Friday, March 22, 2013

Perkasa Minda Hati Budi - 1

Mnusia adalah hamba Allah SWT
 
Allah SWT menciptakan manusia dan jin semata-mata dengan tujuan supaya mereka menyembah dan beribadah kepada-Nya. Ini dinyatakan sendiri dalam firman Allah AWT dalam Al-Quran. Adam as. ialah manusia pertama yang Allah ciptakan dan Allah menyatakan pada para malaikat bahawa Dia hendak menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi. Para malaikat pula menyatakan kebimbangan dan keraguan mereka terhadap kemampuan manusia melaksanakan tanggungjawab itu dan pecaya bahawa manusia akan melakukan kerosakan di bumi. Allah menyangkal sangkaan malaikat ini dengan menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui akan apa yang telah diputuskan. Dengan itu sebaik sahaja Adam diciptakan Allah Taala memerintah semua malaikat sujud memberi penghormatan kepada Adam. Semua malaikan patuh dan sujud kepada Adam, melainkan Iblis yang enggan melakukannya. Iblis mendakwa bahawa dia yang diciptakan daripada api itu adalah lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding Adam yang Allah ciptakan daripada tanah berlumpur yang kering. Bermula daripada saat inilah Iblis bersumpah untuk menyesatkan bani Adam sehingga hari kiamat...suatu titik permulaan kebencian dan permusuhan Iblis dan keturunannya terhadap Adam dan seluruh umat manusia.

1 comment:

  1. Allah menciptakan manusia dan jin dengantujuan tidak lain iaitu supoaya mereka beribadah dan menyembah-Nya. Penciptaan Nabi Adam as. sebagai manusia pertama telah menjadi punca kebencian dan kedengkian Iblis dan keturunannya kepada Adam dan seluruh umat manusia..zuriatnya.

    ReplyDelete