PADAH MENIMPA DIRI SENDIRI
Allah Taala berfirman dengan
maksudnya:
22.Tidak ada sesuatu
kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang
menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam Kitab (pengetahuan kami)
sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah. 23.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih
hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula (secara sombong
dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah, Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri. 24. Orang-orang yang bakhil dan
menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina);
dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah padahnya tertimpa atas
dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha
Terpuji.(AL-HADID: 22-24)
No comments:
Post a Comment