APAKAH MELAYU SUDAH LUPA?
I
Apakah kita Melayu abad 21 kinipewaris ketuanan dan kedaulatan sejati
sudah lupa diri tidak ingat lagi
sejarah perjuangan gigih pertiwi
hampir lima abad lamanya
bumi kaya raya dan bangsa kita
dalam genggaman cengkaman rakus
Portugis – Belanda –Inggeris
penjajahn durjana bermaharaja lela
Kapitalisme kaut keuntungan
entah berapa trilion banyaknyahabis kikis khazanah bangsa
datuk nenek moyang kita
diherdik dihina dicerca
miliki bumi sekangkang kera
bahasa dan budaya bangsa
diinjak pinggirkan jauh ke sana
bangsa kita jadi rakyat kelas tiga
II
31 ogos 57Ayah ibu datuk nenek kita
kibarkan Jalur Gemilang gagah megah
merdeka, merdeka, merdeka!
bergema ke seluruh dunia
gugurlah air mata gembira
syukur damai bahagia
rersirat beribu erti dan makna
kita kurang mengerti
apatah lagi saksikannya
III
Lebih lima dekad telah berlaluayah ibu kaum kerabat dan kita juga
mengisi dan memelihara
kemerdekaan murni ini
kecil besar miskin hina
gigih bersama suka duka
keringat, darah dan air mata
bangunkan agama, bangsa dan negara
Berjuang wira pahlawan bangsa
gugur di bumi tercinta inimereka hayati darah satria
Dol Said - Tuk Janggut - Mat
Kilau
siapakah satria siapakah wiradah kenal tapi tak cinta
bangsa sendiri perlekehkannya
petualang dan penderhaka
tak layak digelar wira
IV
Apakah kini kita mampujadi bangsa kelas dunia
hadapi kemelut saingan globalisasi
cengkaman keras liberalisasi
harungi gelombang kerenah ict
apakah nanti anak cucu cicit kita
mampu berdiri gagah megah
seteguh seutuhnya
Titiwangsa ataukah
Melayu ini meyerah kalah
rebah tersungkur
di bumi tercinta ini
tidak berdaya lagi?
Kelana Putra
Bandar Hilir, Melaka 25 September 2011
Ahad 27 Syawal 1432.
Apakah kita Melayu abad ini telah lalai lupa...tidak ingat lagi..segala perjuangan pedih getir para pertiwi...moyang dan datuk neneknya?
ReplyDelete