Thursday, July 10, 2014

judul Shalawat"Ya Arhamarrahimin"


DOA MENGHADAPI KAUM KAFIR

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir". (A-LI' IMRAAN; 147)

PASRAH

Ya Allah…Ya Ilahi
Pada-Mu jua
Aku lupa dan aku ingat
Aku jujur dan aku dusta
Aku memohon dan aku meminta
Aku berserah dan aku menyerah
Aku takut dan aku menyembah
Aku berharap dan aku merayu
Aku hidup dan aku mati
Aku pulang dan aku hidup kembali
Aku bahagia dan aku derita
Aku pasrah diri ini.




 

Wednesday, July 2, 2014

AMALAN MANUSIA - BERIBADAT DAN BERBUAT BAIK

PERINTAH ALLAH SUPAYA BERIBADAT DAN BERBUAT BAIK
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua:  dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan diri" (An-Nisaa': 36)

Tuesday, July 1, 2014

Getaran Jiwa - Sumpah janji azali

SUMPAH JANJI
Sudah termaktub
segala sumpah janji-Nya
tidak padam takkan hilang
semuanya di catat dalam Al-Kitab
sudah lengkap sempurna
rahsia dipelihara disimpan
pasti tetap terjadi - menjadi
dalam tujuh petala langit - bumi
bersama seluruh isinya
sejak azali sediakala

setiap sesuatu hanya menunggu
tiba saat ketikanya
manusia hidup pasti merasai mati
di alam kubur lama menanti
dibangkitkan  hidup kembali
terima suratan amalan sendiri
dengan tangan kanan atau kiri
Sijjin atau Illiyin
timbangan amal dihitung kita
seberat  zarrah amatlah bermakna
di atas al-mizan yang saksama
beratkah dosa atau pahala

meniti Sirath bukaannya mudah
nasib diri jadi taruhan
apakah diri  ini untung ataukah rugi
antara dua destinasi milik-Mu
Syurga-Mu atau Neraka-Mu
aku tiada lagi daya upaya
hanyalah pasrah pada-Mu
Ya Rab’bi.. Ya Ilahi…!

Kelana Putra
Lukisan rasa
Teluk Bidara, Dungun
Sabtu 20.1.2013
7 Rabiul-awal 1434.

AMALAN MANUSIA - BAKHIL

ORANG BAKHIL AKAN DIKALONGKAN

“Dan janganlah sekali-kali orang  yang bahkhil dengan  harta benda yang dikurniakan  Allah kepada mereka dari  kemuarahan-Nya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (AL-BAQARAH; 180)