Wednesday, October 31, 2012

GETARAN JIWA - Salam

SALAM

Salam perkenalan buat sahabat
salam rindu buat kekasih
salam cinta buat penagih cinta
salam  hormat buat yang tua

salam sayang buat yang  muda
salam mesra kasih buat ayah bonda

salam si Jebat buat si Tuah
salam rakyat buat pemimpin

salam durhaka buat yang zalim
salam azab sengsara buat yang ingkar durhaka

salam  Jahanam buat yang kafir fasik munafik
salam  sejahtera buat Nabi dan Rasul

salam malakul-maut buat yang akan dicabut nyawa
salam berbahagia buat yang beriman taqwa

Salam sejahtera abadi gembira buat ahli-ahli Srurga
“Selamat datang wahai wali-ur-rahman”

Salamku buatmu wahai sekelian mukmin

Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Terengganu
31 Oktober 2012
Rabu 15 Dzulhijjah 1433

 

 

 

RENUNGAN AL-QURAN 167

BEROLEH HIDAYAH PETUNJUK

158. Katakanlah (wahai Muhammad); “Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan yang berhak disembah) melainkan Dia: Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimah-Nya (Kitab-kitab-Nya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. (AL-A’RAAF: 158)

RENUNGAN AL-QURAN 166

ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KHIANAT

107. Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi setiasa berdosa. 108. Mereka menyembuyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dan pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka meracangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan. (AN-NISAA’; 107-108)

WANITA MULIA - MARIAM PUTERI IMRAN

Maryam lebih rela mati dahulu dan dilupakan

22. Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memncilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh. 23.( Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memasksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (khurma); ia berkata:” Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang”. (MARYAM: 22-23)

WANITA MULIA - MARYAM PUTERI IMRAN

Maryam lebih rela mati dahulu dan dilupakan orang

22. Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memncilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh. 23.( Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memasksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (khurma); ia berkata:” Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang”. (MARYAM: 22-23)

Monday, October 29, 2012

MARYAM PUTERI IMRAN - 3

Bukti kekuasaan Allah bagi umat manusia

21. Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya-tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman:”Hal itu mudah bagi-Ku; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia, dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya”. (MARYAM: 21)

RENUNGAN AL-QURAN 165 NIKMAT SYURGA

SYURGA 7

Zanjabiil dan Salsabil

15. Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayan); bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya), 16. (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. 17. Dan mereka di dalam Syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabiil”, 18. Iaitu sebuah mataair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.(AL-INSAAN: 15-18)

Sunday, October 28, 2012

WANITA MULIA - Maryam

MARYAM PUTERI IMRAN - 1

Maryam memencilkan dirinya

16. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, tatkala ia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. 17. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka; Maka Kami hantarkan kepadanya; Ruh dari Kami; lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya. 18. Maryam berkata: “Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu; kalaulah engkau orang yang bertaqwa. (MARYAM; 16-18)

ADUHAI WANITA

WANITA MULIA

Perjalanan panjang sejarah umat manusia semenjak Nabi Adam dan isterinya Hawa telah Allah Taala ceritakan di dalam Al-Quran dan Kitab-kitab-Nya yang terdahulu. Ada sekurang-kurangnya  tujuh orang wanita yang telah Allah terima sebagai wanita yang mulia dan dimuliakan kerana sebab-sebab tertentu yang merangkumi keperibadian mereka atas soal-soal keimanan, ketaatan, amal yang soleh, akhlak dan taqwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Tujuh orang wanita itu ialah;
1. Aisyah binti Muhazim – isteri Firaun

2. Maryam binti Imran – bonda Nabi Isa
3. Safurah binti Syu’aib –  isteri  Nabi Musa (puteri Nabi Syu’aib)

4. Rahmah – isteri Nabi Ayub
5. Balqis – isteri Nabi Sulaiman

6. Khadijah binti Khuwailid – isteri  Nabi Muhammad saw.
7. Fatimah binti Muhammad – puteri Nabi Muhammad saw.

 

 

NABI IBRAHIM 24

Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim

107. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. 108. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: 109. “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim”. 110. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (AS-SAAFFAAT: 107-110)

RENUNGAN AL-164

MEMBERSIHAN DIRI DAN HARTA BENDA

17. Dan (sebaiknya) akan dijauHkan (azab neraka) itu daripada orang-orang yang sungguh bertaqwa, 18. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, 19. Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, 20. Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhan Yang Maha Tingggi; 21. Dan demi sessungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya) (AL-LAIL: 17-21)

Friday, October 26, 2012

9 ANAK IBLIS

Sesungguhnya zuriat syaitan ada Sembilan; ZALLAITUN, WATHIN, LAQOUS, A’WAN, HAFFAF, MURRAH, MASUT, DASIM dan WALHAN.

1.Si Zallaitun  bertugas mengurus hal-ehwal godaan di pasar-pasar, di sinilah ia mengibarkan panji-panji.
2. Si Wathin bertugas mengurus hal-ehwal godaan pada bencana (musibah).

3. Si A’wan bertugas menggoda para pengusaha..
4. Si Haffaf bertugas menggoda para pemabuk.

5. Si Murrah bertugas menggoda pada permainan seruling (muzik).

6.Si Laqous bertugas menggoda orang Majusi.

7.Si Masut bertugas menggoda pada berita-berita sehingga para penerima berita tidak tahu lagi sumber (memutar belitkan sesuatu berita sehingga menimbulkan fitnah).

8. Si Dasim bertugas menggoda di rumah-rumah, sehingga jika suami datang tidak memberi salam serta tidak pula menyebut Asma Allah, lalu ia kobarkan api pertengkaran sampai akhirnya terjadi talak, khuluk, atau tamparan oleh suami ini kepada isterinya.
9. Si Walhan bertugas menimbulkan was-was dalam wuduk, solat dan ibadah-ibadah lain.

 

 

Thursday, October 25, 2012

NABI IBRAHIM 23

Nabi Ibrahim dan anaknya menghadapi ujian yang nyata

104. Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! – 105. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. 106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.(AS-SAAFFAAT: 104-106)

RENUNGAN AL-QURAN 164 - ADUHAI WANITA

Tempoh ‘iddah

4.Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid,-jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh ‘iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga ‘iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh ‘iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. (AL-TALAAQ; 4)

RENUNGAN AL-QURAN 163-NIKMAT SYURGA

SYURGA 6

5.Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan) akan meminum dari piala; sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”, 6. Iaitu sebuah matair dari (Syurga) yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya ke tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. 7. Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana (mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya) serta mereka tahutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.(AL-INSAN: 5-7)

NABI IBRAHIM 21

Nabi Ibrahim mendapat mimpi
 
102. Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?’. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu: insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (AS-SAAFFAAT:

Wednesday, October 24, 2012

RENUNGAN AL-QURAN - NIKMAT SYURGA

SYURGA 5

“Dan masuklah dalam Syurga-Ku”
27. (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang-orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!  28. “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu)! 29. “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia – 30. “Dan masuklah dalam Syurga-Ku”. (AL- FAJR: 27-30)

GETARAN JIWA - KORBAN

Korban

Terkorban dan berkorban
Jadi korban….
Di jalanraya mati katak

Di  Sahara mati kering

Di gunung mati tergantung
Di  laut mati bergulung-gulung

Korban kuasa ramai tak suka

Korban harta ramai meminta

Korban cinta ramai derita
Korban kekasih ganti kekasih

Korban sahabat susah dapat
Korban masa rugi tak kembali

Korban dadah ramai tak peduli
Korban arak judi merempat
 
Korban nyawa..mau mati segera

Korban hati tiada ganti
Korban diri bila…
Malaikat maut sudah mari

Tak balik-balik lagi…!!!

 
Kelana Putra
MahligaiCinta
Rabu 24 Oktober 2012
8 Dzulkaedah 1433

 

Tuesday, October 23, 2012

NABI IBRAHIM 19

Nabi Ibrahim akan dianugerahkan seorang anak lelaki

51. Dan khabarkanlah kepada mereka, perihal tetamu Nabi Ibrahim. 52. Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Selamat sejahtera kepadamu”. Ia berkata: “Sesungguhnya kami berasa takut kepadamu”. 53. Mereka menjawab: “Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak mengembirakan kamu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu”. (AL-HIJR: 51-53)

 

NABI IBRAHIM 20

Bergembira kehairanan

29. (Mendengarkan berita yang menggembirakan itu) maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: “Aku sudah tua lagi mandul (bagaimana aku boleh mendapat anak)? 30. Mereka berkata; “Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanyalah menyampaikan sahaja), Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, Lagi Maha Mengetahui”. (ADZ-DZAARIYAAT: 24-30)

 

 

NABI IBRAHIM 18

Nabi Ibrahim berdoa memohon seorang anak yang soleh

100. “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh”. 101. Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar”. (AS-SAAFFAAT: 100-101)

RENUNGAN AL-QURAN 161 - ADUHAI WANITA

BERKAHWIN

3. Dan jika kamu takut tidak berlaku ADIL terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain); dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan KEZALIMAN (AN-NISSA’: 3)

Monday, October 22, 2012

NABI NUH DAN KAUMNYA 18

Nabi Nuh hidup 950 tahun bersama kaumnya yang kufur derhaka

14. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia di kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka di binasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka). 15.Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekelian makhluk.(AL-‘ANKABUT: 14-15)

NABI NUH DAN KAUMNYA 17

Salam sejahtera kepada Nabi Nuh

79. “Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam”. 80. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik. 81. Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. 82. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya) (AS-SAAFFAAT: 79-82)

NABI IBRAHIM 17

Ancaman kaumnya gagal

98. Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan perkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya). 99. Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). (AS-SAAFFAAT: 98-99) 

RENUNGAN AL-QURAN 161 - NIKMAT SYURGA

SYURGA – 4

Orang-orang yang bertaqwa

51. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan di tempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa, 52. Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. 53. Mereka memakai pakaian daripada kain sutera yang halus dan kain sutera yang tebal besulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). 54. Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (AD-DUKHAAN: 51-54)

RENUNGAN AL-QURAN 160 - NIKMAT SYURGA

SYURGA 3

Puak kanan (Asohaa-bulyamiin)

27. Dan puak kanan, - alangkah bahagianya puak kanan itu? 28.Mereka bersenang-senang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. 29. Dan pohon-pohon pisang yang tersusun rapi buahnya, 30. Dan naungan yang tetap terbentang, 31. Dan air yang sentiasa mengalir, 32. Serta buah-buah yang banyak, 33. Yang tidak putus-putus, dan tidak pula terlarang mendapatkannya, 34. Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. 35. Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. 36. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh); 37. Yang tetap mencintai jodohnya, serta sebaya umurnya.  38. (Semua itu diuntukkan) bagi puak kanan; 39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu. 40. Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (AL-WAAQI’AH: 27-40)

 

Sunday, October 21, 2012

MALAM
Apakah malam hanya
gelita pekat likat
kelam  hitam legam
buta semua mata
di sambar mimpi-mimpi
di ulik khayalan asyik
zikir- fikir makhluk setia
bulan bintang
gunung ganang
unggas pepohon
jua insan-insan
dalam tangis sendu
sayu pilu hiba
kering air mata
letih layu lesu
bertemankan doa sembunyi
dambakan redha kasih cinta
doa dalam doa
KehadIrat-Mu Yang Maha Quddus.

Kelana Putra
MahligaiCinta
22 OKT 2012

6 DZULHIJJAH 1433

 

 

NABI IBRAHIM 16

Ancaman terhadap Nabi Ibrahim

96. “Pada hal Allah mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” 97. (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu”. (AS-SAAFTAAT: 96-97)

NABI NUH DAN KAUMNYA 16

Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim

44. Dan (setelah binasa kaum kafir itu), diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”dan ketika itu surutlah air, serta terlaksanalah perintah Allah itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umunya bahawa); “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim”. (HUD; 44)

NABI NUH DAN KAUMNYA 15

Mereka ditenggelamkan oleh taufan

Nabi Nuh berkata: “Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihi oleh-Nya. Dan dengan serta merta ombak itupun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.(HUD:43)

ADUHAI WANITA

SEKELIAN MANUISIA BERMULA DARI DIRI YANG SATU

“Wahai sekelian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, serta peliharalah hubungan (silatulrrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu”. (AN-NISSA’: 1)

NABI NUH DAN KAUMNYA 14

Anak Nabi Nuh…..ingkar durhaka

“….dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah dengan orang-orang yang kafir”. Anaknya menjawab: “Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan daku daripada ditenggelamkan oleh air. (HUD: 42-43)

NABI IBRAHIM 15

Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?

94. (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya. 95. (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata; “Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?”. 96. Padahal Allah mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!”.(AS-SAAFFAAT: 94-96)

Saturday, October 20, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 159

ORANG-ORANG YANG DIREDHAI ALLAH

71.“Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar taubat; 72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. 73. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. 74. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan Kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.75. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucap selamat di dalamnya. 76. Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal”. (Al-Furqan: 71-76)

AN-NISSA' - WANITA

SIAPAKAH SI WANITA?
 
“HAWA dicipta bukan untuk menjadi ‘biang’ atau punca malapetaka, duka nestapa dan banjir air mata Adam, Allah berfirman: “Dia-lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) dari yang satu, dan Ia mengadakan daripada  (hakikat) itu pasangannya (dari suami isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra  yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan (dengan berkata): “Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”. (AL-A’RAAF: 189)

Friday, October 19, 2012

NABI NUH DAN KAUMNYA 13

Mereka menaiki bahtera laju dengan meredah ombak seperti gunung-ganang

41. Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh: “Naiklah kamu dalam bahtera itu sambil berkata: ‘dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya’. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. 42. (Mereka semua naik) dan bahtera itu bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan sebelum itu….(HUD; 41-42)

NABI IBRAHIM 14

Nabi Ibrahim menejek-ejek dan memecahkan berhala-berhala

90.Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia. 91. Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): “Mengapa kamu tidak makan? 92. “Mengapa kamu tidak menjawab?” 93. Lalu memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul). (AS-SAAFFAAT: 90-93)

Thursday, October 18, 2012

NABI NUH DAN KAUMNYA 12

Nabi Nuh disuruh membawa muatan terdiri daripada haiwan dan orang-orang yang beriman

39.“Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakan di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak” 40. Kami berfirman kepada Nabi Nuh: “Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya) dan bawalah orang-orang yang beriman”: Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (HUD; 39 - 40)

 

NABI IBRAHIM 13

Nabi Ibrahim bertanya kepada kaumnya

87. “Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekelian alam?”. 88. Kemudian ia memandang kepada suatu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan dilangit), 89. Lalu berkata; “Sesungguhnya  aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)”.(AS-SAAFFAAT: 87-89)

NABI ADAM 11

Adam dan Hawa diperintahkan turun ke dunia

123. “Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi sesetengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu, petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. 124. “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya  kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (TAHA: 123-124)

RENUNGAN AL-QURAN 158

SERUAN ALLAH SUPAYA BERDOA KEPADA-NYA
 
"Dan Tuhan kamu berfirman; "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa permohanan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (AL-MUKMIN: 60)

NABI IBRAHIM - 12

Nabi Ibrahim bertanya: “Apa yang kamu sembah?”

83. Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim. 84. Tatkala ia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni. 85. Ketika ia berkata kepada bapa dan kaumnya: “Apa yang kamu sembah?”. 86. “Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?” (AS-SAAFFAAT: 83-86)

 

 

 

RENUNGAN AL-QURAN 157 - PUAK KANAN

SYURGA 4
Puak kanan (Asohaa-bulyamiin)

27. Dan puak kanan, - alangkah bahagianya puak kanan itu? 28.Mereka bersenang-senang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. 29. Dan pohon-pohon pisang yang tersusun rapi buahnya, 30. Dan naungan yang tetap terbentang, 31. Dan air yang sentiasa mengalir, 32. Serta buah-buah yang banyak, 33. Yang tidak putus-putus, dan tidak pula terlarang mendapatkannya, 34. Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. 35. Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. 36. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh); 37. Yang tetap mencintai jodohnya, serta sebaya umurnya.  38. (Semua itu diuntukkan) bagi puak kanan; 39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu. 40. Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (AL-WAAQI’AH: 27-40)

 

Wednesday, October 17, 2012

RENUNGAN AL-QURAN - 156

ORANG-ORANG YANG DIREDHAI ALLAH

71.“Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar taubat; 72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. 73. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. 74. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan Kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.75. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucap selamat di dalamnya. 76. Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal”. (Al-Furqan: 71-75)

Tuesday, October 16, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 155

ANTARA PERINGATAN ALLAH SWT
 
113. Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang peolongpun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderongan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. 114. Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.(HUD: 113-114)

NABI NUH DAN KAUMNYA - 12

Azab semakin hampir

39. “Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakan di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak. 40. (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan):…..(HUD:39-40)

NABI ADAM 10

Bisikan  dan sumpah  Iblis kepada Nabi Adam dan Hawa

20. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi Malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Suirga)”. 21.Dan ia bersumpah kepada keduanya: “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang member nasihat kepada kamu berdua”.

 

RENUNGAN AL-QURAN 154

APAKAH YANG PERLU DIPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH SWT?
 
2. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan MENGIKHLASKAN segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya. 3. Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang SUCI BERSIH (dari segala rupa syirik).....(AZ-ZUMAR:2 - 3)

NABI NUH DAN KAUMNYA 11

Sebenarnya siapakah yang bodoh?

38. Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai balasan ejekan kamu.(HUD; 38)

RENUNGAN AL-QURAN 153

IBLIS DIBERI TEMPOH HINGGA HARI KIAMAT

79. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”. 80. Allah berfiman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. 81. “Hingga ke hari masa yang termaklum”. 82.Iblis bekata: “Demi kekuasaan-Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, 83. “Kecuali hamba-hamba-Mu – di antara zuriat-zuriat Adam itu – yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan”.(SHOD;79-83)

Sunday, October 14, 2012

NABI IBRAHIM - 11

Nabi Ibrahim terus berhujah kepada kaumnya

66. Nabi Ibrahim berkata: Jika demikian patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpujn kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepaa kamu. 67. “Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu”.(AL-ANBIYAA’; 66-67)

SYURGA - 2

Penghuninya merasai berbagai nikmat hidup di dalam Syurga

39. Dan kamu tidak akan dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang telah kamu kerjakan. 40. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang SYIRIK. 41. Mereka itu memperoleh limpah kurnia yang termaklum. 42. Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan, 43. Di dalam Syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berbagai jenis nikmat, 44. Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran; 45. Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, 46. Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya, 47. Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. 48. Sedang di sisi mereka pula ada bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi amat indah luas matanya; 49. (Putih kekuningaan) seolah-olah mereka telur (burung keswari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. 50. (Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil bebincang dan bertanya-tanyaan. (AS-SAAFFAAT: 39-50)

RENUNGAN AL-QURAN 152

LUQMAN MENASIHATI ANAK KESAYANGANNYA
 
18. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri,. 19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (LUQMAN: 18-19)

RENUNGAN AL-QURAN 151

ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN
 
"Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (wahai Muhammad), bahawa Aku-lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).(AL-HIJR: 50)

NABI NUH DAN KAUMNYA 10

Nabi Nuh diwahyukan untuk membuat bahtera

37. “Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepada-Ku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)”.(HUD;37)

Saturday, October 13, 2012

NABI IBRAHIM-10

Kaumnya terus sesat dan tetap menyalahkan Nabi Ibrahim

64. Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim”. 65. Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: “Sesungguhnya engkau hai Ibrahim), telah sedia mengetahui  bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka mengapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya”? (AL-ANBIYAA’: 64-65)

 

SYURGA - 1

SYURGA – NIKMAT YANG KEKAL ABADI 1
Sifat-sifat Syurga untuk orang-orang yang bertaqwa
“Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut); ada padanya beberapa sungai yang airnya tidak berubah (rasa dan bau) dan beberapa sungai susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehigga menjadikan isi perut mereka hancur (Sudah tentu tidak sama)” (MUHAMMAD: 15)

NABI IBRAHIM - 9

Nabi Ibrahim menempelak kaumnya

61. Ketua-ketua mereka berkata: “Jika demikian, bawalah ia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya). 62. Setelah ia di bawa ke situ mereka bertanya: “Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?”. 63. Ia menjawab: “(Tidak), bahkan yang melakukannya ialah berhala yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata”. (AL-ANBIYAA’: 61-63)

NABI ADAM -9

Nabi Adam dan Hawa diperdayakan
121. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya) (TAHA; 121)

NABI NUH DAN KAUMNYA 9

Kaumnya tidak lagi akan beriman

36. Dan (setelah) itu diwahyukan kepada Nabi Nuh: “Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tantang apa yang sentiasa mereka lakukan. (HUD; 36)

NABI IBRAHIM 8

Kaumnya mengetahui Nabi Ibahim merosakkan berhala-berhala mereka

59. (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: “Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami?”. Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim". 60. (Setengah dari) mereka berkata: “Kami ada mendengar seorang anak muda, bernama Ibrahim mencacinya”.

RENUNGAN AL-QURAN 150

BERTAQWA DAN JANGANLAH DIPERDAYAKAN
 
Wahai sekelian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu,dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpum. Sesungguhnya, janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (LUQMAN: 33)

Friday, October 12, 2012

NABI ADAM 8

Syaitan membiskkan hasutan kepada Nabi Adam
 
120. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”  (TAHA; 120)
Perhatikalah betapa liciknya bisikan dan tipu daya Syaitan kepada Nabi Adam di dalam Syurga yang dipesonakan dengan tawaran hidup selama-lamanya dan kekuasaan yang tidak akan hilang, sehingga Adam dan Hawa tewas dengan pujukan Syaitan.

RENUNGAN AL-QURAN 149

ORANG YANG SEBENAR-BENAR BERIMAN
 
15. Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. 16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (AS-SAJDAH: 15-16)

Thursday, October 11, 2012

NABI NUH DAN KAUMNYA 8

Kaumnya terus berdegil dan menuduh Nabi Nuh berdusta

34. “Dan tidak ada guna nasihatku kepadamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil): Dia-lah Tuhan kamu dan kepada-Nya kamu kembali”.35. (Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh itu sengaja mengada-adakan secara dusta; bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: “Kalaulah aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatan itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku”. (HUD: 34-35)

RENUNGAN AL-QURAN 148

LUQMAN MENASIHATI ANAK KESAYANGANNYA

16. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesugguhnya  jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungghnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunti. (LUQMAN; 16)

NABI ADAM 7

Nikmat di dalam Syurga
118 Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu,  bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.119. Dan sesungguhnya engkau tidak akan dahaga dalam syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari. (TAHA:117-119]

RENUNGAN AL-QURAN 147

NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA

13. Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya; “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.(Luqman; 13)

NABI IBRAHIM - 7

Nabi Ibrahim memecahkan berhala-berhala kaumnya

57. “Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)”.58. Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul; kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya. (AL-ANBIYAA’: 57-58)

NABI NUH DAN KAUMNYA 7

Kaumnya meminta didatangkan azab Allah

32. Mereka berkata; Wahai Nuh! “Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu datanglah azab Allah yang telah engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar”. 33. Nabi Nuh menjawab: “Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabnya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!”. (HUD; 32-33)

Wednesday, October 10, 2012

NABI IBRAHIM 6


NABI IBRAHIM 6
Nabi Ibrahim dianggap bermain-main sahaja kaumnya

54. Ia berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. 55. Mereka bertanya:  “Apakah engkau membwa kepada kami sesuatu yang benar (mengenai seoang Rasul), atau engkau seorang yang bermain-main sahaja?” 56. Ia menjawab: “(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu adalah Tuhan yang mentabdirkan langit dan bumi, Dia-lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.(AL-ANBIYAA’:54-56)

NABI ADAM 6

Iblis itu adalah musuh yang nyata

116. Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada Malaikat; “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud. 117. Maka kami berfirman: “Wahai Adam, sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan isterimu; oleh itu janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita”. (TAHA: 116-117)

KISAH PARA RASUL - NABI NUH

NABI NUH DAN KAUMNYA 6
NABI NUH DAN KAUMNYA
Nabi Nuh mempertahan pegangannya
31. “Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib, dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini Malaikat: dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka, Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim”.(HUD: 31)

NABI ADAM - 5

NABI ADAM 5

Nabi Adam telah mendapat pesan

115. Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. (TAHA: 15)

Tuesday, October 9, 2012

KISAH PARA RASUL - NABI NUH 5


NABI NUH DAN KAUMNYA 5
Nabi Nuh menyatakan pendiriannya

31. Dan aku tak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib, dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini Malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa  Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim.(HUD: 31)

PENAWAR BAGI HATI

SIFAT TERKEJI/TERCELA 7 : KASIH AKAN DUNIA

Ketahui olehmu akan bahawasanya dikehendaki dengan dunia itu tiap-tiap barang yang di atas muka bumi daripada segala yang diingini dan segala yang sedap-sedap dan segala mata benda yang ingin akan dia oleh NAFSU dan LOBA ia atasnya dan HARTA dan KEMEGAHAN itu setengah daripada dunia dua macam daripada segala bagai-bagai dunia.

Monday, October 8, 2012

NABI ADAM 4

NABI ADAM 4
Iblis boleh menyesatkan manusia yang mengikutinya dan membawa mereka ke Neraka Jahanam
41.Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya”.
42. “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)”.
43. “Sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekelian mereka (yang menurutmu).
44.”Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)”. (AL-HIJR; 41-44)