Bahtera
950 tahun usianya Nuh merayu seru
kaum kerabat umat manusia
sembah Tuhan Yang Maha Esa
namun kecewa hampa
patung-patung bikinan
mereka sembah puja
sesat ingkar durhaka
mereka gelak tawa
katakan dia sudah sasau gila
bina bahtera entah mahu ke mana
tiada banjir tiada gelombang
mereka sombong angkuh
mencabar turun azab seksa
tiba saat ketikanya
ribut raksasa terjah melanda
gelombang mengunung ganang
gempur ranapkan semuanya
ditinggalah isteri dan anak durhaka
tidak ramai mengikuti jejaknya
bersama haiwan berpasang-pasang
dalam cemas takut bimbang
berlayarlah dalam bahtera damai
berlabuh akhirnya di Gunung Judi
bersambung zuriat manusia
“Salam sejhtera ke atasmu Nabi Nuh a.s.”
Rahmat Allah Yang Maha Esa.
Kuala Terengganu,
Khamis 21 Feb. 2013.
Alah SWT memberikab rahmat dan pertolongannya kepada Nabi Nuh a.s. bersama pengikutnya yang beriman. Mereka diselamatkan darpada gelombang dan banjir besar yang melanda dengan menaiki bahtera.
ReplyDelete