SIAPAKAH ORANG YANG
PALING RUGI
103.Katakanlah (wahai Muhammad); “Mahukah Kami khabarkan kepada
kamu akan orang yang rugi serugi ruginya amal
perbuatannya? 104. (Ia itu) orang-orang telah
sia-sia amal usahanya dalam kehdupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka
sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. 105. Merekalah
orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah
amal-amal mereka, maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal
mereka, pada hari kiamat kelak. 106. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam,
disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu
sebagai ejek-ejekan. (AL-KAHFI: 103-106)
Orang-orang yang kufur ingkar merupakan orang-orang yang paling rugi kerana segala amal perbuatannya adalah sia-sia walaupun pada sangkaan mereka semua itu adalah betul dan baik. Semua amalan mereka adalah gugur dan tidak ditimbang serta di niai oleh Allah SWT....dan dibalas dengan Neraka Jahanam.
ReplyDelete