Thursday, November 10, 2011

RENUNGAN AL-QURAN 2

Allah swt. berfirman dengan maksud;  “Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 21)
“Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui” (Surah Al-Baqarah:22)
Kedua-dua ayat di atas menyatakan dengan jelas akan keesaan dan kebesaran Allah dan Allah menyeru manusia menyembahNya.
Dia  adalah Tuhan yang telah menciptakan  semua manusia  termasuklah orang-orang yang sebelum ini.  Dengan kerana itu manusia diminta dan dihajati supaya bertaqwaka kepadaNya.
Dalam ayat kedua diatas Allah menjelaskan bahawa Dialah yang menciptakan bumi sebagai hamparan untuk manusia hidup dan meneruskan kehidupan dan langit dijadikan sebagai atap atau bumbung. Dia menurunkan air (hujan) dari langit dan daripada hujan itu ditumbuhkan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuklah buah-buahan yang menjadi rezki untuk manusia.
Allah melarang manusia mempersekutukaNya dengan menyembah tuhan-tuhan lain, selain daripada-Nya.  Dalam sejarah umat manusia telah banyak kejadian di mana manusia telah menyembah tuhan-tuhan lain seperti menyembah lembu, berhala, api, matahari, bulan ,syaitan dan lain lain sehingga menjadikan manusia itu  syirik dan kafir.





No comments:

Post a Comment