8. Sesugguhnya Kami
jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai)
belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya
belenggu itu) sampai (mengongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka
terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda
dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang
kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan
sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan daripada azab yang ada) di
belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka
dengan itu, mereka tidak dapat meihat (jalan yang benar). (YAA SIIN; 8-9)
Sifat manusia yang sombong dan enggan tunduk kepada kebenaran, tamak dan gila kepada harta benda dan pangkat menjadi sekatan kepada mereka untuk melihat jalan yang benar baik semasa hidup di dunia mahupun melihat azab hari akhirat.
ReplyDelete