Saturday, January 4, 2014

Perkasa Minda Hati Budi - Kembalilah kepada Allah SWT


53. Katakanlah (wahai Muhammad); “Wahai hamba-hambaKu yang  telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 54. “Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesuadah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. 55. “Dan turutlah Al-Quran – sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatagi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. 56. “(Diperintahkan demikian) supaya  jangan seseorang (menyesal  dengan) berkata; Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku kepada Allah, serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!”. (AZ-ZUMAR 53-56)

1 comment:

  1. Sebagai hamba yang berdosa dan bersalah, setiap manusia diperintah untuk kembali kepada Allah swt.dengan bertaubat dan berserah diri kepadaNya, dan menuruti Al-Quran sebagai panduan hidup.

    ReplyDelete