MANUSIA MEMIKUL AMANAH ALLAH
Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-gunung (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik: dan Allah juga akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab: 72 dan 73)
1. Manuasia telah diberi dan menerima amanah Allah. Bagaimana kita harus menunaikan semua amanah ini dengan sebaik mungkin sebagai seorang HAMBA ALLAH DAN KHALIFAH di bumi ini?
2. Allah memperingatkan bahawa kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. Apakah kita sesungguhnya berusaha keras menghindarkan diri dari melakukan apa sahaja bentuk kezaliman pada diri dan kepada orang lain. Apakah kita sedaya upaya berusaha membuat amal makrruf dan mencegah kemungkaran.
3. Akibatnya kerana banyak melakukan kezaliman dan pelbagai perbuatan ingkar, keji dan kemungkaran, orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan yang MUNAFIK dan MUSYRIK akan menerima pembalasan dan seksaan Allah.
4. Allah menerima taubat orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan yang beriman. Sesunguhnya jika kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman, maka segeralah kita bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sunguh-sungguh, semoga akhirnya kita terhapus dari segala dosa dan mendapat keredhaan-Nya jua.

No comments:
Post a Comment