Hidupku Untuk Kedua Kalinya
Bertahun-tahun lamanya
Kupendam duka derita
Bersama rintihan hati
Dalam senyum yang pudar
Bersama linangan air mata
Bila hati semakin kecewa
Bukan putus harapan
Tapi tak kutemui
jalan penyelesaian
Semakin hari bertambah lesu
Berat bahu memikul
Berat lagi jiwa yang merana
Pastinya, ramai yang simpati dan perhati
Tak sedikit yang sindir mengeji
Dapat aku rasakan semuanya
Itulah resam manusia di dunia
Tiada aku peduli semua itu
Aku faham erti dan makna
Sakit peritku inipun dari DIA
Bukan ini pinta dan mohonku
Aapa sahaja terjadi atas kehendak-Nya
Duri menusuk badan gugurkan dosa
Allah angkat darjat dengan ujian-Nya
Ku terima semua dengan redha
Yang kayaraya jadi papa kedana
Yang mulia jadi hinadina
Yang sihat segar jadi kurus kering
Kini aku bahagia dan ceria
Terima kasih kepada semua
Para petugas Hospital Putrajaya
Dalam bulan Sya"aban dan Ramadan 1432 ini
Penuh keajaiban keberkatan dan kemenangan
Aku dikurniai semula mohkota hidupku
Sihat walafiat dan jiwa yang tenang
Bukan sejuta harganya
Aku seumpama hidup untuk kali kedua
Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Quddus
Ku panjatkan setinnggi kesyukuran
dan kuserahkan seluruh jiwa ragaku
hanyalah pada Mu Ya Allah.........
Kelana Putera
Bandar Bukit Puchong,
Selangor DE,
23 August 2011
23 Ramadan 1432.
No comments:
Post a Comment