kekal dalam Neraka selama-lamanya.(Al-Anbia: 97-99)

RENUNGAN AL-QURAN 129

AGAMA ISLAM INILAH AGAMA KAMU

92.Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan Kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. 93.(kebanyakan manusia masih berselisih) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada Kami (untuk menerima balasan). 94. Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya. 95. Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak. (AL-ANBIA: 92-95)

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 17

NABI MUSA DAN FIRAUN 17
NABI MUSA MENETAPKAN HARI UNTUK PERTANDINGAN DAN FIRAUN MENGUMPULKAN AHLI-AHLI SIHIRNYA
59. Nabi Musa menjawab: Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu Duha. 60. Maka Firaunpun berangkat dari majlis itu. Dia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian dia datang ke tempat perlawanan. 61.Nabi Musa berkata: Celakalah kamu kelak! Jangan kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Dia akan membinasakan kamu dengan zazb seksa dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa.62.Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka dan mereka merahsiakan apa yang mereka rundingkan.(THAHA: 59-62)

Friday, September 7, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 128

ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN

“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya” (THAHA; 82)

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 16

NABI MUSA DAN FIRAUN 16  
                                                                       
FIRAUN MENCABAR NABI MUSA 
                                                                 
56. Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami: dalam pada itu dia mendustakannya dan enggan beriman. 57. Firaun berkata: Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa? 58. Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak.(Thaha: 56-58)                                                                                                                                                                                                                

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 15

NABI MUSA DAN FIRAUN 15

SEMUANYA TERTULIS DALAM KITAB

52.Nabi Musa menjawab; Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab: Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia juga tidak pernah lupa. 53.(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit: Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. 54. Maka makanlah lamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran. (THAHA: 52-54)

Thursday, September 6, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 128 - SOLAT JUMAAT

SERUAN AZAN UNTUK SOLAT JUMAAT

9. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahayang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk meningati Allah (dengan mengerjakan sembahayang Jumaat) dan tinggalkan berjual beli (pada saat itu): yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 10. Kemudian setelah selesai sembahayang maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan),supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat. 11 Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah).Katakanlah (wahai Muhammad; Pahala. Balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. (AL-JUMU’AH; 9-11)

RENUNGAN AL-QURAN 127

ORANG YANG BERPALING INGKAR DARI PERINGATAN AL-QURAN

100. Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. 101. Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, 102. (iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya. 103. Mereka berbisik-bisik sesama  sendiri. Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja. 104. (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: Tidaklah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat. (THAHA: 100-104)

 

 

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 14

NABI MUSA DAN FIRAUN 14
NABI MUSA DAN FIRAUN - SIRI 14
NABI MUSA SAMPAIKAN PERINTAH ALLAH KEPADA FIRAUN
46. Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu: Aku mendengar dan melihat segala-galanya. 47. Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: Bahawa sesungguhnya, kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani Israel mengikut kami dan janganlah engkau menyeksa mereka, 48.Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya. 49. (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu) Firaun berkata: Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa? 50. Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: Kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.51.Firaun bertanya lagi: Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu? (THAHA: 46-51)

Wednesday, September 5, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 13


NABI MUSA DAN FIRAUN 13
NABI MUSA DAN NABI HARUN DIPERINTAHKAN MENEMUI FIRAUN

41. Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasulku 42. Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut .serta mengingati Daku. 43. Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya. 44.Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut. 45. Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami atau dia akan melampaui batas. (AT-THAHA: 41-46)

RENUNGAN AL-QURAN 126

SYAITAN SEJAHAT-JAHAT TEMAN

36. Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan yang menghasut dan menyesatkan), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37. Sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.  38. Sehingga apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari Kiamat), berkatalah dia (kepada Syaitannya); Alangkah baiknya kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan antaraku denganmu  sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau ) adalah sejahat-jahat teman.(AZ-ZUKHRUF: 36-38)

 

RENUNGAN AL-QURAN 125

ALLAH MENEMPELAK BANI ISRAEL
 
6.Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain,  maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. 7. Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.(Al-JUMU’AH:6-7)

Monday, September 3, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN - 12

NABI MUSA DAN FIRAUN 12

FIRAUN DAN KAUMNYA BERTINDAK SOMBONG TAKBUR

38.Dan Firaun pula berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Hamam, bakarkanlah batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dkatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta.39. Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan benar dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.(AL-QASAS: 38-39)

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 11


NABI MUSA DAN FIRAUN 11
FIRAUN MENDAKWA AYAT-AYAT ALLAH SEBAGAI SIHIR

36. Setelah Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami yang terang nyata, mereka berkata: Apa yang engkau bawa ini hanyalah sihir yang dibuat–buat dan kami tidak pernah mendengar tentang perkara ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu. 37 Dan (bagi menjawabnya) Nabi Musa berkata: Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa hidayat petunjuk dari sisiNya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya. (AL-QASAS: 36-37)

Sunday, September 2, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 124

BERADA DALAM HIDAYAH PETUNJUK ATAU KESESATAN YANG JELAS NYATA?
24.Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang Musyrik itu): Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Terangkanlah jawabnya: Ialah Allah dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), samada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan); Keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelasnyata. 25. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan. 26.  Katakanlah lagi: Tuhan kita akan menghimpunkan kita semua (pada hari kiamat), kemudian Dia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar dan Dialah jua Hahim yang seadil-adilnya., lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya.(SABA: 24-26)

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN - 10

NABI MUSA DAN FIRAUN – SIRI 10

Nabi Musa dan Nabi Harun bersama menentang Firaun

34. Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; seseungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan aku. 35. Allah berfirman: Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun) dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada masud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta serta pengikut-pengikut kamu akan menang. (AL-QASAS: 34-35)

 

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN - 9

NABI MUSA DAN FIRAUN – SIRI 9

NABI MUSA MEMPEROLEHI KEKUATAN  DARIPADA ALLAH

32. Masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika merasa takut (nescaya hilanglah takutmu). Yang demikian adalah dua bukti dari Tuhanmu (untuk engkau menunjukkannya) kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (durhaka). 33. Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, bahawa aku telah membunuh seorang dari kalangan mereka; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku. (AL-QASAS: 32-33)