Monday, February 23, 2015

RENUNGAN AL-QURAN 27/2015

SEMUA BERSUJUD KEPADA ALLAH

18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah, dan (di antaranya termasuklah) matahari, dan bulan dan bintang-bintang, dan gunung ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufuran dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak dapat beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya. (AL-HAJJ: 18)

Feelings - Morris Albert

♥♪♫ Only You Romantic Sa

Sunday, February 22, 2015

Getaran Jiwa - Wahai Dunia..!

WAHAI DUNIA!
Ramai orang terpegun pesona
dengan anggun ayu jelitamu
ramai orang merindu geram
dengan senyum manis madumu
ramai orang sayu lesu
dengan lambaian mesra ajakmu
ramai orang rebah bersimpuh
dengan goda pujuk rayumu
ramai orang bimbang takut
dengan kehilangan dakap ciummu
ramai orang panas rimas
dengan pelukan erat bara tubuhmu
ramai orang angau alpa
dengan gedik lenggok gayamu
ramai orang lintang pukang huru hara
dengan main dan lakonmu
ramai orang hanyut sesat
dengan putaran songsangmu
ramai orang asyik angau
dengan asmaradana lunak bikinanmu
ramai orang kalah tewas
dengan belenggu ganas nafsumu
ramai orang mati hati jiwa
dengan cinta buta padamu.

Kelana Putra,
Teluk Bidara, Dungun
Sabtu 21. Februari 2015.

Saturday, February 21, 2015

RENUNG FIKIR

KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.
Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau ucapan terakhir Nabi Muhammad S.A.Wkepada sekumpulan besar pengikut dan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida' Rasulullah S.A.Wyakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Amin...Ya Rabbil-alamin.

Getaran Jiwa - Zikrullah

Semua makhluk melata
jins dan manusia serta
makhluk di langit dan bumi
juga di antara keduanya
yang ghaib dan yang nyata
memuji dan memuja TuhanNya
siang malam pagi petang
silih ganti berulang-ulang
ucapan di bibir mersa
tiada letih tidak jemu
semuanya dalam jaga
tika berdiri, duduk dan baring
antara perlahan dan nyaring
dalam susah dan senang
dalam aman dan perang
dalam sembunyi dan terang-terangan
dalam hati tetap berbisik
nama-nama asma-ul-husna
diri hamba-hamba yang kerdil
mahu menyerah dan pasrah
atas taat setia cinta
kepada Raja sekalian manusia
Tuhan seru sekalian alam.

Kelana Putra,
Dungun Trg,
Ahad 22 Februari 2015.




P. Ramlee - Jangan Tinggal Daku ( Tashkent Orchestra )

P. Ramlee - Getaran Jiwa ( Tashkent Orchestra )

P. Ramlee Piano getaran jiwa p ramlee

Friday, February 20, 2015

Inteam - Zikrullah (New Songs 2010)

RENUNGAN AL-QURAN 26/2015

"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad saw.) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (AN-NISAA': 170)

Thursday, February 19, 2015

RENUNGAN AL-QURAN 25/2015

ZIKRULLAH MENENANG TENTERAMKAN HATI MANUSIA

27. Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya?” Katakanlah (wahai Muhammad); “Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan memberi petunjuk ke jalan agamaNya, sesiapa yang rujuk kepadaNya. – 28. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu; tenang tenteramlah hati manusia. (AR-RA’D: 27-28)   

Tuesday, February 17, 2015

RENUNGAN AL-QURAN 24/2015

DIBANGKITKAN UNTUK MENERIMA BALASAN

68. Dan sudah tentu ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangakala lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). 69. Dan akan bersinar terang benderang bumi (hari akhirat dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasan sedikitpun. 70. Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang-balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang telah mereka lakukan (AZ-ZUMAR: 68-70)

Monday, February 16, 2015

RENUNGAN AL-QURAN 23/2015

Hari Qiamat

Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia dibertahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (AL-QIAMAT; 12-15)

RENUNGAN AL-QURAN 22/2015

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mkereka} kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa  yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.n (AN-NISAA’: 19)

Sunday, February 15, 2015

Getaran Jiwa - Bangkit terima balasan

BANGKIT TERIMA BALASAN
Bila sampai ketikanya
semua  yang bernyawa
dibangkitkan hidup kembali
gegak gempita sangkakala
bergema ke seluruh alam
semua manusia yang bersemadi
di bongkarkan dari kuburan
bangun dalam bingung
melata berserakan
bagai rama-rama berterbangan
Ini  bukan lagi  igauan
Ini  bukan hanya khayalan
setiap diri telanjang sendirian
dalam rela atau paksa
di bawa menghadap Tuhan Yang Maha Esa
tunggu  giliran dan terima suratan amalan
dengan tangan kiri atau tangan kanan
sijjin atau illiyin
sebarat dzarrah sekalipun dihitung kira
di atas neraca al-mizan
kelak pasti jelas nyata
untung rugi nasib diri
balasan baik di Syurga sejahtera
balasan buruk di Neraka jahim
itulah sumpah janjiNya
Tuhan Yang Maha Adil, Maha Bijksana.

Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Selangor Darul Ehsan
Selasa 10 Sept. 2013.




Friday, February 13, 2015

RENUNGAN AL-QURAN 21/2015

DOSA SYIRIK TIDAK DIAMPUNKAN

48. Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan Sesutu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia melakukan dosa besar.(AN-NISAA’: 48)

Thursday, February 12, 2015

Getaran Jiwa - Pulang kembali

PULANG KEMBALI
Dari jauh engkau datang
dari dekat engkau pulang
dalam paksa mahupun rela
tiada sebarang tawar menawar
tiada cebisan jual gadai
tempoh usia bukan milik si hamba
walaupun engkau miliki
wang berjuta-juta
harta bertimbun-timbun
emas perak berbukit gunung
pangkat kedudukan melambung
gelaran dunia berjela-jela
kaum kerabat, sahabat handai berjuta-juta
semua pasti ditinggalkan jua
pulang kembali atas sumpah janji Ilahi
menghadap Tuhan Yang Maha Suci
(Takziah atas kepulangan TGNA)

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu

Jumaat 13 Februari 2015.

Wednesday, February 11, 2015

AL-HIKAM (1)

Sayed Ahmad Albadawy ra. berkata: Perjalanan kami berdasarkan (bersendikan) kitab Allah dan sunnatur-Rasul saw.
1. Benar dan jujur
2. Bersih hati
3. Menepati janji
4. Menanggung tugas dan derita
5. Menjaga kewajiban.

Sunday, February 8, 2015

RENUNGAN AL-QURAN 22/2015

"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu; Bukti dari Tuhan kamu+ dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagian yang kekal di akhirat kelak)". (AN-NISAA': 174) ....+Bukti di sini maksudnya - Nabi Muhammad saw. yang telah terbukti kebenarannya dengan berbagai jenis mukjizat dan dalil-dalil yang jelas nyata.

PECAH KACA PECAH BELING PECAHKAN BATU KARANG | muhh kita "explore"

PECAH KACA PECAH BELING PECAHKAN BATU KARANG | muhh kita "explore"

Saturday, February 7, 2015

Getaran Jiwa - Bukan sebuah fata morgana

BUKAN SEBUAH FATA MORGANA
Aku tahu
aku mengerti
aku sedari
aku sudah agak lama
berada di pentas ini
senyum, gelak tawa dan bahagia,
bersama isteri cinta setia,
anak pinak dan cucu-cucu sayangku
kaum kerabat dan kawan-kawan
kini aku sedang menanti
lambaian tangan sakti
untuk aku pulang kembali
ke alam azali dan abadi
dan ia sesungguhnya
bukanlah lagi
sebuah lingkaran pelangi atau
fata morgana ciptaan manusia.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu

Sabtu 7 Februari 2015.

Thursday, February 5, 2015

RENUNGAN AL-QURAN - 21/2O15

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)" (AN-NISAA': 80)

Wednesday, February 4, 2015

RENUNGAN AL-QURAN 20/2015

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai.Dan bertakwalah kepada Allah yang selalu kamu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silat'ur-rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa': 1)

Getaran Jiwa - Cinta Abadi

CINTA ABADI

Mahligai cintaku ini
setulus nur di alam maya
sesuci air mata setia
selembut sutera bidadari
seputih awan berarak ria
sewangi mawar kasturi
semarak kerinduan para sufi.

Cetusan minda hati budi
hasratku melangit tinggi
membunuh nafsu tak bertepi
menggoda sepanjang detik usia
meranapkan segala halangan
bersama gelumang perit pedih
melamar damai nikmat cinta
bila dan di manakah
impian ini akan berhenti?

Masa berlalu sepantas peluru
siang dipadu asmara rindu
malam mimpiku asyik syahdu
Kupesan mesra pada purnama
Kukirim warkah ke alam tinggi
apakah lamunan cintaku ini
hanyalah  sebuah mimpi
yang mungkin menjadi nyata
kupohonkan Cinta Abadi
KepadaMu Ya Rabbi.

Kelana Putra
Shah Alam,  Selangor DE
15 September 2011
Selasa 17 Syawal 1432.