Monday, February 25, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 239

WAHAI MANUSIA! MENGAPAKAH  KAMU INGKAR DERHAKA?

6. Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?. 7.Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaa tubuh badannya) sama padan dengan kekuatannya. 8. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dia menyusun kejadianmu. 9. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golngan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.(AL-INFITHAR; 6-9)

Friday, February 22, 2013

GETARAN JIWA - BAHTERA


Bahtera
950  tahun usianya
Nuh  merayu seru
kaum kerabat umat manusia
sembah Tuhan Yang Maha Esa
namun kecewa hampa
patung-patung bikinan
mereka  sembah puja
sesat ingkar durhaka
mereka  gelak  tawa
katakan dia sudah sasau gila
bina bahtera entah mahu ke mana
tiada banjir tiada gelombang
mereka sombong angkuh
mencabar  turun azab seksa
tiba saat ketikanya
ribut raksasa terjah melanda
gelombang mengunung ganang
gempur ranapkan semuanya
ditinggalnya isteri dan anak durhaka
cuma  sedikit mengikuti jejaknya
bersama  haiwan berpasang-pasang
dalam cemas takut bimbang
berlayar dalam bahtera damai
berlabuh akhirnya  di Gunung Judi
bersambung   zuriat manusia
“Salam sejhtera ke atasmu Nabi Nuh a.s.”
atas rahmat Allah Yang Maha Esa.

Kelana Putra
Kuala Terengganu,
21 Feb. 2013.

 

 

Wednesday, February 20, 2013

AYATUL-KURSI


AYATUL KURSI (The Throne Verse)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah:255)

255. Allah! La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursi extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great. [This Verse 2:255 is called Ayat-ul-Kursi.]

Renungan

Ayatul Kursi (Ayat 255 Surah Al-Baqarah). Di ceritakan bahawa turunnya ayat ini pada malam hari, sewaktu turun bersama 40,000 Malaikat, memperlihatkan kemuliaannya. Ayat ini juga dikenali dengan 93 nama dan di antaranya ialah Ayatul Kursi, A’zhamul ayaat, ayatul-fat-hi, ayatul muqaddasah, Ayatu’ttauhid, ayatul mustaghissin, ayatunnafi’ah, ayatul hafizhah dan lain-lain.

Marilah sama-sama kita mempelajari, memahami dan meneliti maksud setiap patah perkataan yang terkandung dalam Ayatul Kursi ini. Secara ringkasnya ayat ini menceritakan kekuasaan dan kemuliaan Allah swt. sebagai Tuhan yang berhak disembah, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal Selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhluk dengan sifat-sifatnya. Dia adalah Tuhan Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar. Semuanya boleh kita teliti daripada tafsir dan kupasan yang banyak dinyatakan oleh para ulamak tafsir dan tauhid mengenai Ayatul Kursi ini.

Ayatul Kursi ini mempunyai banyak kelebihan, kemuliaan dan keistimewaannya. Nabi saw. bersabda dengan maksudnya:

“Tidaklah dibaca ayat (Ayatul Kursi) ini dalam satu rumah, melainkan pindah syaitan selama 30 hari, dan tidak masuk tukang sihir pemuda dan wanita selama 40 hari” “Yaa Ali, ajarkan ia kepada anakmu dan keluargamu dan jiranmu. Tidaklah diturunkan ayat yang lebih agung dan mulia daripadanya”.

Dengan itu adalah amat bermanfaat dan beruntung jika kita semua dapat menjadikan Ayatul Kursi ini sebagai amalan harian dengan sekurang-kurang membacanya sekali dalam tempoh sehari semalam dan yang lebih baik lagi ialah tiap-tiap kali selepas solat fardhu.

Seterusnya dikabarkan dan dinyatakan bahawa sesiapa yang mengamalkan Ayatul Kursi mengiringi tiap-tiap solat fardhu, Allah swt. akan mengampunkan dosanya dan dihapuskan daripadanya tiap-tiap kejahatannya. Seseorang itu juga akan terpelihara daripada tiap-tiap kejahatan syaitan, jin, manusia dan binatang buas sekiranya ia membaca ayat ini sekali ketika hendak tidur.

Nabi saw. pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a. katanya: “Apabila berkehendak engkau akan sesuatu hajat, maka bacalah Ayatul Kursi, kemudian langkahkanlah dengan kaki kanan, mudah-mudahan apa-apa dihajatkan itu diperkenankan Allah”.

Semoga kita dapat mengambil pelajaran dan peringatan daripada ayat yang mulia ini  serta memanfaatkanya.

Sekian, Was’salaam!

 

Tuesday, February 19, 2013

TITISAN EMAS


10 JALAN KESELAMATAN

Rasulullah saw. bersabda:

Keselamatan (hamba) berada di atas 10 jalan, 5 di dunia dan 5 di akhirat. Adapun yang lima di dunia itu ialah;
1.Ilmu
2.Ibadah
3.Rezeki yang halal
4. Sabar menghadapi ujian
5. Bersyukur atas anugerah nikmat

Adapun yang 5 di akhirat ialah;
1.Dia didatangi oleh malaikat maut, mencabut nyawa dengan kasih dan lembut
2.Dia tidak dikejutkan oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
3.Dia merasa terancam pada hari yang paling menakutkan (hari kiamat)
4.Dia dihapuskan kesalahan-kesalahan dan diterima kebaikan-kebaikannya
5.Dia melalui titian Siratul Mustaqim seperti cahaya kilat, dan selamat masuk ke syurga.

RENUNGAN AL-QURAN - 238

APABILA KUBUR-KUBUR DIBONGKARKAN
4. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. 5, (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkan. 6. Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan mu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? (AL-INFITHAR; 4-6)

RENUNGAN AL-QURAN 237 - BAHTERA

BAHTERA NABI NUH
11. Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan mencurah-curah. 12.Dan Kami jadikan bumi memancarkan matair-matair (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. 13. Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (beserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yag dibina) dari keping-keping papan dan paku; 14. Yang belayar laju dengan pemelihaaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar! (AL-QAMAR: 11-14)

Monday, February 18, 2013

GETARAN JIWA - Pintu

 
 PINTU
Masuk dan  keluar
Mesti lalui pintu-pintunya
Fajar itu pintu siang
Senja itu pintu malam
Pintu hati  itu cahaya hidayah
Pintu ilmu itu belajar mengajar
Pintu iman itu keyakinan teguh
Pintu amal  itu keikhlasan
Pintu taqwa itu kesabaran
Pintu rahmat itu doa tulus
Pintu maksiat itu nafsu ammarah
Pintu taubat itu penyesalan terus
Pintu kubur itu liang lahad
Pintu neraka itu ingkar durhaka
Pintu syurga itu keredhaan jiwa
Pintu-Mu kuketuk jua.
Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Dungun,
Selasa 31 Okt. 2012
15 Dzulhijjah 1433.
 
 
 
 
 
 
 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GETARAN JIWA - Asmaradana

Asamaradana (Cintaku dalam Cintamu)

Wahai sayang ratuku
apakah perlu
aku katakan berjuta kali
kini aku tidak lagi
punyai kata-kata puisi
merayu memujimu
aku tahu aku mahu
takluki pelusuk
tubuh wangi gebumu
redah gelora jiwamu
ingin sekali aku
tanam benamkan
bebenih  cinta murni
menusuk jauh
ke dalam asyikmu
sayang cintaku
apakah diujung usia ini
aku tidak  lagi mampu
merangkul mendakap
erat kemas lemas
menerjah tepat padat
melepaskan dendam
asmara menggila
segagah muda remaja
kuasak kupacak  
cintaku dalam cintamu.

 
Kelana Putra,
Keroh, Melaka
Isnin Jun 2012

Sunday, February 17, 2013

GETARAN JIWA-Persimpangan


Persimpangan
Kini aku dan kau
masih leka bermain-main
di persimpangan dunia
bersuka ria gelak ketawa
bersama kaum kerabat
dan kawan-kawan
hanyut dibuai kepalsuan
lupa dan ingat silih ganti
jalan yang mana
untuk terus menuju ke sana
kembaranya amat panjang
apakah yang ada  di ujungnya?

Kelana Putra
Dungun, Trg.
Isnin 18 Feb 2013.
 







 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saturday, February 16, 2013

GETARAN JIWA-Sengketa


SENGKETA
Anak-anak merdeka
warisan nusa bangsa
kini  jadi ayah bonda
datuk dan nenek
miliki bumi bertuah
khazanahnya kaya raya
hanya sedikit milik kita
melangkah jejak-jejak pertiwi
pelihara martabah maruah
genggam kuasa kebebasan
pertahan kemerekaan kedaulatan
tegakkan keadilan saksama
dokong ketuanan bangsa
dalam kemelut pancaroba
dunia globalisasi liberalisme
sengketa terus sengketa
kemaruk dendam politik kuasa
benteng tegar memisahkan
Melayu kini bercerai berai
tiada peduli rumpun asal
entah sampai bila dan
bagaimana kelak jadinya?


Kelana Putra
Taman Bijaya Sura
Dungun, Trg.

Jumaat 18.1.2013
6 Rabiu-Awal 1434.

Saturday, February 2, 2013

RENUNGAN AL-QURAN-236

MENGAPA MANUSIA TIDAK DAPAT MELIHAT JALAN YANG BENAR

8. Sesugguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (mengongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan daripada azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat meihat (jalan yang benar). (YAA SIIN; 8-9)