Wednesday, October 30, 2013

ALLAH SWT.

ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA SYIRIK
 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa yang lain), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar". (AN-NISAA': 48) 

ALLAH SWT.

ALLAH  SENTIASA MEMBALAS DENGAN SEBAIK-BAIKNYA
29. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang telah Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terang-terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. 30. Semoga Allah menyempurnakan pahala mereka  dan menambahai mereka  dari  limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya) (AL-FATHIR: 29-30)

Mishary al-afasy Surah Ar-Rahman ( full ) with audio english translation

http://www.youtube.com/v/zvqVyodwoIc?autohide=1&version=3&showinfo=1&attribution_tag=DcKahwk_CluxveDlhTQ5zw&autoplay=1&autohide=1&feature=share

SYURGA YANG PENUH NIKMAT BERKEKALAN

NIKMAT SYURGA YANG DITERANG DALAM SURAH AR-RAHMAAN
Dalam Surah Ar-Rahmaan, Allah SWT telah berfirman dengan menerangkan pelbagai nikmat yang dikurniakan di dalam Syurga-syurganya (bermula dari ayat 46 hingglah ayat 76). Antara perkara-perkara nikmat syurga yang diterangkan ialah seperti berikut:
“Dan orang-orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya) disediakan baginya dua Syurga. (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mataair yang mengalir; Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hampatan yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya-dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik-melainkan balasan yang baik juga? Selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat kedua); Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya; Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah”.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Maha Sucilah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (AR-RAHMAN; 78)

Tuesday, October 29, 2013

MENCINTAI ALLAH SWT.

MENCINTAI DAN MENTAATI ALLAH DAN RASUL
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika  kamu benar-benar mencintai Allah,  maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,  jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (A-Li-Imaran 31-32)
 
 
 
 
 

Doa-Aishah


Monday, October 28, 2013

HIDUP MANUSIA

MANUSIA SEPERTI BINATANG TERNAK DAN LEBIH SESAT

178. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk ; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi. 179.  Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari Jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak; bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (AL-A’RAAF: 178-179)

KITAB AL-QURAN

Al-QURAN  PERINGATAN BAGI SELURUH PENDUDUK ALAM

“Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang direjam. (Dengan yang demikian) maka kemanakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan  Al-Quran?  Al-Ouran  itu tidak lain hanyalah PERINGATAN BAGI SELURUH PENDUDUK ALAM.  Iaitu bagi sesiapa  dari kamu yang mahu tetap teguh di atas JALAN  ISLAM YANG BETUL. Dan kamu tidak akan dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam (At-Takwir: 25-29)

SYURGA YANG PENUH NIKMAT BERKEKALAN

SYURGA “ADN”
59. Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat dan serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka). 60. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun; 61 (Iaitu) Syurga “ADN” yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku. (MARYAM: 59-61)

Sunday, October 27, 2013

NERAKA SAQAR

NERAKA SAQAR ADALAH SATU MALAPETAKA YANG AMAT BESAR

Sesungguhnya Neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, Yang menjadi amaran bagi umat manusia. (Ia itu) bagi sessiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakanya). Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. Kecuali puak Kanan,. (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, Tentang  (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata); Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab; “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat; Dan kami tidak pernah memberi  makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya. Dan kami  sentiasa mendustakan hari pembalasan, Sehingga kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada)  sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. (AL-MUDDATHTHIR; ..35-48)

 

Saturday, October 26, 2013

PERHITUNGAN DIRI

APAKAH AMAL YANG TELAH DISEDIAKAN?

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)
Dan apabila bintang-bintang gugur berserakan;
Dan apabila gunung-gunung diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Dan apabila unta-unta bunting terbiar;
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
Dan apabila anak-anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya-
Dengan dosa apakah ia dibunuh?
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang;
Dan apabila Syurga didekatkan;
(Setelah semua itu berlaku) Mengetahuilah tiap-tiap diri akan amal yang telah disediakannya.

(SURAH AT-TAKWIIR: 1-14)

KIAMAT

Hari itu sungguh menggemparkan,
dahsyatnya bukan kepalang,
semua manusia dibangkitkan
dari kuburan berserakan,
bagai kelkatu berterbangan,
tiada tentu arah tujuan,
dan gunung ganang
jadi debu bertebangan



 

 

Getaran Jiwa-Semesta Alam

Semesta Alam

Betapakah alam ini
indah permai cantik jelita
pesona mata dan hati
gelegak  minda memikirnya
terpaut hati jatuh cinta
menusuk kalbu jiwaraga
dibelai  rindu asyik damai
semua ini bukanlah fantasia
suria, purnama dan bintang-bintang
angin awan berarak riang
samudera, pantai dan pulau-pulau
sungai, belantara dan gunung-gunang
padang pasir, lembah dan dataran
bersama beburung, unggas dan haiwan
pepohon, dedaun  dan rerumput
taman-taman dan bunga-bunga
manusia semuanya riang gelak tawa
sungguh permai lagi damai
sayangnya....!
ada banyak tangan-tangan
rakus dan haloba
merosakkan dan memusnahkan
anugerah Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Kelana Putra
Kuala Abang, Dungun
Sabtu 26.10.2013.
21 Zulhijjah 1434.

 

 

Love story - best saxo version


Friday, October 25, 2013

Getaran Jiwa - Apa ada dalam cinta?

Apa ada dalam cinta?

Sebuah cinta asmara
milikku milikmu
sumpah janji setia
paduan dua hati dua jiwa
ada senyum seribu makna
ada rindu membelah jiwa
ada kasih memaut mesra
ada sayang  selalu terbayang
ada cemburu resah keliru
ada geram tuntut habuan
ada rayu dambakan sayu
ada benci bila tak kesampaian
ada letih menunggu kekasih
ada lesu bila tak ketemu
ada dusta untuk sembunyi
ada penawar bila dilukai
ada asmara lepaskan dendam
ada sunyi bila sendirian
ada kerja bila berduaan
ada asyik bila memikirkan
ada syahdu bila ditangiskan
ada itu, ada ini
adanya macam-macam.

Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Jumaat 19 Julai 2013.
10 Ramadhan 1434.

 

 

Renungan Al-Quran 435

JANGAN SEKALI-KALI BERLAKU DERHAKA

15. Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatan yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka). Ubun-ubun orang yang berdusta , yang bersalah. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya). Kami pula memanggil Malaikat Zabaaniyah (untuk menyeksanya). Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya  dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)

Thursday, October 24, 2013

WAHAI DIRI...!!!

Wahai diri!
Apakah engkau tahu?
Apakah engkau mahu?
Apakah engkau mampu?
Apakah engkau bersiap siaga?
Apakah engkau cukup perkasa?
Apakah engkau rela?
Apakah engkau redha?
Menghadapi  kerenah diri?
Menghadapi tingkah manusia?
Menghadapi hasutan bisikan syaitan?
Menghadapi kepalsuan dunia?
Menghadapi bakal tiba sakaratul maut?
Menghadapi seksa kubur?
Menghadapi keperitan derita Mahsyar?
Meniti di atas titian sirath?
Mengadap Tuhanmu Ya Ilahi serta
Menerima hukuman balasan-Nya?

Kelana Putra,
Teluk Bidara, Dungun.
Jumaat 25 Oktober 2013
20 Zulhijjah 1433.

Wednesday, October 23, 2013

AL-QURAN SEBAGAI ROH

AL-QURAN SEBAGAI ROH YANG MENGHIDUPKAN HATI

52. Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran) itu dan juga tidak mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran; cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. 53. Ia itu jalan Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Ingatlah kepada Allah jua kembali segala urusan. (ASY-SYURA:52-53)

AL-QURAN KALAMULLAH

AL-QURAN ADALAH HIDAYAH PETUNJUK

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaa isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (AZ-ZUMAR: 23)

PENAWAR HATI

PENAWAR BAGI HATI
10 sifat terpuji (mahmudah)
Ketahui  olehmu bahawasanya perangai yang dipuji itu banyak, dan menyebut oleh hamba di sini akan sepuluh perkara, kerana mengikut akan Al-Iman Al-Ghazali  di dalam Kitab Al-Arba’in;
 
1.Taubat daripada segala dosa
2. Takut akan Allah Taala
3. Zuhud
4. Sabar
5. Syukur
6. Ikhlas
7. Tawakkal
8. Kasih akan Allah Taala
9. Redha dengan qadha Allah Taala
10.Mengingat akan mati
 

ALLAH SWT.

ALLAH BERJUAL BELI DENGAN HAMBANYA YANG BERIMAN
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang sedemikian ialah) sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapa lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.(AT-Taubah: 111)

SAKARATUL-MAUT

Daripada Aisyah r.a. berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk yang berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya ke dalam mangkuk lalu menyapu mukanya dengan air sambil berdoa; Ya Allah! Berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (HR. Tirmizi)

Tuesday, October 22, 2013

Dalam Rindu Kuseru NamaMu

Dalam rindu

Dalam rindu kuseru nama-Mu
pujian pujaan sekelian alam
Engkau Wujud bersama Nama-Mu
Ya Allah – hanyalah Engku Yang Satu
Tiada mula tiada akhir
Engkaulah Yang Maha Suci Maha Tinggi

Terbilang mengisi pelusuk alam
tiada tandingan bukan bandingan
leawti masa dan ruang
berjuta rahsia membalut nama-Mu
99 cabang sifat-Mu
Engkau-lah Yang Maha segalanya

Engkau  pancarkan rahmat dan hidayah-Mu
merentasi tujuh petala langit dan bumi
Tiada yang mampu menghitung kira
ketika tenang meskipun gelombang
pada saat bahagia mahupun duka
pada waktu aman sekalipun perang
semua makhluk memanggil nama-Mu
tak kira tempat tak kira masa
pagi petang siang malam

Menari di pentas minda
melagu di bibir mesra
menusuk di lubuk hati
membenam di penjuru kalbu
tak kan padam sampailah kiamat
tapi tak ramai memendam rindu
mengingat memuji memuja nama-Mu
demi masa yang terus berlalu
aku, kau dan semuanya pasti rugi
peluang dan ruang datangnya sekali
pasti tidak ada lagi

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
kiniku serahkan diriku pada-Mu
kupohonkan ampun taubat dari-Mu
kupendam rayu tagih cinta-Mu
kusujud sembah taat setia pada-Mu
Kau-lah Yang Maha Tahu
Itulah pintaku…hamba-Mu.

Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Selangor
13 Rabiul’awal 1432
16 Februari 2011.

 

SEBUTLAH NAMA TUHANMU

“Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan”. (AL- MUZZAMMIL;8)

MENGHITUNG DIRI

ANDAINYA DIRI MUFLIS DI HADAPAN ALLAH SWT
Drp Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw. bersabda; “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”
Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak memiliki harta”.
Lalu Nabi saw. berkata: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang dianiaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi (orang yang menganiaya) dan begitu pula seterusnya kepada orang lain yang dianiaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil kesalahan orang dianiaya itu, lalu dibebankan kepada orang tersebut (orang yang menganiayaa), maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka”.  (HR Muslim)

Monday, October 21, 2013

MENGHITUNG DIRI

10 SIFAT TERCELA/KEJI (Mazmumah)
 
Dan ketahuilah olehmu bahawasanya segala kelakuan yang DICELA itu banyak, tetapi hamba sebutkan di sini sepuluh perkara, kerana yang sepuluh ini asal bagi semuanya dan yang lain daripadanya terjadi ia daripada yang sepuluh ini.
1. Sangat loba atas makanan
2. Sangat loba atas berkata-kata
3. Marah
4. Dengki
5. Kikir dan kasih akan harta
6. Kasih akan kemegahan
7. Kasih akan dunia
8. Membesarkan diri
9. Ujub
10. Riya'
(Penawar Bagi Hati (terj) oleh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Indunesia Al-Mandili)

HARI KIAMAT

KEDAHSYATAN PADA HARI KIAMAT

Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup. Dan bumi serta gunung ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur. Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) (AL-HAQQAH: 13-16)

Getaran Jiwa - Asyik Syahdu

Asyik syahdu

Aku, kau dan dia
melihat... melirik...menjeling
raut wajah alam semesta
jauh indah permai
dekat cantik jelita
langit menutupi bumi
suria beredar menyinari
purnama puteri gelita
kerdipan bintang-bintang
gemerlapan memagari
samudera membelah benua
bahtera susuri pesisir
jelajah terokai pelusuk dunia
cakerawala berlegar di angkasaraya
menemani cenderawasih kayangan
gunung-gunung berpacak tegak
sesekali menyentuh awan
sungai-sungai berlumba mesra
desiran sejuk nyaman damai
bumi terhampar menadahkan
tangisan langit tiada henti
hijau subur ladang taman
bunga-bunga berkembang
harum mekar wangi
kicau riang burung-burung
nyanyi siulan alam
mata-mata menyaksikan
hatiku dipaut ciptaan
aku asyik aku terpesona
aku hitung ujung usia
apakah esok aku masih
bersua bercengkerama
dalam dakapn mesra
berlagu merdu
alunan asyik syahdu..

Kelana Putra
Percint 9, Putrajaya
3 Januari 2012
Selasa 9 Safar 1433.

Sunday, October 20, 2013

Renungan Al-Quran 435

TEMAN RAPAT
 
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa  daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang berada di dalam kubur. (AL-MUMTAHANAH: 13)

Getaran Jiwa - Kasih

KASIH

Kasih sayang
suci murni
belaian  jiwa
pujaan hati
ayah-bonda kasih sejati
tetapku bawa  mati
kasih isteri memekar bahagia
hadapi dunia pancaroba
kasih anak permata hati
taruh harapan menggunung tinggi
kasih sahabat sukar dicari
teman tangis gelak tawa
kasih sayang selalu terbayang
dikenang  malam siang
kasih dulu dalam ingatan
kasih kini mekar mewangi
kasih demi kasih
kita bawa dalam hidup
bersama mati.

Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Terengganu
Jumaat 2 Nov 2012
17 Dzulhijjah 1433.

 

Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..


SYAITAN

SYAITAN DIREJAM DAN DIAZABKAN DI DALAM NERAKA
 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang. (AL-MULK: 5)

UJIAN DAN TAKWA

UJIAN DAN TAKWA KEPADA ALLAH

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan  dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-engajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya; dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara  dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (AT-TAGHAABUN; 14-16)

Saturday, October 19, 2013

HARI KIAMAT

SIAPAKAH YANG DAPAT MENYELAMATKAN?

 Dan, wahai kaumku! Sesungguhnya aku tidak bimbang  kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit memanggil (memohon pertolongan), -(ia itu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah.  Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebaban pilihannya yang salah), maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (AL-GHAFIR; 32-33)

DOA PARA AMBIA (15)


DOA NABI IBRAHIM DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA

“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkau-lah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkau-lah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkau-lah jua tempat kembali”. “Wahai Tuhan kami! Jangan-lah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana tindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (AL-MUMTAHANAH: 4-5)

AJAL MAUT

APA ERTI MAUT?

8. Katakanlah (wahai Muhammad); “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala  yang ghaib dan yang nyata, Ia itu memberitahu  kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)” (AL-JUMU’AH: 8)

AJAL MAUT

BILA TIBA AJAL MAUT

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku-ke suatu masa yang sedikit lagi sahaja supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (AL-MUNAAFIQUUN: 10-11)

JANGAN DILALAIKAN

JANGAN LALAI DARI MENGINGATI ALLAH

9. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi. (AL-MUNAAFIQUUN: 9)

Friday, October 18, 2013

Renungan Al-Quran 434

MEREKA DIPISAHKAN PADA HARI KIAMAT

3. Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan. (AL-MUMTAHANAH; 3)

Getaran Jiwa - Pahlawan

PAHLAWAN
(Sempena Hari  Pemilihan UMNO Bahagian dan MT 2013)
Seorang pahlawan
gagah terbilang
berjuang terus berjuang
berpantang undur sebelum melawan,
biar putih tulang-tulang,
alang-alang celup pekasam,
peduli apa pada lengan kusam masam,
membujur pastikan ia lalu,
melintang pastikan ia patah,
menerkam pastikan ia rebah,
menikam pastikan ia pasrah,
patah sayap terbang jua,
patah kaki bertongkat paruh,
patah semangat jauh sekali,
biar mati bila dah ajal,
ajal sampai putuslah nyawa
tinggal jasa tinggallah nama,
namanya sewangi kasturi mawar,
bukannya busuk semacam bangkai.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Sabtu 19 Oktober 2013

 

KALIMAT-KALIMAT BAGAIKAN POHON

KALIMAT YANG BAIK DAN KALIMAT YANG BURUK BAGAIKAN POHON
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabang-cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat" . "Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun". Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki" (Ibrahim:24-27)
Dalam firman-firmanNya di atas Allah memberikan perumpamaan-perumpamaan dengan tujuan supaya manusia selalu beringat-ingat mengenai  kalimat yang baik dan kalimat yang buruk serta mengenai keimanan manusia bagi orang-orang yang beriman dan manusia yang disesatkan oleh Allah.
Pertama,  Allah  mengumpamakan kalimat yang baik seperti pohon yang baik dengan akarnya yang teguh dan cabang-cabangnya tegak menjulang ke langit. Dengan izin Allah, pohon itu memberikan hasil iaitu buahnya pada setiap musim. Rangkaian kata kalimat yang baik telah ditafsirkan sebagai kalimat tauhid iaitu dua kalimah syahadah, termasuk juga segala perkataan dan ucapan yang menyeru manusia kepada kebaikan (kebajikan), mencegah daripada kemungkaran, serta segala amal perbuatan yang baik.
Kedua, Allah mengumpamakan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi. Pohon ini tidak dapat berdiri tegak sedikitpun. Logiknya pohon seperti ini tidak bermanfaat dan akhirnya akan mati. Rangkaian kata kalimat yang buruk itu ditafsirkan sebagai ialah kalimat-kalimat kufur dan syirik, termasuklah segala perkataan yang tidak benar serta perbuatan yang tidak baik iaitu perbuatan-perbuatan maksiat,  mungkar dan jahat.
Ketiga, yang dimaksudkan dengan ucapan yang teguh dalam ayat ke 27 di atas ialah kalimatun thoyyibah  (kalimat yang baik) seperti di dalam ayat 24 yang terdahulunya. Allah menambah keteguhan iman kepada  orang-orang yang beriman dengan kalimat yang baik dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Orang-orang yang beriman ini pasti mendapat balasan baik daripada Allah. Manakala orang-orang yang zalim disesatkan dan mendapat balasan sebagaimana yang Allah kehendaki.
Keempat, terdapat perbezaan yang begitu besar dan amat bertentangan di antara orang yang mengucapkan kalimat yang baik dengan orang yang mengucapkan kalimat yang buruk.  Begitulah juga perbezaan antara orang-orang yang beriman dan beramal baik berbanding dengan orang-orang yang kufur dan beramal buruk. Kedua-dua golongan ini pasti mendapat balasan masing-masing di sisi Allah baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Sekian Was’salaam. TK

Thursday, October 17, 2013

ALLAH ADALAH DEKAT KEPADA HAMBANYA

ALLAH ADALAH DEKAT DAN MENGABULKAN DOA HAMBANYA
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (maka jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.  Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (AL-Baqarah: 186)
Dalam hal ini kita selayaknya mempelajari dan memahami maksud yang tersurat dan juga yang tersirat di sebalik ayat ini. Ada beberapa hal yang patut kita pelajari dan fahami dengan mendalam akan maksud dan pengiktibaranya. Perkara-perkara ini ada dihuraikan oleh para ulamak dalam kitab-kitab mereka. Antaranya hal-hal utama yang dimaksudkan ini ialah:
1.     Allah itu dekat kepada hamba-hambaNya.
2.     Allah mengabulkan permohonan orang yang berdoa dan memohon kepadaNya
3.     Allah menhendaki orang-orang yang berdoa itu memenuhi segala perintahNya.
4.     Allah menghendaki orang-orang yang berdoa itu beriman kepadaNya.
5.     Ini adalah supaya mereka ini selalu berada dalam kebenaran.
 
 
 

Al-QURAN YANG PENUH RAHSIA

AL-QURAN SEBAGAI ROH YANG MENGHIDUPKAN HATI

52. Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran) itu dan juga tidak mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran; cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. 53. Ia itu jalan Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Ingatlah kepada Allah jua kembali segala urusan. (ASY-SYURA:52-53)

Wednesday, October 16, 2013

JALAN KESELAMATAN

10 JALAN KESELAMATAN
Rasulullah saw. bersabda:
Keselamatan (hamba) berada di atas 10 jalan, 5 di dunia dan 5 di akhirat. Adapun yang lima di dunia itu ialah;
1.Ilmu
2.Ibadah
3.Rezeki yang halal
4. Sabar menghadapi ujian
5. Bersyukur atas anugerah nikmat
Adapun yang 5 di akhirat ialah;
1.Dia didatangi oleh malaikat maut, mencabut nyawa dengan kasih dan lembut
2.Dia tidak dikejutkan oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
3.Dia merasa terancam pada hari yang paling menakutkan (hari kiamat)
4.Dia dihapuskan kesalahan-kesalahan dan diterima kebaikan-kebaikannya
5.Dia melalui titian Siratul Mustaqim seperti cahaya kilat, dan selamat masuk ke syurga.