MENGUBATI KESEDIHAN HATI MEMERLUKAN KEKUATAN DIRI
Dale Carnegie meneruskan bicaranya dalam bab pertama dengan memaparkan pelbagi pengalaman individu yang mengalami kesedihan hati dengan tahap kebimbangan dan kerisauan yang tinggi. Tekanan mental dan emosi boleh berpunca daripada pelbagai sebab dan keadaan yang berbeza, jenis masalah dan keadaannya.
Ringkasan Bahagian Pertama (Bab 1, 2 dan 3) bukunya mengandungi kenyataan-kenyataan fundamental yang harus anda ketahui tentang kesedihan hati dan cara-cara umum bagi mengatasinya. Ada tiga petunjuk yang telah diberikan.
Petunjuk 1- Jika anda ingin membuang rasa sedih, buatlah seperti yang dilakukasn oleh Sir William Osler iaitu "Hiduplah dalam jangka waktu yang terhad." Jangan risau tentang soal masa depan. Nikmatilah hidup setiap hari hingga masa hendak tidur sampai esoknya.
Petunjuk 2 - Jikalau anda mengalami kesusahan atau kesulitan sehingga anda didesak agar tidak bergerak lagi, cuba ubat mujarab yang dibuat oleh Willis H. Carrier:
a.Bertanyalah pada diri anda sendiri demikian, "Jika saya tidak dapat menyelesaikan masalah, keadaan yang paling buruk apakah yang akan menimpa diri saya?
b. Sediakan mental anda untuk menerima hal yang paling buruk tersebut.
c. Kalau anda sudah menerima secara batin, dengan tenang berusahalah memperbaiki hal yang paling buruk tersebut.
Petunjuk 3 - Ingatlah selalu bahawa kesedihan hati dibayar dengan harga yang mahal, iaitu dengan kesihatan anda, "Pengusaha yang tidak dapat mengatasi kesedihan hati akan mati muda."
Sebab kesedihan hati yang begitu mendalam boleh dialami oleh sesiapa saja yang merasa terlalu kecewa atau putus asa, mengalami kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian yang difikirkan paling baik dan keyakinan diri yang semakin pudar. Ada banyak sebab yang boleh jadi saling berkaitan satu sama lain yang menyebabkan kesedihan hati yang begitu mendalam.
Dari kes-kes yang dikemukakan, antara punca kesedihan hati yang begitu ketara ialah seperti kegagalan dalam perniagaan atau kehilangan karier, sakit fizikal yang teruk dan begitu mengancam, kegagalan perkahwinan yang membawa kepada kehancuran rumahtangga atau keluarga. Kesedihan, kebingungan, kebimbangan, kerisauan, kecewa dan putus asa sebenarnya merupakan penyakit masyarakat moden yang semakin bertambah akibat pelbagai bentuk tekanan mental dan emosi.
Mungkin sekali hanya kes-kes yang serius dan kritikal sahaja yang dirujukkan kepada pakar-pakar untuk tujuan rawatan dan pemulihan. Tentulah begitu ramai para pesakit atau orang yang mengalami tekanan mental dan emosi ini berdiam diri, cuba menyelesaikan sendiri masalah mereka atau menganggapnya sebagai perkara biasa.

Antara tip yang diberikan sebagai resepi mujarab untuk mengatasi kesedihan hati ialah:
1. Tanyakan pada diri anda sendiri. Kemungkinan paling buruk apakah yang boleh terjadi?
2. Bersedialah untuk menerima kemungkinan paling buruk itu, kalau memang begitu.
3. Kemudian dengan tenang cubalah perbaiki kemungkinan yang paling buruk itu.
Perbincangan selanjutnya menekankan bahawa setiap orang harus dapat pastikan apakah akibat kesedihan hati yang mungkin atau akan anda hadapi? Pengarang mengemukakan beberapa pengalaman yang begitu menarik di mana, orang yang mengalami kesedihan hati itu dapat benar-benar mengenalpasti akibat kesedihan hati yang mereka hadapi. Langkah ini membolehkan jalan penyelesaian yang terbaik dirancang dan dibuat sehingga mereka akhirnya berjaya mengatasi masalah kesedihan hati masing-masing. Pengarang menutup bab ini dengan suatu petikan. "Pengusaha yang tidak dapat mengubat kesedihan hati akan mati muda."
No comments:
Post a Comment