Wednesday, November 16, 2011

RENUNGAN AL-QURAN 6

ALLAH MENJADIKAN MANUSIA CINTA KEPADA KEIMANAN

Firman Allah bermaksud:”

“Dan ketahuilah olehmu bahawa dikalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemahuan) kamu dalam beberapa urusan, benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu perhiasan/indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus. Sebagai  kurnia dan nikmat Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Al-Hujurat: 7 dan 8)
Ada beberapa perkara yang perlu dan patut kita fikirkan dan dalami daripada Firman Allah dalam kedua-dua ayat di atas.
1. Allah menjadikan manusia cinta kepada keimanan.
2.Allah menjadikan iman sebagai perhiasan atau keindahan dalam hati manusia.
3. Allah menjadikan manusia itu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan .Ini adalah kerana keimanan yang tumbuh dan menjadi perhiasan dalam hati seseorang.
4. Orang-orang yang bersifat demikian iaitu yang cinta kepada keimanan, yang menjadikan keimanan sebagai perhiasan hatinya dan sekaligus benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan  merupakan orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.
5.Semua itu adalah merupakan kurnia dan nikmat Allah kepada manusia.

No comments:

Post a Comment