Sunday, August 18, 2013

AYATUL-KURSI

AYATUL KURSI (The Throne Verse)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah:255)
255. Allah! La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursi extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great. [This Verse 2:255 is called Ayat-ul-Kursi.]
Renungan
 
Ayatul Kursi (Ayat 255 Surah Al-Baqarah). Di ceritakan bahawa turunnya ayat ini pada malam hari, sewaktu turun bersama 40,000 Malaikat, memperlihatkan kemuliaannya. Ayat ini juga dikenali dengan 93 nama dan di antaranya ialah Ayatul Kursi, A’zhamul ayaat, ayatul-fat-hi, ayatul muqaddasah, Ayatu’ttauhid, ayatul mustaghissin, ayatunnafi’ah, ayatul hafizhah dan lain-lain.
Marilah sama-sama kita mempelajari, memahami dan meneliti maksud setiap patah perkataan yang terkandung dalam Ayatul Kursi ini. Secara ringkasnya ayat ini menceritakan kekuasaan dan kemuliaan Allah swt. sebagai Tuhan yang berhak disembah, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal Selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhluk dengan sifat-sifatnya. Dia adalah Tuhan Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar. Semuanya boleh kita teliti daripada tafsir dan kupasan yang banyak dinyatakan oleh para ulamak tafsir dan tauhid mengenai Ayatul Kursi ini.
Ayatul Kursi ini mempunyai banyak kelebihan, kemuliaan dan keistimewaannya. Nabi saw. bersabda dengan maksudnya: “Tidaklah dibaca ayat (Ayatul Kursi) ini dalam satu rumah, melainkan pindah syaitan selama 30 hari, dan tidak masuk tukang sihir pemuda dan wanita selama 40 hari” “Yaa Ali, ajarkan ia kepada anakmu dan keluargamu dan jiranmu. Tidaklah diturunkan ayat yang lebih agung dan mulia daripadanya”.
Dengan itu adalah amat bermanfaat dan beruntung jika kita semua dapat menjadikan Ayatul Kursi ini sebagai amalan harian dengan sekurang-kurang membacanya sekali dalam tempoh sehari semalam dan yang lebih baik lagi ialah tiap-tiap kali selepas solat fardhu.
Seterusnya dikabarkan dan dinyatakan bahawa sesiapa yang mengamalkan Ayatul Kursi mengiringi tiap-tiap solat fardhu, Allah swt. akan mengampunkan dosanya dan dihapuskan daripadanya tiap-tiap kejahatannya. Seseorang itu juga akan terpelihara daripada tiap-tiap kejahatan syaitan, jin, manusia dan binatang buas sekiranya ia membaca ayat ini sekali ketika hendak tidur.
Nabi saw. pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a. katanya: “Apabila berkehendak engkau akan sesuatu hajat, maka bacalah Ayatul Kursi, kemudian langkahkanlah dengan kaki kanan, mudah-mudahan apa-apa dihajatkan itu diperkenankan Allah”.
Semoga kita dapat mengambil pelajaran dan peringatan daripada ayat yang mulia ini  serta memanfaatkanya.
Sekian, Was’salaam!
 

No comments:

Post a Comment