MANUSIA MUDAH BERPUTUS ASA DAN BANGGA DIRI
Allah berfirman dengan maksud:
"Dan jika Kami rasakan kepada manusia dengan sesuatu rahmat (nikmat) dari Kami, dan kemudian rahmat itu Kami tarik balik(cabut) daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak bersyukur (berterima kasih) " (Huud: 9)
"Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagian sesudah bencana (kesusahan) yang menimpanya, niscaya dia akan berkata "Telah hilang lenyaplah bencana-bencana itu daripadaku": Sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga (bermegah-megah)" (Huud: 10)
"Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana) dan mengerjakan amal soleh, maka mereka itu memperoleh keampunan dan pahala yang besar" (Huud: 11)
Firman Allah dalam ketiga-tiga ayat di atas menjelaskan mengenai perangai dan sikap kebanyakan manusia bila menghadapi ujian dan dugaan Allah.
Pertama, manusia menjadi putus asa dan tidak bersyukur atau berterima kasih apabila Allah mencabut atau menarik balik ssuatu rahmat (nikmat) yang sebelum itu telah diberikan kepada mereka. Dalam kehidupan ini Allah mengurniakan setiap manusia dengan pelbagai rahmatNya seperti kesihatan dan kekuatan anggota tubuh badan, akal fikiran, rezki, harta kekayaan, anak pinak, kedudukan, kemuliaan dan sebagainya. Kita sepatutnya sedar dan insaf bahawa sesungguhnya semua itu adalah milik mutlak Allah dan Dia sahajalah yang boleh samaada untuk menambah, mengurang dan melupuskannya.
Keduanya adalah perangai dan tabiat manusia yang begitu gembira dan bangga diri apabila Allah telah menyelamatkan mereka dan daripada apa sahaja bencana, kesulitan dan kesusahan yang menimpanya. Mereka mendakwa dengan berkata bahawa telah hilang lenyaplah bencana-bencana itu daripada dirinya. Mereka lupa bahawa semua itu berlaku atas kehendak Allah.
Ketiga, dalam menghadapi situasi ini, orang-orang yang sabar menghadapi bencana dan kesusahan yang menimpa dirinya dan mengerjakan amal soleh akan memperoleh keampunan dan pahala yang besar daripada Allah.
Ringkasnya kita mestilah mempunyai sifat sabar apabila menghadapi apa sahaja ujian dan cobaan Allah dan bersyukur apabila memperoleh apa sahaja nikmat dan rahmat Allah. Kita juga perlu mengelakkan diri dari perasaan berputus asa, tidak bersyukur atau berterima kasih dan bangga diri atau bermegah-megah.

No comments:
Post a Comment