JANGAN SALING MENCEMUH
11. Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan
merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka; dan jangan pula sesuatu puak dari kaum
perempuan mecemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya
yang lain; dan jangan pula kamu panggil memanggil antata satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan
orang-orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan
nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang
tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang
zalim. (AL-HUJURAAT: 11)
No comments:
Post a Comment