Thursday, March 27, 2014

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI saw.

ORANG-ORANG BERIMAN DISERU BERELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI SAW.
Allah Taala berfirman dengan maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepad, Nabi (Muhammad saw.): wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” (Al-Ahzaab: 56)
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Bacalah selawat untukku, sebab bacaan selawat itu membersihkan kekotoranmu (dosa-dosamu) dan mintalah kepada Allah untukku wasilah”.  “Apakah wasilah itu ya Rasulullah?” Jawabnya: “Satu darjat yang tertinggi dalam syurga yang tidak akan dicapai kecuali oleh seseorang, dan saya berharap sayalah orangnya”.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah memberi selawat untuknya sepuluh kali dan dihapuskan sepuluh dosa-dosa”.
Kesimpulannya, selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah saw. adalah suatu ibadat dan kewajipan ke atas setiap orang Islam. Ini amat jelas kerana Allah sendiri menetapkannya seperti dalam ayat 56 surah Al-Ahzaab di atas. Bahkan di dalam solat itu sendiri kita membaca selawat di penghujung rakaat terakhir sebelum member salam. Selain itu kita amat beruntung jika dapat menjadikan selawat dan salam ke atas Baginda saw. ini dalam setiap masa yang terluang.
Sekian was’salam.
 

Tuesday, March 25, 2014

MENCINTAI ALLAH DAN RASUL

MENCINTAI DAN MENTAATI ALLAH DAN RASUL
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika  kamu benar-benar mencintai Allah,  maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,  jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (A-Li-Imaran 31-32)

Friday, March 7, 2014

AMALAN MANUSIA

56. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (AL-A’RAAF:56)