Sunday, February 22, 2015

Getaran Jiwa - Wahai Dunia..!

WAHAI DUNIA!
Ramai orang terpegun pesona
dengan anggun ayu jelitamu
ramai orang merindu geram
dengan senyum manis madumu
ramai orang sayu lesu
dengan lambaian mesra ajakmu
ramai orang rebah bersimpuh
dengan goda pujuk rayumu
ramai orang bimbang takut
dengan kehilangan dakap ciummu
ramai orang panas rimas
dengan pelukan erat bara tubuhmu
ramai orang angau alpa
dengan gedik lenggok gayamu
ramai orang lintang pukang huru hara
dengan main dan lakonmu
ramai orang hanyut sesat
dengan putaran songsangmu
ramai orang asyik angau
dengan asmaradana lunak bikinanmu
ramai orang kalah tewas
dengan belenggu ganas nafsumu
ramai orang mati hati jiwa
dengan cinta buta padamu.

Kelana Putra,
Teluk Bidara, Dungun
Sabtu 21. Februari 2015.

No comments:

Post a Comment