Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT 50 TAHUN MALAYSIA

TANAH MALAYSIA
(Selamat Hari Malaysia 50)
Tanah Melayu Semenanjung Emas
Malaysia Tanah Air Merdeka
Inilah bumi milik kita
Tanah bertuah warisan pertiwi
Bumi harapan sebuah bangsa
bebas, merdeka dan berdaulat
tegak utuh perkasa
di persada dunia antarabangsa
sejak dulu hingga kini dan
mungkinkah selamanya
tersohor gilang gemilang
aman damai bahagia
apakah kita semua
sayang cinta padanya
bertarung nyawa membela
daripada petualang pengkhianat
demi maruah dan martabat
seluruhnya semuanya
Sekali Merdeka Tetap Merdeka!

Kelana Putra Dungun,
Terengganu Darul Iman
Isnin 16 September 2013.

1 comment:

  1. Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 50 Tanah Malaysia....apakah kita semua saying cinta kepada Tanah tercinta ini?

    ReplyDelete