PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA
“Wahai umat manusia,
sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu tentang kebangkitan makhluk) hidup
semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia)
kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik
air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang
disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadkan secara
yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan
Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami
mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai
keperingkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada diantara kamu yang dimatikan
(semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke
peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang
diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu
kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya
(dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta
ia pula menumbuhkan berbaga-bagai jenis tanaman yang indah permai.(AL-HAJJ:5)
Setiap manusia dijadikan/diciptakan secara berperingkat-peringkat bermula dari setitis ari benih (mani) yang di besarkan di dalam Rahim sehingga dilahirkan sebagai bayi, menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Setelah menjalani kehidupan dunia setap diri dimatikan untuk menerima balasan Allah pada hari akhirat. Semua ini adalah untuk menguji setiap diri samaada ia mematuhi perintah dan larangan Allah SWT. atau sebaliknya dia ingkar dan durhaka, dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Semuanya ini mengandungi hikmah bagi seseorang yang mahu berfikir dan berserah diri kepada Allah Taala.
ReplyDelete