Monday, February 18, 2013

GETARAN JIWA - Asmaradana

Asamaradana (Cintaku dalam Cintamu)

Wahai sayang ratuku
apakah perlu
aku katakan berjuta kali
kini aku tidak lagi
punyai kata-kata puisi
merayu memujimu
aku tahu aku mahu
takluki pelusuk
tubuh wangi gebumu
redah gelora jiwamu
ingin sekali aku
tanam benamkan
bebenih  cinta murni
menusuk jauh
ke dalam asyikmu
sayang cintaku
apakah diujung usia ini
aku tidak  lagi mampu
merangkul mendakap
erat kemas lemas
menerjah tepat padat
melepaskan dendam
asmara menggila
segagah muda remaja
kuasak kupacak  
cintaku dalam cintamu.

 
Kelana Putra,
Keroh, Melaka
Isnin Jun 2012

No comments:

Post a Comment