Tuesday, December 31, 2013

AMALAN MANUSIA

TAUBAT NASUHA

8. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha” mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (AT-TAHRIIM; 8)

Sunday, December 29, 2013

Allah Taala

ALLAH  SENTIASA MEMBALAS DENGAN SEBAIK-BAIKNYA

29. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang telah Kami kurniakan kepada mereka , secara sembunyi atau secara terang-terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. 30. Semoga Allah menyempurnakan pahala mereka  dan menambahai mereka  dari  limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya) (AL-FATHIR: 29-30)

Monday, December 23, 2013

Titisan Tinta

JANGANLAH BERANGAN-ANGAN UNTUK MENJADI KAYA
 
Wahai orang miskin…! Tinggalkanlah perkataan-perkataan yang tidak berguna bagimu. Tinggalkanlah kefanatikan dalam bermazhab, dan sibukkanlah dirimu dengan sesuatu perbuatan yang bermanfaat bagi dirimu di dunia mahupun di akhirat. Tidak lama lagi, kamu akan melihat beritamu dan kamu akan melihat perkataanku. Kamu akan melihat ketika engkau terluka sementara di kepalamu tidak ada topi waja yang akan melindungi dirimu daripada kecederaan itu. Kosongkanlah hatimu daripada keinginan dan godaan duniawi, kerana kamu akan dicabut daripadanya dalam waktu yang dekat.Janganlah kamu memburu kesenangan hidup di dalamnya, kerana ia tidak tersisa di tanganmu. Rasulullah saw. bersabda; “Kehidupan yang hakiki itu ialah kehidupan akhirat”.(Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani: Jumaat 8 Syawal 545H)

Saturday, December 14, 2013

MANUSIA

PADAH MENIMPA DIRI SENDIRI
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
 
22.Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 23.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah,  Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. 24. Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.(AL-HADID: 22-24)

Titisan Tinta - Menundukkan hawa nafsu

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA
“Apabila kamu mampu menggembleng dan menundukkan nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik, yakni kebaikan yng berada dalam kebaikan. Sehingga jadilah ia mengikuti semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kedurhakaan. Dalam keadaan yang demikian, maka diucapkan baginya firman Allah… (bermaksud); Wahai jiwa yang tenang..! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh redha dan diredhaiNya. Maka masuklah kamu ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu. (al-Fajr: 27-30) (Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, Ahad 3 Syawal 545H)

Titisan Tinta - Segeralah mencapai pintu taubat

SEGERALAH MENCAPAI PINTU TAUBAT
“Wahai kaumku…! Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa, kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapai pintu, berdesak-desakan dengan saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu”. (Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Ahad 10 Syawal 545H)

Friday, December 13, 2013

Getaran Jiwa - Alam Semesta

Semesta Alam

Betapakah alam ini
indah permai cantik jelita
pesona mata dan hati
gelegak minda memikirnya
terpaut hati jatuh cinta
menusuk kalbu jiwaraga
dibelai rindu asyik damai
semua ini bukanlah fantasia
suria, purnama dan bintang-bintang
angin awan berarak riang
samudera, pantai dan pulau-pulau
sungai, belantara dan gunung-gunang
padang pasir, lembah dan dataran
bersama beburung, unggas dan haiwan
pepohon, dedaun  dan rerumput
taman-taman dan bunga-bunga
manusia semuanya riang gelak tawa
sungguh permai lagi damai
sayangnya.!
banyak tangan-tangan
rakus dan haloba
merosakkan dan memusnahkan
anugerah Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Kelana Putra
Kuala Abang, Dungun
Sabtu 26.10.2013.
21 Zulhijjah 1434.

 

 

AMALAN MANUSIA - IKHLAS

TINGKAT IKHLAS
“Ketahui olehmu bahawasanya ikhlas itu ada tiga pangkat seperti yang menyebut akan dia oleh Syeikhul Islam  di dalam Syarah Al-Qasyariyah;
 
Pangkat yang pertama; Bahawa mengerjakan oleh hamba akan amal ibadat kerana semata-mata menjunjung perintah Allah Taala, maka ini ikhlas yang lebih tinggi.
Pangkat yang kedua; Ikhlas yang pertengahan, ia itu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadah kerana menuntut pahala dan kerana lari dari seksa.
 
Pangkat yang ketiga: Ikhlas yang lebih rendah, iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadat supaya memuliakan Allah Taala akan dia di dalam dunia atau supaya selamat ia daripada kebinasaan dunia.

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)


TAKABBUR – MEMBESARKAN DIRI
Takabbur itu ialah membesarkan diri sendiri
merasakan dirinya lepih muiia
atas orang lain  dirasakan lebih hina,
sombong takabbur itu adalah sifat Iblis.

Orang yang sombong takabbur,
melihat dirinya terlalu sempurna,
lebih mulia dari orang lain,
dalam banyak hal perkara.

Nabi saw. bersabda:
“Tidak masuk ke dalam syurga
oleh seseorang yang ada di dalam hatinya
seberat biji sawi daripada membesarkan diri”.

 

AMALAN MANUSIA

10 JALAN KESELAMATAN

Rasulullah saw. bersabda:Keselamatan (hamba) berada di atas 10 jalan, 5 di dunia dan 5 di akhirat. Adapun yang lima di dunia itu ialah;
1..Ilmu
2.Ibadah
3.Rezeki yang halal
4.Sabar menghadapi ujian
5.Bersyukur atas anugerah nikmat.

Adapun yang 5 di akhirat ialah;
1.Dia didatangi oleh malaikat maut, mencabut nyawa dengan kasih dan lembut
2.Dia tidak dikejutkan oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
3.Dia merasa terancam pada hari yang paling menakutkan (hari kiamat)
4.Dia dihapuskan kesalahan-kesalahan dan diterima kebaikan-kebaikannya
5.Dia melalui titian Siratul Mustaqim seperti cahaya kilat, dan selamat masuk ke syurga.

Thursday, December 12, 2013

AMALAN MANUSIA - BERSEDEKAH

MEMBERI SEDEKAH KERANA BERIMAN KEPADA ALLAH
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi dengan (perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar” (Al-Baqarah: 263)
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah merosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan) yang menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya’), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkan bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah halnya orang-orang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah) Allah tidak akan member petunjuk kepada kaum yang kafir” (Al-Baqarah: 264)
“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpakan hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan” (Al-Baqarah: 265)
Firman Allah dalam ayat-ayat di atas adalah berkaitan dengan member sedekah. Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah:
Pertama, adalah lebih baik untuknmenolak peminta-peminta sedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan kesilapan mereka daripada memberi sedekah dengan diiringi oleh perkataan dan perbuatan yang menyakitkan hati sipenerima atau peminta sedekah itu.
Kedua, pemberian sedekah kerana riya’, mengungkit-ungkitnya dan menyakiti hati penerima sedekah akan merosakkan pahala sedekah itu. Perbuatan ini tidak akan mendatangkan sebarang hasil kebaikan atau pahala. Allah memberikan perumpaan atau bandingan sedekah ini seumpama hujan lebat yang menimpa batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian bersih tidak meninggalkan sebarang tanah lagi.
Ketiga, pemberian sedekah kerana mencari keredhaan Allah dan kerana untuk meneguhkan iman dan keiklasan akan mendapat hasil kebaikan atau pahala. Allah membuat perumpamaan atau bandingan amal perbuatan ini sebagai sebuah kebun di tanah tingggi yang disirami hujan lebat dan memberikan hasil dua kali ganda atau tetap memberikan hasil sekalipun dengan hujan renyai-renyai atau gerimis.
Kesimpulannya berilah sedekah walaupun sedikit dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan dengan itu kita berharap untuk mendapat kekuatan iman dan pahala daripada sedekah tersebut.
 
 

MANUSIA


DAMAIKAN DUA SAUDARA KAMU
10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu); dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (AL-HUJURAAT:10)

AL-QUR'AN FOR MANKIND

LEAD MANKIND INTO THE LIGHT OF BELIEF
 
1.Alif-Lam-Raa (These letters are one of the miracles of the Qur’an, and non but Allah (Alone) knows their meanings) (This is) a Book which We have revealed to you, (O Muhammad), that you might bring mankind out of darknesses into the light by permission of their Lord-to the path of the Exalted in Might, the Praiseworthy- Allah, to whom belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And woe to the disbeleivers from a severe punishment. The ones who prefer the worldly life over the Hereafter and avert (people) from the way of Allah, seeking to make it (seem) deviant. Those are in extreme error. (Surat Ibrahim/Abraham: Verse 1-3)
MEMBAWA SELURUH MANUSIA KEPADA CAHAYA IMAN
1.Alif, Laam, Raa’. Inilah Kitab (Al-Quran) kami turunkan Dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap  gelita kufur kepada cahaya iman-dengan izin Tuhan mereka-ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. 2. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menerima mereka kelak). 3. Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Surah Ibrahim: 1-3)

AMALAN MANUSIA

ORANG YANG BERJIWA TENANG TENTERAM

27.Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! 28. Kembailah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) 29. Serta masuk  engkau kedalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. 30. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku! (AL-FARJ 27-30)

Wednesday, December 11, 2013

AMALAN MANUSIA


APAKAH AMALAN YANG TINGGI DARJATNYA?

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya)?  11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? 12. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui; apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? 13. (Di antara amal-amal itu – bagi orang-orang yang mampu) ialah; memerdekakan hamba abdi; 14. Atau memberi makan pada hari kelaparan – 15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat, 16. Atau kepada orang-orang miskin yang terlantar di atas tanah. (AL-BALAD; 10-16)

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

TERAMAT KASIH AKAN DUNIA

Satu sifat yang dicela,
Ia terlalu kasih akan dunia,
mahu memiliki segala isinya,
emas, perak, intan dan segala macam.

Orang yang kasih akan dunia
begitu sibuk mencari dan memburunya
siang malam pagi petang,
terpedaya dengan tipu dayanya.

Atas nafsu rakus tamak haloba,
mereka tidak  peduli halal-haram,
yang utama adalah memiliki isi dunia,
bagi menyampaikan hajat diri.

Jika sudah menyintai akan dunia,
memang diri tidak mahu mati,
mahu hidup 1000 tahun lagi,
macam cerita Bani Israel.

Barang harus jadi ingatan,
dunia ini hanyalah dipinjamkan,
hidup sementara menunggu ajal,
tempat manusia mengumpul  bekal.

Hidup dunia ini semuanya cobaan ujian,
siapakah yang lebih beriman,
siapakah yang  banyak berbuat amal kebaikan,
siapakah yang taat atau derhaka kepada Tuhan.

Manusia telah diberi peringatan,
agar mencinta Allah dan RasulNya,
melebihi segala yang  lain,
Jika tidak tunggulah azab seksa akhirat.

Bukankan  manusia itu mudah diperdaya,
oleh perasaan amat kasih kepada dunia.
pada segala perhiasan dan keseronokan dunia,
namun semua itu boleh melalaikan.

Hidup dalam dunia ini,
engkau ambillah secukup seadanya,
dan jika engkau kaya harta
berderma dan bersedekahlah.

Kelana Putera,
Dungun, Terengganu.
Rabu 11. 12. 2013.

Tuesday, December 10, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

BERMEGAH-MEGAH

Ada orag bermegah akan dirinya,
bermegah dengan harta benda,
seperti Qarun yang kaya raya.
diseksa bersama dengan hartanya.

Ada yang bermegah dengan asal keturunan,
kerana  dia raja atau orang bangsawan,
hidup dalam istana bermewah-mewahan,
rakyat ramai mengangat membesarkan.

Ada orang bermegah dengan pangkat kedudukan,
memiliki kuasa dan mengumpul kekayaan,
suka   meninggi dan membangga  diri,
hidup sambong takabur di muka bumi.

Ada kemegahan yang tidak dicela,
kerana ia menerima kurnia Tuhannya,
untuk kesejahteraan hidup di dunia,
mengikut taat ajaran agama.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Selasa 10 Disember 2013.

 

ALLAH SWT.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "JADILAH ENGKAU!". Maka ia terus menjadi. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap; Subhanallah!)-Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNya-lah kamu semua dikembalikan. (YAA SIIN; 82-83)

Monday, December 9, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

5.BAKHIL

Kerana  terlalu kasih cinta,
akan harta bendanya,
seseorang itu boleh bersifat,
bakhil-kikir-kedekut.

Bahkil  itu satu sifat yang terkeji,
ia dibenci oleh Tuhan Yang Maha Pemurah,
harta benda itu adalah ujian kepada manusia,
ia boleh melalaikan dan bawa bencana.
Sesiapa yang terlalu mencintai harta benda,
emas, perak dan seumpamanya,
dikatakan menjadi hamba kepadanya,
melainkan jika dia berbelanja selayaknya.

Harta kekayaan yang banyak
boleh mengundang bencana kepada diri
bermegah-megah, sombong dan bangga diri,
Ia lebih mudah menyeru kepada kerja-kerja maksiat,
Ia mengutamakan yang seronok dan bersedap-sedap,
sehingga lalai lupa kepada Allah Yang Maha Esa.

Apabila seseorang itu telah mati,
malaikat  bertanyakan- apakah amalannya,
manusia pula bertanyakan- apakahharta kekayaan yang ditinggalkan,
Nabi saw. berkata:
“Celakalah hamba dirham!
Celakalah hamba!
Celakalah dan terpencil!
Jika ia kena duri (mendapat rintangan) ia tidak dikasihi!”

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Isnin 9 Disember 2013.

 

 

Sunday, December 8, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

HASAD  DENGKI

Hasad dengki itu penyakit hati,
Bermula ia dengan dua manusia,
Habil dan Qabil yang sengketa,
Sampai berbunuhan akhirnya.

Hasad dengki permainan nafsu,
dari tak berpuas hati menjadi cemburu,
bila cemburu timbulah benci,
dari  benci membesarlah hasad dengki.

Nabi saw.  berpesan wasiat,
“Akan merayaplah penyakit,
Umat-umat terdahulu,
Ia itu penyakit hasad dan saling membenci”.

Hasad itu jelas nyata bila seseorang itu,
tidak senang dengan nikmat yang ada pada orang lain,
berusaha untuk menghapuskan nikmat itu,
ingin sekali nikmat itu berpindah kepada dirinya.

Andainya seseorang memiliki rasa hasad dengki,
dia akan berbuat apa sahaja untuk mencapai citanya,
pasti  ia mahu meninggikan dirinya,
tidak rela dan tidak redha apa yang ada miliknya.

Nabi Zakaria a.s. berkata;
Allah berfirman kepadaku;
“Orang yang hasad itu adalah musuh terhadap kenikmatan-Ku,
Marah terhadap keputusan-Ku dan
tidak rela terhadap pembahagian-Ku yang telah
Kubahagikan di antara hamba-hambaku”.

Hasad dengki  pasti akan,
merosakkan kebajikan dan kebaikan yang telah dilakukan
umpama api yang memakan kayu kayan,
atau api di dalam sekam…memamah diri seseorang.
tanpa sedar tiada kelihatan.

Dari itu baiklah selamat diri,
dari segala hasad dengki,
agar hati dan jiwa menjadi bersih,
kerana ia dilihat oleh Tuhan Yang Maha Suci.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Isnin 9 Disember 2013.

 

 

 

 

Mutiara Hadis - Dengki

Nabi saw. bersabda: "Dengki itu memakan ia akan segala kebajkan, seperti memakan oleh api akan kayu api".

SIFAT-SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

MARAH

Marah itu sifat yang sungguh cela,
lahir dari hati yang busuk, dengki dendam,
marah itu bermacam ragam,
Ia bawa bencana dan binasa.

Nabi saw. bersabda: “Jangan engkau marah”,
orang jadi marah kerana bisikan syaitan,
yang begitu gembira kiranya,
manusia jadi porak peranda.

Dari itu manusia dinasihatkan,
andainya engkau sedang marah,
jika berdiri hendaklah engkau duduk,
jika duduk hendaklah engkau baring.

Jika marah masih ada lagi,
baiklah engkau mengambil wuduk,
moga syaitan dihalau pergi,
mudah-mudahan marahmu tiada lagi.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Ahad 8 Disember 2013.

MENCINTAI RASULULLAH SAW.

Nabi saw. bersabda: "Tidak beriman seseorang di antara kamu, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri, ibubapanya, anaknya dan manusia semuanya".(HR: Bukhari & Muslim)

Saturday, December 7, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

LOBA ATAS KATA-KATA
 
Manusia yang loba atas kata-kata,
banyak berbicara daripada berfikir,
terlajak perahu boleh ditarik,
terlajak kata buruk padahnya.
 
Berkata keji bermacam ragam,
ada yang  suka mengumpat orang,
ada yang mencaci maki sesama sendiri,
ada yang memfitnah berkata dusta.
 
Kerana mulut dan lidah,
diri dibenci oleh manusia,
menambahka dosa-dosa,
kelak dibalas azab seksa.
 
Kalimat-kalimat yang baik,
bagaikan  pohon-pohon,
kukuh, subur dan merimbun,
memberikan hasil sepanjang musim.
 
Kalimat-kalimat yang buruk,
bagaikan pohon-pohon,
buruk akarnya, layu dan mati
tiada hasil tidak berguna.
 
Untuk selamat dan mendapat rahmat,
eloklah manusia berkata bicara,
beri nasihat pengajaran beguna,
agar hidup menjadi  bahagia.
 
Tiada kata yang lebih mulia,
Puji dan puja Tuhan Yang Maha Esa,
Zikir siang-malam, pagi-petang,
Baca Al-Quran petunjuk kehidupan.
 
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Ahad  8 Disember 2013.
 

KITAB AL-QURAN

AL-QURAN  DIWARISI
 
32. Kemudian kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak menindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersiap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata) (FAATIR;32)

DADA

Ada orang membuka dada,
ada orang mendabik dada,
ada orang menepuk dada,
ada orang sesak dada,
ada orang sakit dada,
ada orang merenung dada,
ada orang menggunung dada,
namun Allah jua menyempitkan
atau melapangkan dada manusia.


ALLAH SWT.

ALLAH-LAH YANG MEMBUKA DAN MENYEMPITKAN DADA MANUSIA
123. Maka sesiapa yang Allah untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya)  untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya), Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (AL-AN’AAM: 123)

AKU ADALAH HAMBA

ABDI

Masihkah ada
cebisan waktuMu
dapatku teruskan
pengabdian ini
bersihkan jiwa
tuluskan hati
luhurkan budi

Memanjat tangga-tangga
manusia istimewa
dalam payah getir
gilakan dunia
panahan nafsu gila
bisikan syaitan-syaitan
mahu larikan aku
jauh sayup
dariMu

Rindu pada jiwa
taat sabar setia
berisi iman
bermandikan taqwa
berwajah ihsan
damai lagi tenang

Mahu aku terus
bersujud bertasbih
bersama gunung-gunung
burung-burung
pohon-pohon
mentari
bulan
bintang-bintang
 
PadaMu Yang Maha Mulia
Raja sekelian manusia.

Kelana Putera
Bandar Puteri
Puchong, Selangor DI
18 NOV 2011

Jumaat 22 Dzulhi’jjah 1432.

 

Friday, December 6, 2013

SIFAT-SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

TAMAK LOBA ATAS MAKANAN

Tamak loba atas makanan,
dibenci  Tuhan Sekelian Alam,
ambilnya banyak kemudian dibuang,
itu semacam perangai binatang.

Kalau di majlis kenduri kendara,
nafsu selera begitu ghairah,
ambil lauk melimpah ruah,
lepas itu dibuang-buang.

Buang makanan bazirkan rezeki,
atas perasaan hasad dengki,
orang kemudian tak jumpa isi,
hanya tinggal tulang dan kaki.

Kalau tiba bulan Ramadhan,
semua benda rasa nak telan,
berbeli juadah tak cukup tangan,
lepas berbuka di sadai malam.

Kerana perut terlalu kenyang,
mata nantuk terus pejam,
solat wajib boleh melayang,
betapakah ruginya amalan malam.

Nabi saw. pernah bersabda,
rezeki yang berkat itu memang mencukupi,
makanan seorang cukup dimakan dua orang,
makanan dua orang cukup dimakan empat orang,

Allah Taala mengingatkan manusia,
makanlah kamu makanan yang halal dan baik,
makan yang haram melonggokkan dosa,
daging yang tumbuh disambar api neraka.

Makan memang untuk hidup,
bukan hidup untuk makan,
kalau makan 24 jam,
boleh sakit dan mati kerana makan
.
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Sabtu 7 Disember 2013.

 

 

PINTU-PINTU

ENGKAU MAHU KE PINTU MANA?

Pintu-pintu langit dibuka untuk menurunkan segala rezeki dan rahmat,
Pintu-pintu bumi dibuka untuk melimpahhkan khazanah yang kaya,
Pintu-pintu kebaikan dibuka untuk meraih pahala
Pintu kejahatan dibuka oleh iblis dan syaitan
Pintu-pintu masjid dibuka untuk menyembah dan mengingat,
Pintu hati dibuka untuk dimasukkan nur hidayah petunjuk,
Pintu taubat terus dibuka untuk memohon ampun maaf,
Pintu kubur dibuka untuk menyimpan sementara,
Pintu Syurga dibuka untuk yang mendapat redha
Pintu Neraka dibuka untuk yang ingkar derhaka,
Dari itu tujilah dan ketuklah pintu yang engkau suka
dan engkau mahu agar pintu terus  itu dibuka untukmu.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu
Ahad 29 September 2013.

 

AMALAN MANUSIA

SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK AMALNYA?
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun. (AL-MULK: 1-2)

Thursday, December 5, 2013

Jagalah dirimu...!

JAGALAH DIRIMU

Jaga dirimu dan keluargamu
dari kecelakaan azab seksa
dari api neraka yang menjulang-julang
jaga aurat jangan mudah dedah selak buka
jaga perut jangan makan minum benda haram
jaga mata jangan pandang sembarangan
jaga telinga jangan dengar yang sia-sia
jaga tangan jangan jadi terlebih panjang
kaga kaki jangan berjalan ke tempat maksiat
jaga kemaluan jangan tak kenal milik orang
jaga nafsu jangan jadi rakus tamak haloba
jaga hati jangan busuk berkarat
jaga jasad-jiwa supaya selamat
mendapat rahmat-hidayah-Nya.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Jumaat 6 Disember 2013.