APAKAH KITA MENGHARAP PERTEMUAN DENGAN ALLAH
Allah berfirman dengan maksudnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku, "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan TuhanNya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (Al-Khafi: 110)
Firman Allah Taala seperti dalam ayat di atas adalah meminta Nabi Muhammad saw. mengatakan kepada manusia bahawa beliau hanyalah seorang manusia seperti orang-orang lain (kamu semua) yang menerima wahyuNya. Marilah sama-sama kita fahami dan renungi maksud yang terkandung dalam ayat di atas selanjutnya.
Pertama, "Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa". Maksudnya Tuhan bagi manusia semua ialah Tuhan Yang Esa, iaitu Allah Taala yang tiada sekutu bagiNya.
Kedua. barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya (Tuhan Yang Esa) ia hendaklah mengerjakan amal yang soleh. Amal yang soleh secara ringkasnya dapat diertikan sebagai mengerjakan semua amal makruf (baik) yang Allah perintahkan dan meninggalkan semua perbuatan yang mungkar (keji) yang Allah larang. Amal yang soleh meliputi semua perbuatan baik kepada Allah, kepada manusia dan semua makhluknya.
Ketiga, bersama-sama dengan amal yang soleh itu, seseorang adalah ditegah dan dilarang daripada mempersekutukan seseorangpun atau termasuk juga apa sahaja yang lain dalam ibadatnya kepada Allah. Perbuatan mempersekutukan Allah dengan apa saja sekalipun adalah syirik, dosa yang paling besar. Perbuatan syirik yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah adalah tidak diampunkan dosanya.
Ringkasnya Tuhan kita adalah Allah, Tuhan Yang Esa. Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, ia hendaklah mengerjakan amal yang soleh dan ia jangan sekali-kali mempersekutukan Allah dengan sesiapapun dalam ibadat kita. Semoga Allah memberikan kita segala keyakinan dan kekuatan untuk mengerjakan amal yang soleh dengan hati yang tulus ikhlas dan sehingga kita dapat merendah diri dan berserah diri kepadaNya sebagai seorang hamba yang beriman, taat dan bertaqwa.

Apakah kita mengharapkan pertemuan dengan Tuhan kita, Allah SWT?
ReplyDelete