Monday, August 29, 2011

WASIAT - DIALOG DENGAN TUHAN

DIALOG DENGAN TUHAN
(Abdullah Ali-Anshari Al-Farisi)

"Engkau, Yang nafas-Mu adalah wewangian terharum bagi hati yang merana, dan kepada-Mu melantunkan ketenteraman bagi kekasih-kekasih-Mu

"Berikan kami cahaya, Ya Rabbi" teriak mereka,
sembari mencoba memandang wajah-Mu, Berlimpah manusia tiada terhitung, yang kekasih dan yang papa,
Tersandung-sandung di jalan derita,
"Allah-Allah" serunya melengkig.

Dan api pemisah menghanguskan hati dan dada, Dan mata-mata bersimpah air mata, kerana cinta yang tak mententeramkan.

"Kefakiran adalah kebangaanku" - demikian kekasih-kekasih-Mu mengangkat pekik jihad ke Langit. Dan gembira menelan kecaman manusia, membiarkan seluruh dunia berlalu.

Serasa meneguk habis minuman pembangkit berahi,
"Pir-i-Anshar."
Yang bingung putus asa, bagi Puteri Laila, meliuk-liuk lewat dunia yang rosak.

Ya Rahman, Yang mengkurnia Rahmat.
Ya Ghaffur, Yang mengampuni dosa-dosa.
Ta Baqi, Yang tiada terjangkau akal.
Ya Ahad, Yang tiada berbanding,
Ya Jabbar, pada-Mu perkasa  Ilahi!
Ya Khalik, petunjuk jalan bagi hati yang khilaf!


Kepadaku, Kau anugerahkan dari kesempurnaan-Mu,
Dan mataku dari Pendaran-Mu.

Dan bagi kami, segala yang terbaik, dari Rahmat dan Kemurahan-Mu.

Kauciptakan Warisan-Mu

Ya  Rabbi, dalam cucuran Rahmat, jiwaku hidup,
Dan dengan limpahan kesabaran, kepedihan tak membuatku duka.

Betapa dapat aku tahu, yang terbaik mesti dicari?

Hanya Engaulah yang  tahu, kurniakanlah yang Engkau ketahui."

  "Allahu-akbar, Allahu-akbar, Allahu-akbar Walillahilhaam"

1 Syawal 1431 - 30 August 2011
Bandar Bukit Puchong,
Selangor DE












Tuesday, August 23, 2011

Hidupku Untuk Kedua Kalinya

Bertahun-tahun lamanya
Kupendam duka derita
Bersama rintihan hati
Dalam senyum yang pudar
Bersama linangan air mata
Bila hati semakin kecewa

Bukan putus harapan
Tapi tak kutemui
jalan penyelesaian
Semakin hari bertambah lesu
Berat bahu memikul
Berat lagi jiwa yang merana

Pastinya, ramai yang simpati  dan perhati
Tak sedikit yang sindir mengeji
Dapat aku rasakan semuanya
Itulah resam manusia di dunia
Tiada aku peduli semua itu
Aku faham erti dan makna

Sakit peritku inipun dari DIA
Bukan ini pinta dan mohonku
Aapa sahaja terjadi atas kehendak-Nya
Duri menusuk badan gugurkan dosa
Allah angkat darjat dengan ujian-Nya
Ku terima semua dengan redha

Yang kayaraya jadi papa kedana
Yang mulia jadi hinadina
Yang sihat segar jadi kurus kering
Kini aku bahagia dan ceria
Terima kasih kepada semua
Para petugas Hospital Putrajaya

Dalam bulan Sya"aban  dan Ramadan 1432 ini
Penuh keajaiban keberkatan dan kemenangan   
Aku dikurniai semula mohkota hidupku
Sihat walafiat dan jiwa yang tenang
Bukan sejuta  harganya
Aku seumpama hidup untuk kali kedua
Ya Allah, Ya Rabbi, Ya  Quddus
Ku panjatkan setinnggi kesyukuran
dan kuserahkan seluruh jiwa ragaku
hanyalah pada Mu Ya Allah.........

 Kelana Putera
Bandar Bukit Puchong,
Selangor DE,
23 August 2011
23 Ramadan 1432.


Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Selamat Hari Raya Aidil Maaf Zahir Batin daripada saya sekeluarga. 
Setinggi penghargaan terima kasih kepada semua kaum keluarga
dan sahabat handai di atas doa dan keperihatinan kalian
Hanya Allah jua yang membalasnya.