Friday, December 23, 2011

RENUNGAN AL-QURAN 26

ALLAH MENYERU MANUSIA KE SURGANYA

Allah Taala berfirman dengan maksudnya:

"Allah menyeru manusia ke Darusalam (syurga), dan menunjuki orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus (Islam)" (Yunus: 25)
"Bagi oang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga dan mereka kekal di dalamnya" (Yunus: 26)
"Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun daripada (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya" (Yunus: 27)

Firman Alah Taala dalam ketiga - tiga ayat di atas menjelaskan secara ringkas mengenai seruan Allah kepada manusia untuk menuju ke syurga dan apa yang terjadi kepada orang -orang yang berbuat kebaikan dan kejahatan. Saiapakh yang menjadi penguhi syurga dam siapakah pula yang menjadi penghuni neraka?

Pertama, Allah menyeru manusia ke Darusalam (syurga) dan Allahlah yang menunjukkan jalaNya yang lurus kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Jalan yang lurus adalah jalan Islam, iaitu jalan kebenaran yang diredhainya. Kalimat atau perkataan Darulsalam bererti tempat yang penuh dengan kedamaian dan keselamatan iaitu syurga Allah. Orang-orang yang ditunjukki jalan yang lurus ialah orang-orang yang diberi hidayah (dipimpin) oleh Allah berupa akal pemikiran dan wahyu yang membawa kepada pencapain kebahagian di dunia dan di akhirat.

Kedua, orang-orang yang berbuat kebaikan diberikan pahala yang terbaik dengan anugerah syurga oleh Allah dan tambahannya. Yang dimaksudkan dengan tambahan dalam ayat ini ialah kenikmatan melihat Allah, yang merupakan suatu kemuliaan. Orang-orang ini mempunyai muka yang berseri-seri dan tiada sedikitpun tanda-tanda kesusahan. Mereka ini adalah merupakan penghuni syurga dan kekal di dalamnya.

Ketiga, orang-orang yang berbuat kejahatan diberi balasan atau hukuman setimpal dengan kejahatan yang telah mereka lakukan dan mereka ini ditutupi dengan penghinaan. Tiada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka daripada azab Allah. Muka mereka adalah hitam legam seakan-akan ditutupi oleh malam yang gelap gelita. Mereka ini adalah merupakan penghuni neraka dan kekal didalamnya.

Cuba kita renungi secara mendalam dan dengan penuh keinsafan, apakah diri kita, juga keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai yang kita sayangi itu tergolong dalam orang-orang yang berbuat kebaikan atau merupakan orang-orang berbuat kejahatan. Allah juga telah menyatakan dengan jelas mengenai jalanNya iaitu jalan Islam, jalan yang lurus utnuk kita ikuti yang akhirnya menerima balsan yang baik iaitu syurga Allah. Sekiranya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berbuat kejahatan (perbuatan syirik dan kemungkaran) sudah pasti kita sangat malang dan akan mendapat balasan buruk iaitu azab sekasa Allah dan neraka jahanam.

Atas sebab dan alasan apa sekalipun, kita perlu mencari jalan untuk menyelamat diri daripada segala azab sekasa di dunia dan di akhirat. Kita mestilash berusaha memperbaiki diri kita dengan keimanan, ketaatan dan ketaqwaan yang lebih baik dari masa kesemasa bersama dengan memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah atas segala dosa dan kesalahan, selagi hayat kita masih ada dan pintu taubat masih terbuka. Dengan memilih jalan yang lurus, jalan kebaikan dan sekaligus meninggalkan jalan yang bengkok dan jalan kejahatan, kita insyallah akan beroleh kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
 
.

No comments:

Post a Comment