Thursday, January 30, 2014

Getaran Jiwa - Sengketa

Anak-anak merdeka
warisan nusa bangsa
kini  jadi ayah bonda
datuk dan nenek
miliki bumi bertuah
Semenanjung Emas
khazanah bumi kaya raya
hanya sedikit milik kita
melangkah  jejak-jejak pertiwi
laluan anok duri
pelihara  martabat maruah
genggam kuasa kebebasan
kemerdekaan kedaulatan
tegakkan keadilan saksama
dokong ketuanan bangsa
dalam kemelut pancaroba
dunia globalisasi-liberlisme
sengketa terus sengketa
dalam kemaruk dendam
politik  kuasa sempit minda
ada benteng memisahkan
visi perjuangan berbeda
nafsu nafsi…kau-kau…aku..aku
Melayu kini bercerai berai
sampai bila dan entah
bagaimanakah akhirnya?

Kelana Putra
Taman Bijaya Sura
Dungun, Terengganu.
Jumaat 18.1.2013

6 Rabiu-Awal 1434.

Wednesday, January 29, 2014

Mutiara Hadis

LIMA PERKARA YANG DISUKAI DAN DILUPAKAN
 
Nabi saw. berabda: “Akan datang atas umatku di mana mereka menyukai lima hal dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan akhirat. Mereka suka kepada harta hingga melupakan Hari Hisab. Mereka cintakan makhluk hingga melupakan Khaliknya. Mereka suka berdoa tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur”.

Monday, January 27, 2014

Getaran Jiwa - Apakah semua orang gila?

Gila dan terus gila…
1 gila sejati
1000 lagi bikinan manusia
Ada macam-macam gila
gila isi dunia
gila pada manusia
gila bermegah diri
gila kaya harta
gila sumbat lubang
gila bermain-main
gila pegang-pegang
gila pandang-pandang
gila dengar-dengar
gila putar-putar
gila pusing keliling
gila lompat-lompat
gila jalan-jalan
gila lepak-lepak
gila tendang terajang
gila syok sendiri
gila nak jadi gila.

Kelana Putra
Dungun, Terengganu
18 September 2013.

Getaran Jiwa - Aku Cuba

AKU CUBA
Aku cuba dan terus cuba
renung dalam akan betapakah indah
ciptaan alam samesta
fikir jua alangkah hebatnya kuasa
dengar jua segala hikayat cerita
fahami jua maksud khabar berita
taat jua atas segala perintah dan larangnya
ikuti jua jalan benar petunjuknya
amalkan jua syariat pedomannya
takut jua akan murka dan azabnya
belai jua cinta abadi sejahtera
mengerti akan kecil kerdilnya diriku
berserah diriku pada-Mu.

Kelana Putra
Dungun, Terengganu
Selasa 24 September 2013.

Tuesday, January 21, 2014

MUKMIN atau MUNAFIK?

APAKAH BEZA ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN DAN MUNAFIK?

Rasulullah saw. pernah ditanya perihal orang mukmin dan orang munafik. Kemudian beliau menjawab;
“Sesungguhnya orang mukmin himahnya di dalam solat dan puasa, Sedangkan orang munafik himahnya pada makanan dan minuman bagai binatang, meninggalkan solat dan ibadah yang lain. Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun. Sedangkan orang munafik terlena oleh kerakusan dan angan-angan. Orang mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Tetapi orang munafik mengharapkan kepada segala sesuatu selain Allah. Orang  mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Tetapi orang munafik takut kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedangkan orang munafik selalu berbuat jahat dan tertawa. Orang mukmin suka menyendiri dan menyepi. Tetapi orang munafik suka bergaul beramai-ramai. Orang mukmin menanam dan takut binasa. Sedangkan orang munafik suka mencabut dan mengetam saja. Orang mukmin berdakwah demi kebaikan agamanya. Sedangkan orang munafik berdakwah demi keuntungan dan merosakkan agama. Bahkan orang munafik memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf.”.

Monday, January 20, 2014

AMALAN MANUSIA - MEMBELANJAKAN HARTA

MEMBELANJAKAN HARTA KERANA MENCARI KEREDHAAN ALLAH
“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyaipun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan”. (Al-Baqarah: 265)

Sunday, January 19, 2014

PENENANG JIWA (Imam Al-Ghazali r.a.)

LUPA KEPADA ALLAH

“Lupa kepada Allah akan menambah kerugian, menghilangkan nikmat dan menghalangi pengabdian. Bahkan di samping itu, dapat pula menambah kedengkian dan penyesalan. Diceritakan bahawa sebahagian orang boleh bermimpi berjumpa dengan gurunya. Kemudian dia bertanya kepada gurunya itu, “Apakah kerugian yang lebih besar engkau rasakan? Gurunya menjawab, “Lupa kepada Allah”.
Diriwayatkan pula ada sebahagian mereka bermimpi bertemu Zun-Nuh Al-Masri. Kemudian dia bertanya, “Apakah yang Allah lakukan terhadapmu?” Zun-Nun menjawab, “Allah memanggilku mengadapNya seraya berkata, “Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta, engkau mengaku cinta pada-Ku. Namun kemudian engkau melupakan-Ku”
.
Engkau selalu lupa,
Sedang hatimu tetap lalai.
Padahal umur kita kian tiada,
Namun dosamu semakin bertambah.

Waktu terus berlalu,
Sedang dosa kian bertambah,
Malaikat Maut datang bertamu,
Namun hati tetap lalai,
Nikmatmu di dunia,
Hanyalah kepalsuan dan kerugian,
Hidupmu di dunia,
Adalah muhal dan batil.

Saturday, January 18, 2014

Getaran Jiwa - Lamunan Cinta

LAMUNAN CINTA

Mahligai cintaku ini
setulus nur di alam maya
sesuci air mata hamba setia
selembut sutera bidadari
seputih awan berarak ria
sewangi kasturi syurga Firdausi
semarak kerinduan para sufi

Cetusan minda hati budi
hasratku ini melangit tinggi
sesungguhnya aku tersangat ingin
membunuh nafsu tak bertepi
menggoda sepanjang detik usia
meranapkan segala halangan
bersama gelumang perit pedih
melamar damai nikmat cinta-Mu

Bila dan di manakah
impian ini akan terhenti
masa berlalu sepantas peluru
siang dipadu asmara rindu
malam mimpiku asyik syahdu
kupesan mesra pada purnama
kukirim warkah ke angkasa tinggi
apakah lamunan cintaku
hanyalah sebuah mimpi
yang mungkin menjadi nyata
kepada-Mu, Ya Rabbi
kupohonkan cinta abadi.

Kelana Putra
Shah Alam, Selangor
15 September 2011
Selasa 17 Syawal 1432

 
PENENANG JIWA (Imam Al-Ghazali)

Memerangi Nafsu dan Syaitan

Sesuggunhnya Allah menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan malaikat hanya diberi akal, tanpa diberi syahwat. Lalu Dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat tanpa diberi akal dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat. Jika syahwat seseorang itu mengalahkan akalnya, maka haiwan itu lebih baik daripada dia. Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentu dia lebih baik daripada malaikat.

Syahwat itu dapat membuatkan raja menjadi hamba. Sedangkan sabar akan membuatkan budak menjadi raja. Tidakkah engkau dengar kisah Yusuf as. dengan Zulaikha. Yusuf menjadi raja Mesir disebabkan kesabarannya. Dan Zulaikha menjadi hina, fakir dan lemah kerana syahwatnya.. Zulaikha tidak dapat menahan cintanya kepada Yusuf.
Diceritakan Ibahawa Abu Hassan Ar Razi bermimpi bertemu dengan ayahnya setelah dua tahun dia meninggal dunia. Dia mengenakan pakaian darIpada aspal. Kemudian Abu Hassan bertanya: “Wahai ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli Neraka”. Lalu ayahnya menjawab: “Wahai anakku, nafsuku telah mengheret aku ke Neraka. Maka takutlah engkau wahai anakku, terhadap tiupan nafsumu.
Sungguh aku diuji empat perkara.
Setelah menjeratku dalam binasa.
Iblis, dunia, nafsu dan syahwat.
Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya.
Kulihat syahwat merayu anganku.
Di kegelapan syahwat dan keinginanku”.

Siapakah golongan manusia yang dikutuk?

6 JENIS (GOLONGAN) MANUSIA YANG DIKUTUK

Sabda Nabi saw. “Ada enam macam orang yang aku kutuk dan Allah SWT. juga mengutuk mereka, dan doa-doa semua Nabi diperkenankan. Ia itu:
1. Orang yang menambah isi Al-Quran (dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang).
2. Orang yang mendustakan takdir Allah SWT.
3. Orang yang berkuasa yang suka memaksa dan takkabur, sehingga ia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah. Dan ia menghina orang  yang dimuliakan oleh Allah..
4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Tuhan di Mekkah.
5. Ummatku yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah.
6.Dan orang yang meninggalkan sunnahku..

Maka sesungguhnya Allah SWT. tidak memandang mereka pada hari kiamat dengan pandangan kasihan”.

Friday, January 17, 2014

Getaran Jiwa - Kembara Insan

Kembara Insan

Perjalanan kita bermula di sini
dari suatu perhentian yang asyik
pentas manusia hilai ketawa
gedung emas dan permata
kita hanyut dan terpesona
kasihkan dunia tidak terperi

Perjalanan ini tidak terperi jauhnya
bukan sejuta batu tidak sejuta tahun
langkah yang tidak mampu dihitung kira
mungkinkah sejauh bumi ke matahari
atau dari bulan ke bintang kejora
apa sekalipun kita tidak mampu undur kembali

Bilakah dan di manakah destinasinya
bukan dengan kapalterbang atau jet supersonik
tanpa bekal air mineral mahupun makanan segera
tiada telefon bimbit tiada komputer riba
hanyalah berbekalkan nur iman dan amal takwa
sahabat sejati lagi setia

Di sana nanti kita berkelana sendirian
hati amat pilu, luka dan duka
meredah lautan keringat, darah dan air mata
mimpi ngeri sangat menakutkan
bayangan pelbagai misteri
benci dan kesal pada wajah sendiri

Sesalan pasti tiada gunanya
hidup dunia dan mati hanya sekali
tiada lagi bantuan dari sahabat dan kerabat
masing-masing bawa diri sendiri
menanti pengadilan Tuhan Yang Maha Bijaksana
mampukah kita terus menunggu
atau mati dalam perjalanan ini?

Kelana Putra
Tasik Kenyir
27 September 2010.

 

AMALAN MANUSIA - SIFAT-SIFAT TERKEJI

10 SIFAT TERKEJI (Mazmumah)
1. Loba atas makanan (Syarruhu tho'am)
2. Loba atas kata-kata (Syarruhu kalam)
3. Marah (Ghadhab)
4. Dengki (Hasad)
5. Kedekut dan sayang harta (Bakhil wa Hubbul maal)
6. Gila pangkat (Hubbul jaah)
7. Cinta dunia (Hubbul dunya)
8. Membesarkan diri (Takkabur)
9. Perasan (Ujub)
10. Menunjuk-nunjuk (Riya').

Thursday, January 16, 2014

PENENANG JIWA (Imam Al-Ghazali r.a.)

MELATIH DIRI MENAHAN NAFSU DAN SYAHWAT
“Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Syaitan hanyalah memperalatkan nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah merasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkannya tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikut keinginannya, tentulah ia melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak akan pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun buruk.”

PERINTAH ALLAH SWT.

MANUSIA DIPERINTAHKAN BERIBADAT DAN BERBUAT BAIK
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua:  dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan diri" (An-Nisaa': 36)
Ada tiga perkara utama yang terkandung dalam ayat diatas yang patut menjadi petunjuk dan amal dalam kita melakukan ibadah  Allah. Semuanya itu merupakan perintah Allah berhubung dengan ibadat, berbuat kebaikan dan kebencian Allah terhadap orang-orang yang sombong takbur dan membangga diri.
Pertama, manusia diperintahkan supaya beribadat kepada Allah semata-mata dan tidak menyekutukan Allah dengan segala apa yang lain. Beribadat kepada Allah merupakan suatu perkara yang begitu luas pengertian dan cakupannya.  Ia bukan sahaja meliputi ibadat khusus yang nyata di perintahkan untuk setiap diri seperti dalam Rukun Islam (Syahadah, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan haji) bahkan mengandungi semua amal perbuatan baik, kebajikan dan kebaktian terhadap Allah dan juga kepada manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Semua ini mesti dilakukan hanyasanya kerana Allah dan tidak di sekutukan dengan apa jua yang lain, umpamanya kepada seseorang manusa, benda-benda dan syaitan-syaitan yang dipercayai dan disekutukan dengan Allah.
Kedua, Allah memerintahkan manusia berbuat baik kepada orang-orang lain yang disebutkan dengan begitu jelas iaitu; (a) kedua ibu bapa, (b) kaum kerabat, (c) anak-anak yatim, (d) orang-orang miskin, (e) jiran-jiran tetangga yang dekat dan jauh, (f) rakan sejawat atau kawan-kawan, (g) orang-orang musafir yang terlantar seperti dalam kesakitan dan penderitaan, dan (h) hamba yang dimiliki.  Dalam kesibukan dan kekalutan hidup seharian-harian, mungkin ramai di antara kita kurang menyedari dan memberi perhatian kepada semua kumpulan orang-orang yang disebutkan itu. Maka terlepaslah peluang untuk kita menyempurnakan ibadat kita kepadaa Allah.
Ketiga, Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan diri. Perkara ini juga menjadi suatu hal yang patut sentiasa kita renungi dan perbaikinya kerana ada banyak perkara yang kita lakukan hari demi hari itu tidak mudah terlepas dari perasaan dan tingkah laku yang bersifat sombong takbur dan membanggakan diri. Ia boleh berpunca dari kata-kata (lisan) dan perbuatan anggota-onggota tubuh badan kita sendiri dengan gaya dan lagak tertentu yang memang kita sedari dan kadang kala kita sendiri kurang atau tidak menyedarinya.
 
 

PENENANG JIWA - SABAR DAN SAKIT

SABAR DAN SAKIT (Imam Al-Ghazali r.a.)

“Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya dan masuk ke SyurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, disamping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Sabar mempunyai banyak macam. Sabar melaksanakan perintah (taat). Sabar meninggalkan larangan-laranganNya. Dan sabar ketika mendapat bencana. Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari Kiamat, Allah akan memberinya tiga ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan barang siapa yang bersabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari Kiamat Allah akan memberinya enam ratus darjat. Tiap darjat antara langit ke tujuh dan bumi ke tujuh. Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari Kiamat Allah akan memberinya tujuh ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat antara Arasy dan Tsura”.

Wednesday, January 15, 2014

MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Nabi saw. sering berdoa;
"Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis".
 
Nabi saw. bersabda: “Tiap mata akan menangis pada hari akhirat kecuali empat mata;
1. Mata yang tercungkil dalam perang jihad fisabilillah.
2. Mata yang telah menangis kerana takut kepada Allah.
3. Mata yang bangun berjaga malam kerana takut kepada Allah dan
4. Mata yang menjaga pasukan di belakang kaum muslimin.”

Sunday, January 12, 2014

Selawat dan Salam ke atas Nabi saw.

Nabi saw. bersabda: "Sesiapa yang membaca selawat untukku sekali, maka Allah memberi selawat ke atasnya sepuluh kali, dan dihapuskan sepuluh dosa-dosa". (HR Anas bin Malik)

Takut kepada Allah SWT.

TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

Nabi SAW. bersabda: “Seorang mukmin di antara dua ketakutan, antara ajal yang sudah lalu, tidak tahu apakah yang akan dilakukan oleh Allah baginya, dan ajal yang akan datang juga tidak tahu bagaimana keputusan Allah terhadap dirinya, kerana itu seharusnya seorang hamba membekali dirinya dengan amalnya sendiri untuk keselamatan dirinya, dari dunia untuk akhirat, dan dari hidup untuk matinya, maka demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, sesudah mati tidak ada kesempatan untuk minta ampun, dan sesudah dunia ini tidak ada tempat selain syurga atau neraka”. (HR Jabir r.a.)

Saturday, January 11, 2014

PENENANG JIWA - Takut kepada Allah SWT.

PENENANG JIWA (Mukashafah Al-Qulub) - Imam Al-Ghazali.
 
TAKUT KEPADA ALLAH SWT.
Takut kepada segala kemurkaan dan azab Allah adalah suatu sifat yang terpuji (mahmudah). Setip orang yang beriman diseru dan diperintahkan supaya takut kepada Allah, mengerjakan kebaikan dan  meninggalkan kemungkaran. Firman Allah Taala: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah disediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan); Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala apa yang kamu kerjakan. (AL-HASY-R: 18)ruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (AL-HASY-R:18)
 

Getaran Jiwa - Tumpang

TUMPANG

Kita semua di sini
hanyalah menjadi penumpang
makan minum rezeki yang diberikan,
berteduh di bawah langit dan awan,
sambil merenung mentari, bulan dan bintang-bintang,
sesekali sungguh mempesonakan,
berjalan jelajah ke sana ke mari,
dalam senyum tawa riang ria,
bersama kekasih dan kawan-kawan setia,
berdakap sungguh mesra,
fidak mahu lepas dan melepaskan,
peluk cium manusia dan dunia,
jangan sesekali kita lupa atau
sengaja melupakan,
nasib diri seorang penumpang,
nanti tiba saat tikanya,
engkau pasti diturunkan,
di sebuah perhentian
yang sudahpun ditetapkan.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu DI,
Ahad 12 Januari 2014.

Thursday, January 9, 2014

MANUSIA BERSELISIH DALAM AGAMA

BERSELISIH KERANA HASAD DENGKI SESAMA SENDIRI
Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perseisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu. (ASY-SYUARA: 14)

Mutiara Hadis - Selawat ke atas Nabi saw.

Nabi SAW. bersabda:
 "Janganlah kamu menjadikan kuburanku sebagai hari raya, dan bacalah selawatmu kepadaku, sesungguhnya bacaan selawatmu akan sampai kepadaku, di mana saja kamu berada" (HR Abu Dawud)
"Orang yang bakhil adalah orang yang apabila aku disebut, dia tidak membaca selawat kepadaku" (HR Al-Tarmizi)

Getaran Jiwa - Cinta Abadi

CINTA ABADI

Aku cari
cinta abadi
damai sejahtera
dalam alam tiada bersua
hanya ada cinta dunia
segala perhiasan kemewahan
fana’ kan lebur jua

Bersama langit pecah belah
bintang-bintang gugur berserak
gunung ganang lebur berterbangan
laut panas meruap asap
bumi muntah ranap
segala  jasad punah ranah

Cinta abadi
berpeluk roh suci murni
kelak bertemu kembali
berpasang gandingan
bersama menemani
jiwaraga yang suci
kelak pasti bersua
dengan Dia Yang Maha Suci.

Kelana Putra
Mahlihai Cinta
Rabu 12.12.2012
28 Muharam 1434.

 

AMALAN MANUSIA

BERSYUKUR DAN BERTASBIH KEPADA ALLAH SWT.

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang  memberi rahmat kepada kamu – dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) – untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang benderang (iman dan taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman(di dunia dan diakhirat) (AL-AHZAAB: 41-43)

Wednesday, January 8, 2014

TITISAN TINTA

"Celakalah kamu...! Lidahmu mengatakan bahawa engkau muslim, tunduk dan patuh kepada Allah, sementara hatimu tidak demikian. Engkau mengatakan bahawa engkau seorang muslim, tetapi tindakanmu bukan tindakan seorang muslim. Engkau hanya muslim ketika dalam keramaian, tetapi bukan dalam kesunyian". (Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Jumaat 8 Syawal 545H}

Tuesday, January 7, 2014

AMALAN MANUSIA

Beriman dan balasannya
 
8.Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada RasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran yang Kami turunkan. Dan (ingatlah) Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. 9. Dan (ingatlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah) sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya  ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, yang demkian itulah kemenangan yang besar. (AT-TAGHAABUN: 8-9)

AMALAN MANUSIA

JANGAN DILALAIKAN
 
9. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(AL-MUNAAFIQUUN:9)

Monday, January 6, 2014

THE TRUTH FROM ALLAH

Those who disbelieve (in the Oneness of Allah, and in the Message of Prophet Muhammad (PBUH), and hinder (men) from the Path of Allah (Islamic Monotheism). He will render their deeds vain. But those who believe and do righteous good deeds, and believe in that which is sent down to Muhammad (PBUH), for it is the truth from their Lord, He wil expiate from them their sins, and will make good their state. This is because those who disbelieve follow falsehood, while those who believe follow the truth from their Lord. Thus does Allah set forth their parables for mankind. (Surah Muhammad: 1-3)
 
Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka. Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta  beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (saw.) yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah yang mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat). Berlaku yang demikian kerana sesungguhnya orang-orang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepara umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing. (Surah Muhammad: 1-3)

Sunday, January 5, 2014

Perkasa Minda Hati Budi - Al-Quran Membawa Cahaya

LEAD MANKIND INTO THE LIGHT OF BELIEF

1.Alif-Lam-Raa (These letters are one of the miracles of the Qur’an, and non but Allah (Alone) knows their meanings) (This is) a Book which We have revealed to you, (O Muhammad), that you might bring mankind out of darknesses into the light by permission of their Lord-to the path of the Exalted in Might, the Praiseworthy- Allah, to whom belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And woe to the disbeleivers from a severe punishment. The ones who prefer the worldly life over the Hereafter and avert (people) from the way of Allah, seeking to make it (seem) deviant. Those are in extreme error. (Surat Ibrahim/Abraham: Verse 1-3)
MEMBAWA SELURUH MANUSIA KEPADA CAHAYA IMAN

1.Alif, Laam, Raa’. Inilah Kitab (Al-Quran) kami turunkan Dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap  gelita kufur kepada cahaya iman-dengan izin Tuhan mereka-ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. 2. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menerima mereka kelak). 3. Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Surah Ibrahim: 1-3)

Saturday, January 4, 2014

Perkasa Minda Hati Budi - Kembalilah kepada Allah SWT


53. Katakanlah (wahai Muhammad); “Wahai hamba-hambaKu yang  telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 54. “Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesuadah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. 55. “Dan turutlah Al-Quran – sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatagi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. 56. “(Diperintahkan demikian) supaya  jangan seseorang (menyesal  dengan) berkata; Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku kepada Allah, serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!”. (AZ-ZUMAR 53-56)

Perkasa Minda Hati Budi - IMAN

Iman itu bak cahaya,
menyinari hati-kalbu-jiwa,
menyuluh hidup manusia,
tanpanya, jiwaraga terus
gelap gelita pekat likat,
sesatlah diri dalam kembara
di dunia fana’ dan di akhirat nanti

Wednesday, January 1, 2014

Mutiara Hadis

Nabi SAW. bersabda: "Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari kiamat) adalah; Subhanallah wabihamdih, subhanallahil aziim".

SELAMAT 50 TAHUN MALAYSIA

TANAH MALAYSIA
(Selamat Hari Malaysia 50)
Tanah Melayu Semenanjung Emas
Malaysia Tanah Air Merdeka
Inilah bumi milik kita
Tanah bertuah warisan pertiwi
Bumi harapan sebuah bangsa
bebas, merdeka dan berdaulat
tegak utuh perkasa
di persada dunia antarabangsa
sejak dulu hingga kini dan
mungkinkah selamanya
tersohor gilang gemilang
aman damai bahagia
apakah kita semua
sayang cinta padanya
bertarung nyawa membela
daripada petualang pengkhianat
demi maruah dan martabat
seluruhnya semuanya
Sekali Merdeka Tetap Merdeka!

Kelana Putra Dungun,
Terengganu Darul Iman
Isnin 16 September 2013.