Monday, November 7, 2011

RENUNGAN AL-QURAN

 Allah swt. berfirman dengan maksud; “Wahai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah” (Surah Luqman: 33)

 Firman Allah dalam ayat di atas mengandungi maksud, perintah dan peringatan yang jelas kepada umat manusia. Ada beberapa perkara yang mesti kita renungkan dengan penuh kesedaran dan keninsafan.

1. Semua manusia diseru supaya berkaqwa kepada Allah.
2. Semua manusia diingatkan supaya takut akan hari akhirat.
3 Pada hari akhirat atau hari pembalasan itu seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya. Begitu juga seseorang anak tidak dapat melepaskan ibu atau bapa dari azab dosa masing-masing, walau sedikitpun.
4 Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.
5 Manusia dilarang daripada diperdayakan oleh kehidupan di dunia.
6 Manusia dilarang daripada diperdayakan oleh syaitan menerusi bisikan dan  ajakannya.
7 Kedua-dua keperdayaan itu menyebabkan manusia berani melanggar perintah Allah.
Sama-samalah kita fahami, dalami dan hayati segala maksud yang terkandung dalam ayat di atas dengan harapan bertambah kukuh dan kuatlah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.

No comments:

Post a Comment