Sunday, March 31, 2013

MUTIARA HADIS

MENGHARAPKAN KEMATIAN

Sabda Nabi saw. "Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu mengharapkan datangnya kematian, kerana jika dia di kalangan orang yang baik, akan bertambah amal kebaikannya; dan jika ia bukan di kalangan orang yang baik, akan sempat untuk dia bertaubat'. (Riwayat al-Bukhari 5349)

"Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu mengharapkan datangnya kematian dan janganlah memohon agar dimatikan sebelum datangnya ajal kepadanya, kerana jika sudah mati, semua amalnya akan terputus; dan sesungguhnya umur bagi seseorang Mukmin itu tidak akan bertambah, kecuali kebaikannya". (Riwayat Muslim 2682)

Saturday, March 30, 2013

GETARAN JIWA-MABUK

Mabuk
Mabuk laut alunan gelombang
mabuk darat kenalah baring
mabuk arak keleklah botol
mabuk judi dikejarlah ceti
mabuk dadah diri kan parah
mabuk lubang mainlah golf
mabuk ekor pantang tengok nombor
mabuk henjut tungganglah kuda
mabuk wang kedekut gila
mabuk kuasa salah-salah jadi sasau
mabuk jantan mabuk betina
mabuk tak makan tidur tak lena
mabuk dunia lupalah akhitat


Kelana Putra
Kuala  Terengganu
Sabtu 30 Mac 2013.

Friday, March 29, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 261

SEKSA YANG BESAR SEDANG MENUNGGU PEMBAWA DAN PENYIAR BERITA DUSTA

11. Sesugguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap orang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan itu dan orang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan diakhirat) (AN-NUR;11)

Wednesday, March 27, 2013

MUTIARA HADIS

AMALAN ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT
 
Nabi saw. bersabda: "Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah memuliakan tetamunya. Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah memelihara silaturahim. Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam" (Riwayat Muslim 47)

RENUNGAN AL-QURAN 260

MENYEKAT PANDANGAN DAN MEMELIHARA KEHORMATAN

30. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memqndang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. (AN-NUR:30)

RENNGAN AL-QURAN 259

JANGAN MENGIKUT LANGKAH SYAITAN

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan, dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara-perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu; nescaya tidak ada seorangpun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (AN-NUR; 21)

MUTIARA HADIS - 4 DOSA BESAR

EMPAT DOSA BESAR

Nabi saw. bersabda: "Dosa besar itu adalah syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh jiwa (tanpa kebenaran), dan sumpah palsu". (Riwayat al-Bukhari 6675)

Monday, March 25, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 258

ALLAH-LAH  SEBAIK-BAIK HAKIM
 
109. Dan turutlah apa yang diwahikan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan agama Islam) sehingga Allah menghukum (di antara kamu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim. (YUNUS: 109)

RENUNGAN AL-QURAN 259 - YA ALLAH TOLONGLAH KAMI


YA ALLAH, KAMI MEMOHON KEPADA-MU.. TOLONGLAH KAMI!

286. "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan juga ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan Kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari[ada kami. Wahai Tuhan Kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (AL-BAQARAH: 286)

Sunday, March 24, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 258


ALLAH BERJUAL BELI DENGAN HAMBANYA YANG BERIMAN


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang sedemikian ialah) sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapa lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.(AT-Taubah: 111)

Mutiara Hadis

HAK MUSLIM ATAS MUSLIM YANG LAIN
Nabi saw. bersabda: Hak seorang Muslim atas Muslim lain adalah lima iaitu; menjawab salam, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin". (Riwayat al-Bukhari 1240 dan Muslim 2162)

Saturday, March 23, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 257

KEMUDAHAN UNTUK MENDAPATKAN SYURGA

4. Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya . 5. Jelasnya orang-orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan=Nya); 6. Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. 7. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan Syurga. (AL-LAIL: 4-7)

Perkasa Minda Hati Budi - Akal Fikiran

ORANG-ORANG YANG MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN
269. Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut aturan yang ditentukan-Nya0. Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (AL-BAQARAH; 269)


Friday, March 22, 2013

HIDAYAH PETUNJUK

AL-QURAN ADALAH HIDAYAH PETUNJUK
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaa isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (AZ-ZUMAR: 23)

Perkasa Minda Hati Budi - 1

Mnusia adalah hamba Allah SWT
 
Allah SWT menciptakan manusia dan jin semata-mata dengan tujuan supaya mereka menyembah dan beribadah kepada-Nya. Ini dinyatakan sendiri dalam firman Allah AWT dalam Al-Quran. Adam as. ialah manusia pertama yang Allah ciptakan dan Allah menyatakan pada para malaikat bahawa Dia hendak menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi. Para malaikat pula menyatakan kebimbangan dan keraguan mereka terhadap kemampuan manusia melaksanakan tanggungjawab itu dan pecaya bahawa manusia akan melakukan kerosakan di bumi. Allah menyangkal sangkaan malaikat ini dengan menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui akan apa yang telah diputuskan. Dengan itu sebaik sahaja Adam diciptakan Allah Taala memerintah semua malaikat sujud memberi penghormatan kepada Adam. Semua malaikan patuh dan sujud kepada Adam, melainkan Iblis yang enggan melakukannya. Iblis mendakwa bahawa dia yang diciptakan daripada api itu adalah lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding Adam yang Allah ciptakan daripada tanah berlumpur yang kering. Bermula daripada saat inilah Iblis bersumpah untuk menyesatkan bani Adam sehingga hari kiamat...suatu titik permulaan kebencian dan permusuhan Iblis dan keturunannya terhadap Adam dan seluruh umat manusia.

Thursday, March 21, 2013

MUTIARA HADIS

Nabi saw. bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir" (Riwayat Muslim 2956)

Wednesday, March 20, 2013

Bayu Lestari: TAMANAN HERBA - 2

Bayu Lestari: TAMANAN HERBA - 2:  POKOK SERAI Pokok serai adalah sejenis tumbuhan yang hidup meliar namun terdapat juga yang ditanam oleh sesetengah orang di kebun-kebun...

Tuesday, March 19, 2013

MUTIARA HADIS

AMALAN MENJADI TEMAN
 
Nabi saw: "jJENAZAH itu akan diikuti oleh tiga perkara, iaitu keluarga, harta dan amalnya. Yang dua perkara akan pulang, sedang yang akan tetap menemaninya hanyalah satu perkara. Keluarga dan hartanya akan pulang, sedang yang akan tetap menemaninya hanyalah amalannya". (Riwayat Muslim 2960 dan al-Bukhari 6514)

MUTIARA HADIS 7 PERKARA YANG MEMBINASAKAN

JAUHI TUJUH PERKARA YANG MEMBINASAKAN

Nabi saw. bersabda: “Jauhilah olehmu tujuh perkara yang membinasakan.” Para sahabat bertanya:”Wahai Rasulullah, apakah tujuh perkara itu?” Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh iwa yang diharamkan Allah kecuali dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan perang dan menuduh wanita Mukminah berzina yang benar-benar menjaga kerhrmatannya”.(Riwayat al-Bukhari 2766 dan Muslim 89)

RENUNGAN AL-QURAN 256 SEMUA MAHKLUK KEMBALI KEPADA ALLAH

 
Sesungguhnya Kami menghdupkan dan mematikan dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekelian makhluk). Pada hari bumi  terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya. Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakana (dan berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad) dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azab-Ku (QAF; 43-45)

Monday, March 18, 2013

RENUNGAN AL-QURAN - 255 AZAB KEPADA KAUM LUT

AZAB ALLAH KEPADA KAUM LUT

71. Nabi Lut berkata: "Di sini ada anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal). 72. Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka. 73. Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang mengempakan bumi, ketika matahari terbit. 74. Maka kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.* (AL-HIJR: 71-74) *kESIMPULANNYA - Azab Allah telah menimpa kaum Lut meliputi tiga jenis, pertama-dibinasakan dengan letusan suara yang dahsyat, kedua-menunggang balikkan negeri mereka sehingga semua yang ada di muka bumi ditimbus dan ketiga-mereka dihujani dengan batu dari tanah yang dibakar.

RENUNGAN AL-QURAN 254

MEMBUNUH MUKMIN DENGAN SENGAJA DILAKNATI ALLAH 

93. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. (AN-NISAA': 93)

Sunday, March 17, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 253 - Syurga Daru's Salam

Syurga Daru's Salam

126. Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat-insaf. 127. Bagi merekalah Syurga Daru's Salam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia-lah Penolong nereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang telah mereka kerjakan. (AL-AN'AAM: 126-127)

RENUNGAN AL-QURAN - 252

ALLAH telah menangkat Nabi Isa kepada-Nya

157. "Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa ibni Mayram, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuanpun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. 158. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (AN-NISAA': 157-158)

RENUNGAN AL-QURQN - 251


MADU LEBAH MENJADI PENAWAR

68. Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. 69. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. Dengan itu akan keluarlah dari dalam badannya minunman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir” (AN-NAHL 68-69).

RENUNGAN AL-QURAN 250

AL-QURAN SEBAGAI NUR UNTUK UMAT MANUSIA

174. "Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu; Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagian yang kekal di akhirat. 175 Oleh itu orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurnia-Nya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepada-Nya (AN-NISAA; 174-175)

Thursday, March 14, 2013

RENUNGAN AL-QURAN - 249

TERSURAT DALAM LUAH MAHFUZ

6. Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat berkenaan). (HUD; 6)

RENUNGAN AL-QURAN - 248

NIKMAT DUNIA HANYALAH SEMENTARA

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan sebaliknya apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari ahirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang=orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan-Nya, (ASY-SYURA:36)

Wednesday, March 13, 2013

RENUNGAN AL-QURAN - 247

SEMUANYA KEMBALI KEPADA ALLAH UNTUK DIHAKIMI DAN DIBERI BALASAN

15. Oleh kerana yang demikianitu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankan sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah; Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepada-Nyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). (ASY-SYURA: 15)

Tuesday, March 12, 2013

GETARAN JIWA - Aku di sini

Di sini
di bumi ini
aku di lahirkan
aku bermain
aku dibesarkan
aku mencari sesuap nasi
aku minum secawan cappucinno
aku mamah peter stuyvesant
aku bersantai
aku berkawan
aku bercinta
aku berasmara
aku bahagia
aku asyik
aku jua ingin
mati bersemadi
bersama bumi sayangku ini.

Kelana Putera,
Mahligai Cinta,
Rabu 13 Mac 2013

RENUNGAN AL-QURAN - 246

ALLAH YANG MENCIPTAKAN

16. Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah" dan bertanya lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung dan penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?". Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama gelap gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaan-Nya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah; Allah jua yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (AR-RA'D: 16)

RENUNGAN AL-QURAN - 245

ORANG-ORANG YANG INGKAR KEMBALI KE NERAKA JAHANAM

18. Bagi orang-orang yang menyambut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruan-Nya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi diserta dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menbus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam, dan amatlah buruknya tempat tinggal itu. (AR-RA'D; 18)

Monday, March 11, 2013

GETARAN JIWA - Kelana


Kelana
Akulah musafir
kelana kembara
roh  jasad ini
dipertemu satukan
dalam bahagia derita
hanyalah seketika
buat bersiap siaga
mununggu  panggilan
maut untuk aku pulang
apakah ia hanya sekadar
berhenti dan menanti
pekikan sangkakala
seruan hidup kembali
bertemu bersatu lagi
mengembara berkelana
sunyi sepi sendiri
malamnya panjang
tiada ujung hentinya
alam misteri abadi
mengadap-Mu, Ya Ilahi.

Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Selasa 12.Mac 2013.

 

GETARAN JIWA - Jatuh


JATUH

 Gugur jatuh luruh
terhempas pecah belah
hancur berkecai
jatuh hati
ingat tanpa henti
dalam jaga dalam tidur
jatuh cinta
terbayang wajah rupa
rindu asyik
jatuh sakit
lesu lemah
longlai layu
jatuh muflis
hakis kikis harta benda
papa kedana
jatuh bangun
cerita hidup manusia

Kelana Putra
Kuala Terengganu
Selasa 4 Disember 2012.

 

RENUNGAN AL-QURAN - 244


ORANG-ORANG YANG DIREDHAI ALLAH

71.“Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar taubat; 72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. 73. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. 74. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan Kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.75. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucap selamat di dalamnya. 76. Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal”. (Al-Furqan: 71-76)

Sunday, March 10, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 243

BERADA DALAM LALAI DAN MENGEJEK AGAMA ALLAH

6. Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang mengakibatkan kesesatan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. 7. Dan apabila dibacakan ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya. (LUQMAN: 6-7)

Mutiara hadis

Nabi saw. bersabda: "Pada malam aku diisrakkan, aku melalui sekumpulan orang-orang yang bibir mereka dipotong dengan gunting dari api. Maka aku berkata, "Siapakah kamu semua?" Mereka menjawab; "Kami dahulu menyuruh kebaikan, tetapi kami tidak melakukannya dan kami melarang kejahatan, tetapi kami jelas melakukanya"

RENUNGAN AL-QURAN 242

ANTARA AMALAN YANG TINGGI DARJATNYA

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? 11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; 12. Dan apakah jalannya engkau dapat mengetahui ; Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? 13. (Diantara amal-amal itu bagi orang yang mampu ialah: Memerdekakan hamba aBdi; 14. Atau memberI makan pada hari kelaparan. 15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat, (AL-BALAD:10-15)

Saturday, March 9, 2013

GETARAN JIWA - Jangan

Jangan
Sekali-kali jangan engkau
campakkan dirimu itu
ke dalam jurang kebinasaan
apinya marak menjung
sudah pastinya engkau
tidak mampu untuk bertahan
walaupun sedetik ketika cuma
azab Tuhan kita
amat pedih, sengsara dan seksa
tiada bandingnya.

Kelana Putra,
Kuala Dungun
Ahad 10 Mac 2013.

Thursday, March 7, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 241

Di himpunkan di Mahsyar dan di bawa menghadap Tuhan
 
47. Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganag, dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka. 48. Dan mereka akan mereka akan tetap di bawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): “Kamu sekarang telah datang kepada Kami – (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami janjikan). (AL-KAHFI 47-48)

Tuesday, March 5, 2013

Mutiara Hadis

Nabi saw. bersabda: "Sesiapa yang ilmunya bertambah, tetapi hidayahnya tidak bertambah, maka dia hanya bertambah jauh dari Allah"
 
Doa Nabi saw: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, amal yang tidak diangkat dan doa yang tidak didengar"

Monday, March 4, 2013

RENUNGAN AL-QURAN - 240

ORANG-ORANG YANG DERHAKA DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA
 
1.Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangat dan pengaruh), 2.Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! 3. Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk semasa hendak mati)! 4. Sekali lagi diingatkan: jangan sekali-kali kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk pada hari kiamat)! 5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang akan kamu hadapi)-dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). 6. (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang.7. Selepas itu demi sesungguhnya!- Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihat dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke  dalamnya)! 8. Selain itu kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (AL-TAKAATHUR; 1-8)
 

Apa guna?

Apa guna....?
Apa guna hidup di dunia, kalau tiada amal mulia,
apa guna harta kaya raya, kalau diri bakil kedekut,
apa guna genggam kuasa, kalau berbuat zalim durhaka,
apa guna mengaku hamba, kalau diri tiada taat patuh setia,
apa guna ilmu melaut, kalau jiwa terus hanyut,
apa guna ada hati, kalau tiada hati perut,
apa guna ada akal, kalau minda bencikan idea.

TITISAN TINTA

10 AKHLAK PARA WALI

1.Bersih hati 2. Ringan tangan (dermawan) 3. Benar lidah 4. Merendah diri 5. Sabar dalam penderitaan 6. Menangis di waktu sendirian 7.Menasihati sesama makhluk 8. Kasih sayang kepada sesama mukminin 9. Memikirkan kerosakan dunia dan 10. Mengambil pelajaran daripada segala kejadian dan peristiwa.

 

Saturday, March 2, 2013

GETARAN JIWA-CINTA


CINTA

 Kau dan Aku
demi cinta tulus murni
demi sumpah demi janji
dalam senyum bertanam mesra
dalam mesra menarik ingin
dalam madah bicara hati
dalam hati semarak cinta
dalam jiwa denyut rasa
dalam jantung memamah cinta
dalam dada bersarang rindu
dalam rindu mendakap asmara
dalam asmara berbuai asyik
dalam asyik dendam gelora
dalam dendam menghirup madu
cinta asyik bulan madu
mahligai cinta
kau dan aku
pertama dan selamanya

Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Dungun
Sabtu 10 Nov 2012
25 Dzulhijah 1433.