ALLAH BERSAMA MANUSIA DI MANA JUA
Allah berfirman dengan maksudnya:
"Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (Al-A'raf: 4)
Firman Allah Taala dalam ayat di atas merupakan suatu peringatan yang amat penting. Pada hakikatnya manusia tidak dapat lari atau bersembunyi daripada Allah. Di mana saja kita berada, sesungguhnya Allah tetap pasti berada bersama kita dan Dia Maha Melihat apa sahaja perbuatan yang kita lakukan. Keyakinan dan kepercayaan ini sebenarnya tertanam dalam hati setiap manusia yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Sesiapa sahaja yang memahami dan mendalami hakikat ini pasti tidak begitu mudah atau sewenang-wenangnya melakukan sesuatu perkara kerana ia yakin dengan sepenuhnya bahawa semua perbuatannya itu, walaupun secara tersembunyi adalah dilihat oleh Allah. Sesiapapun tidak berdaya untuk menutup apa sahaja perbuatannya samaada perbuatan baik mahupun perbuatan jahat dari pandangan Allah. Setiap manusia dan semua makhluk sesungguhnya tidak luput dari penglihatan Allah swt.
No comments:
Post a Comment